Tahun Baharu 2021

quotes paling tepat tahun 2020.

 

Salam Tahun Baharu 2021.

So apakah yang telah berlaku sepanjang 2020?

Its a big wake up call for all the citizen of the earth. Sebab Covid-19 lah kan.

Tapi tahun 2021 juga wake-up call terbesar dalam hidup aku. Permulaannya pada tahun 2019 bila bacaan gula tinggi dan aku masih leka lagik. Then Tahun 2020 bila perlu buat profil kesihatan mandatori maka barulah aku terhegeh-hegeh nak jaga kesihatan. Takut kena marah dengan Doktor.

Jadi apa aku buat pada pertengahan 2020?

_ Aku amalkan Intermittent Fasting (IF) hingga sekarang. Berat turun dan inches lost banyak gila. Aku jadi slim, lawa, kurus dan bacaan gula normal selepas profil kesihatan. Profil ni cek semua termasuk jantung, buah pinggang, asid urik dan segala-galanya lah.

Jadi aku tukar gaya hidup keseluruhan. Rutin berubah totally.

Maka, azam bertahun-tahun untuk kurus cantik dan lawa serta sihat telah berjaya dicapai pada tahun 2020. Sebelum ni azam nak kurus punyalah susah tapi bila melibatkan kesihatan haa kau terus berjaya.

Sampai dah digelar Ratu la, duta organisasi lah gituh transformasi dia. Hari-hari pergi kerja mekap lawa dressing namatey tau. Untuk diri sendiri bukan nak show off. Semua orang curious. Terkejut dan terinspirasi tengok Mak nih haha. Muda 10 tahun kot.

Itulah wake-up call yang menjadi pencetusnya. 

Seterusnya tak perlu nak recap apa sebab tak pergi oversea pun tahun lepas. Last pergi 2019 ke Chiang Rai. Jadi kita pergi cuti dekat-dekat je dalam negara macam penang ke langkawi ke cukuplah. Duit pun jimat.

Tahun 2021 cuma berharap lebih berakal dan menjadi insan lebih baik dari sebelumnya. Dan syukur sebanyak-banyaknya.

ready ke tak hadap je okeh


Kebodohan dulu jangan diulang..orang yang kuat merungut tandanya banyak benda yang dia tak bersyukur dengan apa yang dia ada.


Dah berusia ni elakkan perkataan/kemarahan yang tak elok-
Diam kadangkala lebih baik. 



sukanya aku tengok filem The Secret life Of Walter Mitty ni..banyak quotes yang best dan semangat nak travel tu mencanak naik. alangkah bestnya hidup macam legendary photographer macam Sean O Connell (Sean Penn) travel merata himalaya,greenland see the world differently. Sean Penn nampak hottt terok dlm movie ni, tengok byk kali pun tak jemu.




sabarlah hingga semua reda 


nikmati setiap detik sisa yg ada

manusia perlu berubah -ikut umur dan semasa. biarlah apa orang nak kata.

bila aku takut kena diabetes ini yang aku buat-cabar diri reverse musibah-
berjaya atau tak belakang kira.
Aku dah buat IF 6 bulan setiap hari selama 6 bulan atau lebih tepat 188 hari today.

carilah satu benda yg buat kau kuat-sama ada anak-anak, mak ayah, saudara atau paling utama untuk diri kau sendiri-Allah ada..jgn putus asa dan overthinking.
Berat dugaan kita- InshAllah ada pahala. Harap hati ini boleh ikhlas berkorban.

Louis Kahn Arkitek hebat US kata sedangkan seketul bata mahu menjadi something-sesuatu yg bukan hanya seketul bata-
apatah jadi kita manusia. jadilah manfaat kepada orang lain-
paling tidak kepada keluarga sendiri sekurang-kurangnya tidaklah menyusahkan org lain.
Jaga kesihatan mental dan fizikal.

yer ini memang benar sekali..


https://www.creativindie.com/the-horrible-hidden-truth-behind-the-secret-life-of-walter-mitty-and-why-its-keeping-you-from-your-dreams/

http://www.konraddwojak.com/blog/2014/why-every-photographer-should-see-the-secret-life-of-walter-mitty

https://oneinfinitelife.com/lessons-we-can-takeaway-from-the-secret-life-of-walter-mitty/

https://www.keluarga.my/berhenti-jadi-toksik-kepada-diri-sendiri-hadam-perkongsian-ni-agar-lebih-bahagia/

1 comment: