Homestay Kg Agong Penaga yang ala Ubud Bali

Kg Agong Penaga

Tepi bendang dan dalam kebun kelapa..ala Ubud


Hotspot


luas dan lapang


 Salam semua.

Holiday season aritu Mak ada pergi ke Kg Agong di Bakar Kapur Penaga Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Tempat ni digelar Ubud Bali Malaysia sebab konsep suasana sawah padi dgn spot photobooth yang lawa untuk bergambar dibuat dari jerami/ kayu bentuk bulat/love. Macam teres padi Ubud tu.

Kg Agong ni dimiliki owner cina yang menetap di kawasan kampung melayu Penaga ni. Dulu datuknya di panggil Ah Gong oleh orang kampung. Datuk pemilik ni memiliki kebun kelapa disini sejak 1942. Jadi dengan idea bijak cucu dia transformkan kebun tu jadi tarikan pelancong, ada homestay, buat style rumah kg melayu asli dengan kepuk padi nya dan banyak pokok kelapa dikelilingi sawah padi.

''According to The Sun Daily, Kampung Agong was transformed by a private owner as an attempt to create a replica of olden kampung life. The owner named the place 'Agong' after the nickname of his grandfather who was the owner of the coconut farm since 1942. After Kampung Agong started attracting droves of visitors in 2019, the owners decided to upgrade it into a visitor-friendly space. Now visitors can take photos all around the space as well as participate in a variety of village activities including coconut picking, fishing, putting on traditional attire, and learning how to weave coconut leaves into coconut brooms!''

Bagi aku memang lawa tempat tu, luas pulak jadi puas kau bergambar. Ada replika piano, ada buaian, tempat simpan padi macam rumah dulukala, ada sarang burung jerami yang oleh panjat ambil gambar, rumah kayu melayu tradisonal, kolam teratai, kebun dan bersih pulak tu. Pangkin atau tempat duduk banyak dia sediakan, tak kedekut. Jadi sang suami yang stress bila tunggu lama bini bergambo tu bolehlah lepak main henpon kan.

Memang tabiklah pada pemilik ni, kawasan parking luas pulak.

Tiket masuk sini Dewasa RM 8, Kanak-kanak RM5. Parking RM2.

Mula tu ko rasa mahal tapi bila dah masuk memang berbaloi sangat, Air yang dijual dalam tu pun murah, RM2 je tak mencekik macam taman tema lain.

Buaian banyak, jadi tak berebut, basikal boleh disewa, ada jonkang jongkek yang dibuat dari batang pokok kelapa memang aslilah. Tandas ada, surau ada walau depan tu ada masjid besar dekat parking. Jadi aku nasihat nak pergi sini buat benda ni:

1. Bawa air mineral-cuaca panas sebab tepi bendang dan kawasan luas. Cepat dahaga.

2. Spend masa dalam 3-4 jam dalam ni baru puas hati ambil gambar semua ceruk. Kawasan besaq, lepas masuk entrance tu ada lagi kau kena seberang sawah padi ke sebelah homestay sana untuk ambil gambar.

3. Pakai baju putih atau warna yang menyerlah untuk OOTD- ramai orang dress lawa-lawa masuk untuk ambil gambo jadi kau jangan nyesal bila pakai selekeh. Yang pakai skirt kembangnya. yg pakai baju lengan puff puff tu. Yang ropol tudungnya. Pengantin pun photoshoot sini jugak tau.

4. Pakai kasut yang selesa sebab kawasan luas/besar dan terok nak menapak.

alamatnya-buka setiap hari 9 pg -7 ptg


lukisan P Ramlee

bagusnya kat sini ada banyak pangkin untuk kaum bapa yg boring tunggu anak bini bergambo tak hengat donia


hot spot


kebun nyok yang luas berlatar belakang kan bendang

pondok tepi bendang


seberang pun ada spot lawa byk

tiket nya..ada fb jgk tempat ni

entrance ada tangkai buah kelapa yang diwarnakan..kreatif sgt

Peta Kg Agong..luas tau

pintu masuk. kawasan parking luas




homestay dia

buaian

ni spot paling jadi rebutan


buai dari jerami tapi kukuh ada besi dlm tu


kepuk padi-dulu orang simpan padi dalam ni yang masih ada kulitnya

sarang burung kat seberang taman

pulun anak dara pun


sarang burung dari jerami pun ada weh


jerami gulung 

surau..pemilik ni memahami la keperluan majoriti 


tenunan Kg agong dari jerami digantung

rumah tradisional..bawah ni ada pangkin, buai dan boleh lepak takde strict itu tak boleh ini takboleh

kolam teratai..cantik

owner nak buat konsep pasar terapung-jadi ada la kepala perahu cuma bukan atas air

piano putih tepi sawah

jongkang-jongket tradisional mengimbau kenangan lalu


jamu selera di restoren Sup Berapi-tak jauh dari sini..

nasi ayam goreng berempah

https://www.klook.com/en-MY/blog/kampung-agong-penang-village/

https://www.facebook.com/Kampung-Agong-1873406712955702

Tahun Baharu 2021

quotes paling tepat tahun 2020.

