Beach House Resort Pahalgam

Guest house ni mempunyai 4 bilik (double bed).
Rate terkini adalah Rs 1,500 (rm80). Sangat cantik dan tiada caj tambahan. Ada bathroom with hot shower,dan free tea service. So, bila dia hidang teh tu,dah termasuk dalam harga bilik.
Ada kitchen kat belakang guest house ni. Pemiliknya seorang Civil Engineer berumur 51 tahun. Dan selalunya anaknya yang akan melayan tetamu. Ia terletak betul-betul di tepi Lidder River, yang sangat cantik dan merupakan satu bonus sebab bukan semua hotel semurah ini dapat bersebelahan Lidder River.
Ia antara yang termurah di Pahalgam.

Can check adress in trip advisor website. https://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g665884-d2153533-Reviews-or40-Beach_Resort-Pahalgam_Kashmir_Jammu_and_Kashmir.html#REVIEWS

Kami berpuas hati dgn layanan disini kerana mereka hanya ambil caj sebenar, takde hidden cost. Dan mereka baik hati membantu kalau kita nak pape tanpa caj. Contoh,malam tu ada org lapaq nasi,mereka hntr seperiuk nasi free, so mkn dgn kari Yeo's dlm tin.

signage nak masuk ke dalam..kena jalan sikit sebab dia bukan tepi jalan..

backyard..very nice view

ni la guest house tu

reception

bilik agak luas


Mr Rehman,owner of guesthouse




tea n cake
gambar ni masa adik aku pi..lagi sejuk

view dari guesthouse


Aku rasa rate kat sini dah naik byk jugak..memang sini byk jenis botique hotel jadi Beach Resort ni kira murah lagi. Sebab standard hotel kat sini macam mewah-mewah jgk kekdahnya tambah lagi bila dok betul-betul tebing Lidder river.

Ramai email aku tanya pasal Beach House ni..so you all boleh add facebook anak lelaki dia,
Imran Ganai https://www.facebook.com/imran.ganai?fref=ts

So make contact dengan dia, nak mesej ke, nak ngorat ke dan senang la nanti dah sampai.
Aku hanya nak memudahkan, tak dapat untung apapun. dan nak tolong sesama muslim je okeh.

Backpacker bajet ke Kashmir..part 1-Itenary Kashmir dan pemanas badan.

heaven on earth


pengembala di kaki gunung

pahalgam 

Baisaran peak

Sekarang aku berada di Kahmir..yehooo bestnya.
Memang tersangatlah cantiknya dan tersangat jakunnya melihat gugusan banjaran Himalaya yang mengkagumkan dan gagah berdiri menjulang langit diliputi salji yang memutih. Pertama kali jumpa salji memang tak semenggah. Tak puas-puas bergolek kat Gulmarg. Dengan skiing bagai hehe.
Kepakkan tangan, buat aksi tergolek dog qada' kejakunan.
Itenary Kashmir adalah seperti berikut:


1. Day 1
KL- Kolkata (4-5 jam)
Tido dalam airport tunggu flight pagi buta ke Srinagar

2. Day 2,3,4 (3 days 2 night at Beach house resort Pahalgam)
Kolkata - New Delhi (transit) - Srinagar (3-4  jam)
Srinagar to Pahalgam (2-3 jam)
Day 3 -Baisaran Peak trekking
            Pahalgam sightseeing

3. Day 5,6,7 (3 day 2 nights at Rajbagh hotel Srinagar)
Pahalgam to Anantnag (1 jam)
Anantnag to Srinagar (2.5 jam)
-Day 5 to Tulip Garden, Shalimar Garden, Nishat Bagh garden
-Day 6 to Gulmarg (1-2 jam lebih kurang)
-Day 7 to Jamia Mosque, Hazrabal Shrine dan Pari Mahal

4. Day 7,8 (2 day 1 night in houseboat Dal Lake)
Houseboat hotel
Sightseeing in boat at night

5. Day 8,9 (2 day 1 night at Hamburg Hotel Srinagar)
Sighseeing at Dal Lake and boulevard
Check-out dan bertolak Srinagar- New Delhi- Kolkata

6. Day 9,10,11 (3 days 2 night at Kolkata)
-Kolkata New Market
-Kolkata sightseeing

7. Day 11
Kolkata to KL

Kami agak lama jugak di India..iaitu dalam 10 hari. Puas jugak jelajah Srinagar dan menikmati keindahan bumi Kashmir.

kolkata airport
sidai sweater tepi lidder river
ladang mustard

tulip garden
houseboat

 Okey,cukuppp..rasa nak nyanyi lagu hindustan tak??
atau dh bergelora nak kesini? hehe..tunggu next post ye.

