Antara produk skincare Dnars, Yanko cream, Sendayu tinggi, Hada labo, Olay dan Bodyshop

 Hai salam semua.

Jom sembang bab penggunaan skincare kat muka kita. Semua perempuan kat Malaysia mesti nak kulit putih gebu dan glowing. Sebab tu skincare sangat penting untuk bantu capai matlamat ni.

 So hari ni kerajinan aku tinggi, aku nak share rutin skincare aku yang baik, yang tak elok dan yang bagi kesan kat muka aku. Muka aku ni kira macam combination skin tapi takde masalah jerawat ke apa. Kulit buaya. Kau pakai lah apa pun, semua on ja. 

Cuma jenis ada bintik hitam tu, keturunan mat saleh katakn. Sedari remaja ada bintik jeragat kecik tu. 

Yang aku post ni adalah yang sesuai dengan kulit aku dan kesan dia..so kulit orang tak sama cuma boleh buat rujukan je okey.

1. Mula-mula pakai Dnars. Yang ni elok tapi hakis kulit rupanya. Muka jadi glow. Dah kata racun pulak. Ni masa beli rm30 camtu. murah. Tapi lama-lama jadi kulit nipis. So aku stop

pakai yang cmni tp first edition tu..warna kuning..ni yg latest tak pasti selamat ke tak..rjuk kkm ok

2. Then pakai Yanko cream. Ni elok gak, muka glow. putih. Tapinya lepas kata produk tu beracun aku stop. Tau muka aku jadi apa?? jadi pasirrrr..penuh bintik kecik tu naik. Dah tu gatal yakmat. Serik dowh. Aku nyesal gila pakai yanko cream ni. Skrg walaupun diorang kata yanko ni dah ok, dah takde bad chemical  aku tetap la phobia. tapi ada je kawan-kawan aku masih pakai. ni masa beli RM60.

breakout paling teruk lepas stop guna yanko cream ni..gatal satu muka


3. Lepas yanko buat hal, aku serik terus kau..aku beli semua kat Watson. Aku pakai Hada Labo. Elok gak cuma muka aku takde perubahan. tak glow, tak moist dan tak putih. Aku try yang biru dan pink kalo tak silap.

pakai set ni kejap..dua-tiga bulan

pakai yang jap


4. Pastu aku search lagi..aku pakai Bio-essence la..macam-mcam tetap takde efek yang elok. Then aku start sendayu tinggi. Beli sabun muka whitening dan krim moist dia yang bunga damask tu. pastu dengan pearl cream dia buat foundation.

pakai ni ok..moist je rasa kulit. Aku pakai yang ni


Produk ni elok, cuma aku perasan muka aku makin banyak jeragat. Tapi moist tu elok. Glow tu ada sikit. Tapi sabun dia best. Tak rasa kering. Aku ni cepat jemu then dengar kata bila dah berusia kena pakai retinol. Aku tukar lagi.

5. Olay retinol night moisturiser ni aku beli RM60-70 camtu. Pakai malam. Mula pakai elok, jeragat pudar. Best rasa. Cuci muka masih setia dengan sabun sendayu tinggi, cuci mekap dengan micellar water garnier, foundation masih pearl cream ST.

Retino lni aku buat sluggish gak..lepas sapu olay ni aku sapu vaseline sebelum tido. Bangun pagi rasa moist tapi muka gatal sikit. Sluggish ni elok utk retain moist kulit muka kita.

yang ni elok tapi bg kulit kau kering


6. Lepas pakai Olay botol ke dua aku rasa kulit muka aku makin kering walau jeragat pudar. Muka nampak kedut kau. hhm pastu aku dok tengok kawan-kawan pakai Bodyshop skincare yang hijau tu..kulit depa glow dan elok sangat..so aku pun beli bodyshop Vit E moist cream. Lepas seminggu pakai kulit dah moist dan tak kering. Aku stop Olay retinol jap. Bodyshop ni RM60-70 utk 50gm sebekas.

harap yang ni elok laaaa..baca orang kata dia bg glow kulit

Produk Body shop nimemang semua elok..tapiiii mahal nok. satu set mau beratus. Jadi aku pakai moist dia je la. Mary Kay elok tapi lambert sangat efeknya. Body shop ni kira cepat gak glowing tu.

7. Aku pakai body shop ni tak lama sebab kulit nampak tak moist pulak dan kedut kt mata. Takut matt.

Then kwn aku sugget pink pudding cream, jenama kkorea yg ada kat drugstore tu mcm watson semua. Alhamdulillah kulit aku ok dengan pink pudding cream ni, moist elok. Ni dah tub ke 5 aku guna. Muka tak minyak sangat bila siang hari masa mekap dan serasi dengan kulit. Muka glow jugak gitu. 

