Minggu akhir Ramadan 2026 dan photoshoot Raya

 Salam .

Dah sampai kita ke penghujung Ramadan. Hari ni dah 27 Ramadan ya..semoga amalan diterima dan diberi kemanisan beribadah.

Harap terus kekal istiqamah dlm menbuat amal kebaikan.

Dan sibuk pulak untuk persiapan raya.

Jom tengok masih rajinkah memasak atau dah menapau kat bazar/restoren sajok.

Gulai Kuning Ikan tongkol Klate..sedap lauk ni

menu last few days..beli pn byk jgk

popia basah my fav..tapi susah nk cari yg betul sedap


sambal tauhu dan kentang

mee goreng ni beli RM6

Ikan gelama masin dan telur asin

Laksa lemak siam RM6

bubur lambuk

Oren dan agar-agar

Menu senang

Masak lemak ikan talang masin campur terung dan belimbing buluh

karipap frozen ni sedap..order kt kg

Ayam bakar dgn air asam


Anak sulung busy praktikum so adik dia g join program akaknya..so ibunya bekalkan lah apa yg ank request.

Eldest request Asam Pedas Ayam, Sheperd pie..kita buatkan utk makan dgn roomate serta adiknya

Sheperd pie..belum letak cheese lagi masa ni

Asam pedas ayam yang sebelanga..

hantar adiknya ke KTM Arau

Tgh tunggu SPM dan keje part-time skrg

berat lepaskan ank bongsu yg manja ni sesorang walau dah 18 tahun

KTM Arau

Menu hari malas.. masakkan sambal ikan, paceri nenas, tempe goreng request by hubs
Sambal memang fav kat rumah so buat sambal apapun sng.

sambal ikan 

paceri nenas

tempe goreng ni hubs req

beli murtabak mini dan popia

beli gk tauhu begedil



ada photoshoot raya

pakai je apa yg sempat


Me wearing kebaya sulam Grey

Dengan Pengarah baru

alhamdulillah rezeki..tq ingatan Sis Rozana kau gadis idamankuu...
ada duit raya, tudung, cookies, face mask dan kurmaa..Masyallah tabarakallah

Juadah berbuka semalam

Tom yam ni beli- Rm5

Sambal berlado kentang dan tauhu-masak sendiri..sedap hubs puji

ayam goreng kuniyt-anak dara request

siakap goreng

Patin Tempoyak Sg Pahang-beli kt Bazar utk hubs..kitonya tak mkn patin-RM15 seketul

murtabak daging dan kuih nona manis..terselit jgk spaghetti cabonara +ayam popcorn beli kt bazar

Iftar minggu ke-3 dan musim Audit

 Salam semua.

Semoga dlm keadaan baik dan dirahmatiNya.

Dah masuk Ramadan ke-19 kita ni..cepatkan.

balik terawih terus sinsing lengan goreng mihun..sb dh boleh agak semua akan lapo jam 11 mlm satgi..satu rumah jenis tak makan bersahur pepagi so mkn sblm tido dan pagi tu minum je

mihun goreng dan telur mata..letak isi ayam je dan takde udang semua..letak udang kering dan sayur yg ada

musim Audit ni..jadi kena pi taklimat, kalo kena teguran audit mau tido tak lena malam



dpt la jumpa kekawan
Audit ni byk jenis..lps satu setel mai yg lain pulak

Menu berbuka  Selasa atau Rabu..Ikan siakap bakar/kembong, kari terung, som tam, ayam percik dan burger

ikan pan fried

kari terung

Som tam betik..beli Rmm6

ayam percik Rm4.50

Tembikai merah/burger

Program kacau bubur lambuk

Edar kt Kg sekitar

sedap..ada tulang, udang dan memang legend bubur lambuk Sintok ni

Iftar hari Khamis

Talapia bakar, ayam goreng, ikan tongkol.  talapia for hubs, ayam for youngest dan tongkol for me

sayur bendi campur telur, terung rebus dan tempe goreng

tetiba teringin nak makan sambal bilis+kentang

Kuih dari Bazar-koci dan donat sambal

alhamdulillah Audit ok

Ketua PTJ dan auditor


Pertengahan Ramadan fasa pengampunan & berbuka lauk simple tapi sedap

 Salam Ramadan ke12 semua..dah pun setengah bulan berada dlm bulan barokah ni.

