Gua Kelam Perlis

 Gua yang sebenarnya dekat je rumah tapi baru ni baru tergerak hati nk pi.

Bagi pelancong atau pengembara yang memilih Kangar sebagai destinasi percutian, Gua Kelam adalah produk pelancongan terletak di utara Semenanjung yang wajib dikunjungi disebabkan keunikan dan keindahannya.

Tidak keterlaluan untuk menamakan Gua Kelam antara gua batu kapur tercantik di Malaysia.

Di dalam gua ini terdapat terowong yang panjangnya 370 meter (m) dan terletak berhampiran pekan kecil Kaki Bukit, kira-kira 33 kilometer (km) di utara Kangar, Perlis. Terowong inilah yang menjadi antara tarikan pengunjung untuk meneroka Gua Kelam.

Dinamakan Gua Kelam sempena keadaan dan kedudukannya di kaki bukit, selain suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.

Kelam mengikut loghat utara bermaksud gelap. Mengikut fakta sejarah pula, nama Gua Kelam diberikan oleh pelombong bijih timah suatu ketika dahulu sempena kegelapan gua itu sendiri.


jom kita


parking keta

boleh mandi dan kelah sini..tepi parking

entrance

tiket beli masa nk masuk park keta.
Tiket RM2 je dan parking Rm1


bersih kawasan dia

lawa gua ni..maintenance elok




laluan dlm gua..bawah ni ada air mengalir





cantik..ada formasi unik dlm ni

contoh yang mcm ni

yang ni penghujung gua..kalo nak patah balik memang kena ikut laluan masuk jugak utk keluar.


boleh lepak kt sungai dan taman end of tunnel tu

kagum dgn pengurusan gua ni..bersih dan cantik kwsn dia

ada hidden trail jika kau suka nak rabat bukit tu

sungai di hujung gua..boleh mandi n lepak



waktu operasi

sejarah gua




Memang berbaloi la pi Gua Kelam ni, tiket murah..kawasan bersih. Aktiviti selain masuk gua boleh kelah, mandi sungai, ikut trail atas bukit/gua tu.

https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2019/03/541937/rahsia-gua-kelam


No comments:

Post a Comment