Kadar bayaran parking kereta lapangan terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar-update 2019

Entry ni nampak biasa tapi sebenarnya penting kepada orang yang nak cari info berapa kadar parking kereta di airport Alor Setar.
Dah berpuluh kali park kereta kat sini, takde kesedaran pun nak post entry ni, sudahnya tiap kali nak pergi naik flight masih mencari kadar parking kat internet yang memang tak berjumpa la.

Jadi mak nak post entry nih untuk diri sendiri dan sesapa yang nak tau. Jika naik teksi dari Shahab Perdana (stesen bas) ke airport caj dalam Rm25. Jangan kena sembelih ok.

Parking kereta di airport ni tak berbumbung dan berdekatan balai berlepas/arrival di airport.
Tempat letak kereta yang menggunakan pondok manual, ada staf jaga pintu keluar...kot2 ada prob.
Pastu tiket bayar guna autopay macam biasa..byr tiket sblm scan exit parking.. mesin autopay ada kat susur keluar dari balai ketibaan nak masuk open parking tu.

Pada aku parking memang mahal sikit dari dulu..sehari RM15 maksimum..tahun 2016/2017 Rm 13/hari. naik jgk la tmbh kalo parking lelama jenuh nk bayaq..mcm aku pergi trip Bali tu tinggal keta 6 hari..hahhh sila kira. Setakat ni selamat dan takde lagi dengar kes2 jenayah.

Airport ni makin lama makin sibuk..dengan pertambahan flight Air Asia yang dulu dua kali sehari dah jadi 4 kali sekarang. Weekend lagi busy.

Dalam ni ada kedai nasi kandar, cafe kopi, kedai ala 7e dan imigresen satu line. Dibawah balai ketibaan ada ofis sewa kereta dll.

''Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim (IATAAORICAOWMKA) ialah lapangan terbang yang beroperasi di Alor Star, bandar raya di KedahMalaysia. Lapangan terbang ini ini dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim terletak 13 km dari bandar, boleh menampung 800,000 penumpang. Terminal baru ini sedia beroperasi pada 5 Mei 2006. Lapangan Terbang ini berkeupayaan untuk menerima operasi pesawat Airbus A330,A320,B737 serta saiz pesawat seumpamanya . Landasannya dipanjangkan dari 1,963 meter panjang dan 45 meter lebar ke 2,745 meter panjang and 45 meter lebar. Pada 2005, lapangan terbang ini telah mengendalikan 323,669 penumpang bersama 3,267 pergerakan kapal terbang. Tahun 2011 peningkatan kepada 407,717 penumpang dan 19,261 kendalian pesawat. Bangunan terminal mempunyai dua tingkat dimana tingkat bawah untuk ruang Ketibaan dan tingkat atas untuk Perlepasan. Terdapat dua jejambat pesawat "aerobridge" iaitu Gate 1 dan Gate 2''
Lapangan terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar

airport kecik aje

air asia, Mas dan firefly beroperasi di sini

ini tempat parking kereta..mesin autopay kat lorong tu

lalu ke bawah balai ketibaan..naik tangga ke balai berlepas..kat sini mesin autopaynya


parking tak berbumbung

Kadar terkini bayaran parking pada bulan June 2019.
Untuk kereta- Sejam pertama RM2.00, jam berikutnya RM1.00 dan maksima sehari RM 15.
Untuk bas lebih mahal sejam 5 hinggit, jam berikutnya tambah 3 hinggit dan maksima sehari 44 hengget untuk bas.
parking maksima dari jam 12 mlm hingga 11.59 

dah park keta jom boarding aircraft

Alor Setar dari atas

layan view awan sambil makan chicken lasagne
nampak sawah padi tu
amik semua gambar ni guna hp je nih..

Info lanjut :  Tel: +604 714 6876

Faks:     +604 714 5345

Alamat :  Sultan Abdul Halim Airport
06200 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Malaysia.

21 comments:

  1. Kalu Senai Airport... Kadar parking boleh tengok kat Web Senai Airport...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini tgk kat MAB jek..stkt ni la bila search itu yg keluar

      Delete
  2. Sehari 13? Murah gilakk... Tempat SS tak dapek harga ni... Nanges pecah tabung....

    ReplyDelete
  3. SS tak pernah lagi turun Alor Setar Airport ni... But insyallah... One fine day kan... sape taw... Leh jumpa mak... ha ha ha....

    ReplyDelete
  4. Murah laa parking sehari rm13 cuma x best kalau tggal kete lama..parking x berbumbung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalauketamahal mmg syg..keta mak buruks tak kisah hehe

      Delete
  5. Syukur Mak share info harga parking kat eport ni sbb mesti ramai x tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru perasan ms cari info harga park rupanya takde pn blog yg up psl ni

      Delete
    2. Tq duk cari info parking nk tinggai 4 hr..nk balik ganu

      Delete
  6. Thank you so muchhhhh. Very useful n informative. Selamat x nak tinggalkan kereta kt situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni mmg selamat..tinggal seminggu keta masih ok

      Delete
  7. Tetima kasih utk info..mmg tercari-cari kadar parking di aor airport.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Thank u sis info pasal caj parking kt aor..

    ReplyDelete