 

Salam Tahun Baharu 2021.

So apakah yang telah berlaku sepanjang 2020?

Its a big wake up call for all the citizen of the earth. Sebab Covid-19 lah kan.

Tapi tahun 2021 juga wake-up call terbesar dalam hidup aku. Permulaannya pada tahun 2019 bila bacaan gula tinggi dan aku masih leka lagik. Then Tahun 2020 bila perlu buat profil kesihatan mandatori maka barulah aku terhegeh-hegeh nak jaga kesihatan. Takut kena marah dengan Doktor.

Jadi apa aku buat pada pertengahan 2020?

_ Aku amalkan Intermittent Fasting (IF) hingga sekarang. Berat turun dan inches lost banyak gila. Aku jadi slim, lawa, kurus dan bacaan gula normal selepas profil kesihatan. Profil ni cek semua termasuk jantung, buah pinggang, asid urik dan segala-galanya lah.

Jadi aku tukar gaya hidup keseluruhan. Rutin berubah totally.

Maka, azam bertahun-tahun untuk kurus cantik dan lawa serta sihat telah berjaya dicapai pada tahun 2020. Sebelum ni azam nak kurus punyalah susah tapi bila melibatkan kesihatan haa kau terus berjaya.

Sampai dah digelar Ratu la, duta organisasi lah gituh transformasi dia. Hari-hari pergi kerja mekap lawa dressing namatey tau. Untuk diri sendiri bukan nak show off. Semua orang curious. Terkejut dan terinspirasi tengok Mak nih haha. Muda 10 tahun kot.

Itulah wake-up call yang menjadi pencetusnya. 

Seterusnya tak perlu nak recap apa sebab tak pergi oversea pun tahun lepas. Last pergi 2019 ke Chiang Rai. Jadi kita pergi cuti dekat-dekat je dalam negara macam penang ke langkawi ke cukuplah. Duit pun jimat.

Tahun 2021 cuma berharap lebih berakal dan menjadi insan lebih baik dari sebelumnya. Dan syukur sebanyak-banyaknya.

ready ke tak hadap je okeh


Kebodohan dulu jangan diulang..orang yang kuat merungut tandanya banyak benda yang dia tak bersyukur dengan apa yang dia ada.


Dah berusia ni elakkan perkataan/kemarahan yang tak elok-
Diam kadangkala lebih baik. 



sukanya aku tengok filem The Secret life Of Walter Mitty ni..banyak quotes yang best dan semangat nak travel tu mencanak naik. alangkah bestnya hidup macam legendary photographer macam Sean O Connell (Sean Penn) travel merata himalaya,greenland see the world differently. Sean Penn nampak hottt terok dlm movie ni, tengok byk kali pun tak jemu.




sabarlah hingga semua reda 


nikmati setiap detik sisa yg ada

manusia perlu berubah -ikut umur dan semasa. biarlah apa orang nak kata.

bila aku takut kena diabetes ini yang aku buat-cabar diri reverse musibah-
berjaya atau tak belakang kira.
Aku dah buat IF 6 bulan setiap hari selama 6 bulan atau lebih tepat 188 hari today.

carilah satu benda yg buat kau kuat-sama ada anak-anak, mak ayah, saudara atau paling utama untuk diri kau sendiri-Allah ada..jgn putus asa dan overthinking.
Berat dugaan kita- InshAllah ada pahala. Harap hati ini boleh ikhlas berkorban.

Louis Kahn Arkitek hebat US kata sedangkan seketul bata mahu menjadi something-sesuatu yg bukan hanya seketul bata-
apatah jadi kita manusia. jadilah manfaat kepada orang lain-
paling tidak kepada keluarga sendiri sekurang-kurangnya tidaklah menyusahkan org lain.
Jaga kesihatan mental dan fizikal.

yer ini memang benar sekali..


https://www.creativindie.com/the-horrible-hidden-truth-behind-the-secret-life-of-walter-mitty-and-why-its-keeping-you-from-your-dreams/

http://www.konraddwojak.com/blog/2014/why-every-photographer-should-see-the-secret-life-of-walter-mitty

https://oneinfinitelife.com/lessons-we-can-takeaway-from-the-secret-life-of-walter-mitty/

https://www.keluarga.my/berhenti-jadi-toksik-kepada-diri-sendiri-hadam-perkongsian-ni-agar-lebih-bahagia/