Dah menjelang pertengahan Ramadan kita..masih kah teguh beribadat atau dah rasa lesu tu?

Doakn diri sendiri istiqamah

"Bulan Ramadhan secara tradisinya dibahagikan kepada tiga fasa keberkatan, iaitu 10 hari pertama (Rahmat), 10 hari pertengahan (Pengampunan/Maghfirah), dan 10 hari terakhir (Pembebasan dari Api Neraka). Setiap fasa menekankan peningkatan ibadah daripada rahmat Allah kepada pengampunan dosa, dan kemuncak pelepasan daripada azab neraka. 

Tiga Fasa Bulan Ramadhan:

Fasa Pertama (1-10 Ramadhan): Rahmat (Kasih Sayang)

Pintu rahmat Allah terbuka luas dan ia adalah waktu untuk melimpahkan kasih sayang.

Digalakkan memperbanyakkan doa dan amalan kebaikan.

Fasa Kedua (11-20 Ramadhan): Maghfirah (Pengampunan)

Fasa pertengahan yang menekankan pengampunan dosa daripada Allah SWT.

Waktu terbaik untuk meningkatkan istighfar dan memohon keampunan.

Fasa Ketiga (21-30 Ramadhan): Itqun Minan Nar (Pembebasan dari Api Neraka)

Fasa terakhir yang fokus kepada pelepasan daripada azab api neraka.

Digalakkan meningkatkan ibadah, terutamanya pada 10 malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadar.""

Moga yg baik untuk semua dan diterima amalan kita.

Kadang letih baca semua update konflik dunia sana sini..bertuahnya bumi Malaysia ni. Lindungilah umat Islam seluruh dunia Ya Mujib.

Ramadan ni memang lebih prefer buka di rumah dan masak sendiri..lebih puas gituh dan mudah nak solat. Jadi kita masak lauk simple tapi sedap..ikut feveret penghuni rumah.

Berbuka ala kadar tapi berbaloi.

Asam Pedas Kepala Ikan adalah lauk simple tapi sedappp sgtt..

Menu Jumaat..9 Ramadan@27/2/26

sambal kepala ikan nyok-nyok campur tauhu

balance kari ayam

anak dara ngidam telur masak kicapp..buat 3 biji..dlm umh ni ada 3 orang so sorg sebijik

Kuih koci dan pau sambal..sedappp..beli kat bazar Rm3/kuih ada 4-5 biji

Buah oren dan pear

geram tgk tembikai..manis sebab kemarau kan


Menu Sabtu 10 Ramadan

Asam pedas kepala ikan nyok-nyok..sedappppp puas mkn msk sendiri ni tp tula pinggan bertambah pulekk

telur dadar bawang buat 3 biji

terung rebus dan telur masin pelengkap asam pedas

Murtabak daging ni sedapp..beli kt bazar

beli sikit kuih vadai dan chesse tart comel ni

Menu Ahad 11 Ramadan@1 Mac 2026

Kobis + sawi+tauhu kering

Oren ni manis
Sambal Udang campur terung..fav hubs

Gulai daging batang pisang..orang sedekah ni..rezeki

Gulai nangka pn orang sedekah..alhamdulillah

Siakap Pan fried..campur salt pepper dan paprika..dalam perut dia sumbat garlic onion dan herb

Semalam rumah takde letrik..so kita stay guest house..jadi makanan semua dibeli

ada Sate Surr..Rm10 utk 8 cucuk ada nasi impit dan timun/bawang

beli pau sambal dan karipap..gini la hidang takde pinggan semua

Murtabak Rm5/satu

byk makanan dibeli dr bazar..sapot local gituh

pulut ayam

nasi komok