Tekstur dia tak melekit dan smooth je absorb pakai masa nk beradu tu.

ni la cream yang serasi dgn kulit Mak for now..imej google


elok guna yang..rasa moist dan tak melekit


So rutin skincare aku yang tak rajin ni:

1. Guna sabun ST whitening bar soap

2. Kadang-kadang guna Micellar water buang mekap

3. Untuk malam guna pink pudding cream..kadang selang pakai sebab tak bopa nakrajin. pakai ni rasa lembut je kulit so setia pakai yang ni dulu.

4. Foundation masih setia dgn pearl cream ST, rm30. Ada SPF15. ok takat ni pakai.

soap ni best..rasa kulit moist lepas cuci


ni aku buat foundation


yang ni aku terpaling setia. Guna buat makeup base sblm boh foundation.
                          olay ni kalau aku tak pakai lama auto muka aku nampak kesan burn and obvious                                                                     nmpk bila buka tudung.

Aku masih di tahap kedekut nak beli skincare mahal macam SKII tu ke, estee lauder ke. Aku still guna produk bawah RM100. Sebab kau adalah mak yang terpaling bajet friendly.

ni guna utk cuci mekap tapi tak guna la everyday.





Surau Batu Sungai Bukit Kachi Sintok dan random picture

 Surau Batu sungai Bukit Kachi Sintok ni terletak ke jalan yang ke Bukit Kachi UUm tu. Permulaan surau Batu Sungai ni inisiatif bekas pesara tentera yang tinggal di kawasan ni.

Masuk kawasan ni adalah percuma tapi bagilah sedekah dalam tabung tu dan jaga kebersihan ok.

Ada chalet gak kalu nak booking. Ni adalah intro pesara yang memulakan kawasan perkelahan ni:

'' Assalamualaikom. Sy MUSTAPA BIN MUSA. Bekas Mejar Askar Melayu (RAMD) . Mula buat Surau Batu sungai ini pd awal Apr 2018 dn siap boleh solat Mei 2019. Tmpt Padang Pelandok Bukit Kachi Sintok Kedah 3 km dari UUM. Batu2 diambik dlm sg jarak 100 meter sebanyak lebih kurang 12,000 ketul Batu sungai digunakan... Kos binaan dlm 25K siap dlm masa 13 bulan. Pembinaan di buat sy dn seorang pembantu saja. Tujuan utama sy buat surau sbb belum ada surau d Kwsn ini dn untuk infaq bagi arwah ibubapa sy serta infaq dari shbt dn saudaramara bagi kemudahan solat untuk peneroka/pekerja ladang bukit Kachi, org ramai dtg berkelah dn terbuka untuk individu/kumpulan/persatuan/jabatan/sekolah untuk buat program kem bina solat/Motivasi dn sebagainya. Selain dari surau ada terdapat homestay dn kolam renang dibuat dari batu sungai. Tiada bayaran masuk dikenakan dikenakan hanya disarankan berilah sumbangan ikhlas ke dlm tabung surau yg disediakan. Terima kasih kepada adik beradik dn saudaramara dn shbt2 yg memberi sumbangan ikhlas untuk siapkan surau seluas 22 x 35 kaki dn boleh muat 85 jemaah. jazakallah''


gate dia..jauh gak jalan nak masuk ke dalam ni..


asal-usul

surau dari batu yg diambil dari sungai berdekatan

kawasan berbukit

mengalir tenang

ada chalet dan boleh piknik

ada kolam tapi tak bopa menarik

sungai ni jenis berpasir

view lawa


jalan masuk agak jauh dan tricky

bw makanan sendiri ye masuk kelah sini

                                                              bawak la menu western..sng


tak pun beli pizza

ngidam mi celup sejuk-sejuk ni

interframe jap breakfast kt hotel

kambing bakar

jom ngopi


Makan-makan november

 Salam..pi lagi kafe paling favourite kat Changlun ni.

Makanan sedap..berbaloi dgn portion yang banyak. Caboranara dia terpaling sedap. Potlepak ni dah pindah dari kedai kecik kat jejantas Titi Kerbau tu ke jalan Changlun lama (pejabat pos).

Tiap-tiap malam pi orang tetaplah ramai. Potlepak ni buka setiap hari petang ke malam dan jumaat tutup. Mak tak pernah jemu makan kat sini..set bawal RM15 dia ikan bawal besaq nak matey.


kedai sentiasa penuh

set talam ni RM22 je..tp puas makan

tu bawalnya






dpt hadiah bzday ritu


seluar ZARA

birthday minta benda yang simple tapi berguna macam dokoh ni

Zeus baru buka kt Changlun

orang belanja


puas mkn

steak potlepak

ada masa dpt rezeki mkn kt hotel gk

shell out Arab kitachen..set ni RM39.00..pedas manis..rasa kuat

bahagia boleh makan

Makan kt Wan tomyam

siakap 3 rasa..RM28

som tam

som tam ayam..kurang sikit

daging masak cinta..sototng goreng tepung

mihun goreng..salah hot dog dan yam boh dlm sandwich