Antara produk skincare Dnars, Yanko cream, Sendayu tinggi, Hada labo, Olay dan Bodyshop

 Hai salam semua.

Jom sembang bab penggunaan skincare kat muka kita. Semua perempuan kat Malaysia mesti nak kulit putih gebu dan glowing. Sebab tu skincare sangat penting untuk bantu capai matlamat ni.

 So hari ni kerajinan aku tinggi, aku nak share rutin skincare aku yang baik, yang tak elok dan yang bagi kesan kat muka aku. Muka aku ni kira macam combination skin tapi takde masalah jerawat ke apa. Kulit buaya. Kau pakai lah apa pun, semua on ja. 

Cuma jenis ada bintik hitam tu, keturunan mat saleh katakn. Sedari remaja ada bintik jeragat kecik tu. 

Yang aku post ni adalah yang sesuai dengan kulit aku dan kesan dia..so kulit orang tak sama cuma boleh buat rujukan je okey.

1. Mula-mula pakai Dnars. Yang ni elok tapi hakis kulit rupanya. Muka jadi glow. Dah kata racun pulak. Ni masa beli rm30 camtu. murah. Tapi lama-lama jadi kulit nipis. So aku stop

pakai yang cmni tp first edition tu..warna kuning..ni yg latest tak pasti selamat ke tak..rjuk kkm ok

2. Then pakai Yanko cream. Ni elok gak, muka glow. putih. Tapinya lepas kata produk tu beracun aku stop. Tau muka aku jadi apa?? jadi pasirrrr..penuh bintik kecik tu naik. Dah tu gatal yakmat. Serik dowh. Aku nyesal gila pakai yanko cream ni. Skrg walaupun diorang kata yanko ni dah ok, dah takde bad chemical  aku tetap la phobia. tapi ada je kawan-kawan aku masih pakai. ni masa beli RM60.

breakout paling teruk lepas stop guna yanko cream ni..gatal satu muka


3. Lepas yanko buat hal, aku serik terus kau..aku beli semua kat Watson. Aku pakai Hada Labo. Elok gak cuma muka aku takde perubahan. tak glow, tak moist dan tak putih. Aku try yang biru dan pink kalo tak silap.

pakai set ni kejap..dua-tiga bulan

pakai yang jap


4. Pastu aku search lagi..aku pakai Bio-essence la..macam-mcam tetap takde efek yang elok. Then aku start sendayu tinggi. Beli sabun muka whitening dan krim moist dia yang bunga damask tu. pastu dengan pearl cream dia buat foundation.

pakai ni ok..moist je rasa kulit. Aku pakai yang ni


Produk ni elok, cuma aku perasan muka aku makin banyak jeragat. Tapi moist tu elok. Glow tu ada sikit. Tapi sabun dia best. Tak rasa kering. Aku ni cepat jemu then dengar kata bila dah berusia kena pakai retinol. Aku tukar lagi.

5. Olay retinol night moisturiser ni aku beli RM60-70 camtu. Pakai malam. Mula pakai elok, jeragat pudar. Best rasa. Cuci muka masih setia dengan sabun sendayu tinggi, cuci mekap dengan micellar water garnier, foundation masih pearl cream ST.

Retino lni aku buat sluggish gak..lepas sapu olay ni aku sapu vaseline sebelum tido. Bangun pagi rasa moist tapi muka gatal sikit. Sluggish ni elok utk retain moist kulit muka kita.

yang ni elok tapi bg kulit kau kering


6. Lepas pakai Olay botol ke dua aku rasa kulit muka aku makin kering walau jeragat pudar. Muka nampak kedut kau. hhm pastu aku dok tengok kawan-kawan pakai Bodyshop skincare yang hijau tu..kulit depa glow dan elok sangat..so aku pun beli bodyshop Vit E moist cream. Lepas seminggu pakai kulit dah moist dan tak kering. Aku stop Olay retinol jap. Bodyshop ni RM60-70 utk 50gm sebekas.

harap yang ni elok laaaa..baca orang kata dia bg glow kulit
Produk Body shop nimemang semua elok..tapiiii mahal nok. satu set mau beratus. Jadi aku pakai moist dia je la. Mary Kay elok tapi lambert sangat efeknya. Body shop ni kira cepat gak glowing tu.


So rutin skincare aku yang tak rajin ni:

1. Guna sabun ST whitening bar soap

2. Kadang-kadang guna Micellar water buang mekap

3. Untuk malam guna Bodyshop Vit E..rasa lembut je kulit so setia pakai yang ni dulu.

4. Foundation masih setia dgn pearl cream ST, rm30. Ada SPF15. ok takat ni pakai.

soap ni best..rasa kulit moist lepas cuci


ni aku buat foundation


yang ni aku terpaling setia. Guna buat makeup base sblm boh foundation.
                          olay ni kalau aku tak pakai lama auto muka aku nampak kesan burn and obvious                                                                     nmpk bila buka tudung.

Aku masih di tahap kedekut nak beli skincare mahal macam SKII tu ke, estee lauder ke. Aku still guna produk bawah RM100. Sebab kau adalah mak yang terpaling bajet friendly.

ni guna utk cuci mekap tapi tak guna la everyday.



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman buat Intermittent Fasting (IF) 16 jam, 20 jam ,24 jam dan 40 jam berkesan cegah diabetes dan turunkan berat badan

Harga terkini Coklat di Kompleks Haji Ismail Group Langkawi 2019

Chalet Segantang Garam Merbok Kedah