Wang Kelian Perlis viewpoint

 Salam.

Wow mak rajin teruk kn update blog skrg haha..sebab??

Rindu untuk menulis. Melapangkan minda. Minat yang telah lama dilupakan. Konon busy apetah.

View Point Wang Kelian terletak di ketinggian 303 meter dari aras laut. Perjalanan ke sana selama 30 minit dari Kangar manakala 20 minit dari dari pekan Padang Besar.

Kawasan Wang Kelian juga salah satu pintu sempadan ke Thailand di Perlis, selain di Padang Besar.

Nak naik ke atas parking kereta ni tinggi jugak, ada yang geng hiking, ada geng basikal yang guna jalan yang sama. So hati-hati drive ke atas tu.


Info: View Point Wang Kelian

  • Lokasi terletak berhampiran bandar Satun, Thailand.
  • Menjadi pintu keluar antara Malaysia-Thailand.
  • Fenomena 'awam karpet' dilihat pada awal pagi.
  • Terletak di ketinggian 303 meter dari aras laut.
  • Perjalanan 30 minit dari Kangar, 20 minit dari pekan Padang Besar.
  • Boleh dilihat dari Ampangan Timah Tasoh, 16.2 kilometer dari Menara Pandang Wang Kelian.


  • Bukit Chabang yang bercabang tu


    awan kt Perlis selalu lawa lain macam


    paking keta kat bawah, dekat je nak naik ke viewpoint ni

    menapak dari paking 

    meriah jugak dengan gerai makan

    ni la hotspot utk bergambar

    datang awal pagi atau petang baru best

    stunning view



    beratur tunggu turn



    destinasi mana nak??

    ada buai jgk

    kawasan bersih dan terjaga



    ramai geng bikers sini

    jagung cheese ni sedap..rm4

    roti gedik..rm4 jgk kt gerai ni

    roti gedik yg sedap mkn atas bukit

    gerai sini harga ok..tak mahal..roti gedik rm4..bubur nasi rm4..ada nasi lemak..minuman dll

    baloi mai tgk view dan makan kt sini

    https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2021/03/793946/fenomena-awan-karpet-menakjubkan


    Gua Kelam Perlis

     Gua yang sebenarnya dekat je rumah tapi baru ni baru tergerak hati nk pi.

    Bagi pelancong atau pengembara yang memilih Kangar sebagai destinasi percutian, Gua Kelam adalah produk pelancongan terletak di utara Semenanjung yang wajib dikunjungi disebabkan keunikan dan keindahannya.

    Tidak keterlaluan untuk menamakan Gua Kelam antara gua batu kapur tercantik di Malaysia.

    Di dalam gua ini terdapat terowong yang panjangnya 370 meter (m) dan terletak berhampiran pekan kecil Kaki Bukit, kira-kira 33 kilometer (km) di utara Kangar, Perlis. Terowong inilah yang menjadi antara tarikan pengunjung untuk meneroka Gua Kelam.

    Dinamakan Gua Kelam sempena keadaan dan kedudukannya di kaki bukit, selain suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.

    Kelam mengikut loghat utara bermaksud gelap. Mengikut fakta sejarah pula, nama Gua Kelam diberikan oleh pelombong bijih timah suatu ketika dahulu sempena kegelapan gua itu sendiri.


    jom kita


    parking keta

    boleh mandi dan kelah sini..tepi parking

    entrance

    tiket beli masa nk masuk park keta.
    Tiket RM2 je dan parking Rm1


    bersih kawasan dia

    lawa gua ni..maintenance elok




    laluan dlm gua..bawah ni ada air mengalir





    cantik..ada formasi unik dlm ni

    contoh yang mcm ni

    yang ni penghujung gua..kalo nak patah balik memang kena ikut laluan masuk jugak utk keluar.


    boleh lepak kt sungai dan taman end of tunnel tu

    kagum dgn pengurusan gua ni..bersih dan cantik kwsn dia

    ada hidden trail jika kau suka nak rabat bukit tu

    sungai di hujung gua..boleh mandi n lepak



    waktu operasi

    sejarah gua




    Memang berbaloi la pi Gua Kelam ni, tiket murah..kawasan bersih. Aktiviti selain masuk gua boleh kelah, mandi sungai, ikut trail atas bukit/gua tu.

    https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2019/03/541937/rahsia-gua-kelam


    Juwita Chalet Pantai Merdeka Kedah

     Chalet tepi Pantai Merdeka Kota kuala Muda Kedah

    Cantik dan murah chalet ni bermula daripada RM 130.

    Mak book chalet ni dari awal tahun tapi postponed sebab kes kobit tinggi. So deepavali ni baru boleh onzz. Mak book 2 bilik-satu utk geng lelaki, satu geng pompuan utk gathering.
    Satu bilik RM130 dan book BBQ area Rm20.

    Kolam dia kecik, mcm tak best sgt. Cuma boleh la nk mandi pantai dan view cantik.
    Buat BBQ best sebab tempat luas dan lapang.




    bilik dia..2 queen bed


    queen bed 2


    chalet sederet

    tepi pantai


    jeti nelayan kt sini



    tmpt bbq ada





    toilet..mls nk susun gambo







    lawa view sini


    tempat nelayan lepak

    best buat mkn-mkn sini

    syahdu bila sunrise