srinagar, 9.30pm

Cara mendapatkan tiket flight murah ke India/Kashmir

Ini adalah sedikit panduan mendapatkan tiket penerbangan yang boleh dikira murah
dari Malaysia ke Utara India. India ni sangat luas,tak larat nak travel by bus or train, so flight menjimatkan masa dan tujuan adalah nak golek-golek atas salji di Kashmir bukan nak jelajah India.
Jika mengambil penerbangan terus KL-Srinagar, harganya mahal iaitu sekitar RM2700 keatas dengan Jet Airways dll. Mahal bagi aku. Masa Air Asia flight ke Delhi memang murah, sekarang takde lagi yang murah.
Jadi ada yang cadangkan alternatif fly ke Singapore dulu, melalui New Delhi dan byk lagi alternatif. Bagaimanapun masih mahal sekitar Rm2200 camtu. Nehi,nehi.
Jadi pilihan yang ada dan paling murah adalah terbang dengan connecting flight atau hop in flight.
Caranya ialah:

1. Cari flight Air Asia dari KL-Kolkata. Harga selalunya dalam RM700-800 return.(termasuk makan,baggage dan semua sekali. Tak ambil food lagi murah dalam rm600)
Delhi from top

2. Dari Kolkatta ke Srinagar, ambil syarikat airlines india. Macam aku, ambil Indigo Airlines.
Ambil Kolkata-Srinagar return, harganya kalau tempah awal dapat murah dalam RM700-800.
Buat tempahan di website makemytrip.com. Senang dan murah dari website lain.

Jadi  untuk kedua-dua airlines dapat lah bawah RM2000.00. Masa aku tempah aku dapat harga dalam RM1700 seorang untuk KL-Kolkata-Srinagar dan return. Masih murah dari ambil direct flight. All in.
Cuma tido di airport sementara menunggu flight seterusnya satu kemestian.
Aku terbang KL-Kolkata petang, sampai ke India jam 5petang cmtu. Kastam dan check-up bagai mau pukul 7 baru siap. Jadi malam tu, tido di airport sebab pagi esok kul 8pagi nak catch flight Kolkata-Srinagar.
Jadi rugi ambil bilik hotel sebab dok kejap je, kul 5pagi kena gerak ke airport dah. So buat cam gelandangan la kan, tido kat airport.Kata nakkan adventure?

3. Masa balik pulak Srinagar-Delhi-Kolkata. transit kat Delhi 2 jam. Ada yang transit atau layover lama di Delhi (22hrs) boleh la nak jenjalan disana. cuma yang lecehnya bila dah keluar airport ni payah nak masuk balik...kastamnya strict sikit (banyakkkk). Jadi aku ambik transit yang 2jam je. Takyah berangan masa transit tu nak pi Taj Mahal ke apa, tak sempat ok. Dgn jln jam, Taj Mahal dah tutup waktu petang pun.
I have to save my ass.

Jadi tiket flight bejumlah RM1700-RM1800 seorang. Berbaloi kan dari ambil direct flight. Ini backpacker style ok,bajet adalah tight dan fight. Sebenarnya kalo tempah awal leh dapat lagi murah dalam Rm1400-1500 tau. Return.

So bajet untuk backpack ke Kashmir dalam RM3000/pax. Tolak flight tiket RM1700 (kalau tempah awal dapat dalam RM1400 je), ada lagi RM1300 belanja. Rm300 sila tolak untuk buat visa (RM170), beli barang keperluan lain dan bas ke KLIA.
Jadi belanja sebenar bila sampai ke India adalah RM1000, ada berani tak?
Pada aku cukup dah tu untuk 2 minggu backpack jika share dgn travelmate hotel, taxi dan servis lain. Yang ni tak temasuk duit shoping. India masih dikira murah kos hidup, dan halal jadi bab makan tu tak perlu ikat perut. Hotel pun masih banyak yang budget hotel. Dan hotel dia rate sekitar 500rp-1000rp  iaitu RM28-600.
Murah, share lah dgn travelmate, memang menguntungkan.
security stampfor hand luggage



Delhi airport

p/s-now i'm at Kashmir..will blog about Kashmir soon..

UPDATE: Malindo Airlines dah buat pernerbangan ke Delhi. Lagi murah dan mudah. Caranya amik tiket KL-Delhi dan di India amik tiket Indigo airlines (boleh tempah di makemytrip web) dari Delhi ke Srinagar. Tempah awal mungkin dalam RM1000-RM1200. Memang jimat.

Malaysia in Grieved

Malaysia in grived,Al-Fatihah to our fallen heroes.
The sacrifices made by our security forces will always do the nation proud.
United we stand,devided we fall.
http://en.wikipedia.org/wiki/2013_Lahad_Datu_standoff


''Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara...'' -Tun Dr.Mahathir Mohamad


Wordless Wed


Three things cannot be long hidden: the sun, the moon, and the truth.