Sarawak trip - Kek lapis Dayang Salhah


Kedai kek lapis yang terkenal seantero dunia ni terletak di Kampung Gersik, Petra Jaya..tempat komuniti Melayu tertumpu.
Kalau dari Waterfront Kuching, naik je penambang ke seberang yang ada banyak jeti tu...tambang dalam seringgit.
Bot atau sampan  menyeberangi Sungai Sarawak akan berhenti di jeti dekat Food court berbumbung. Jalan ke sebelah kanan ke arah Masjid berbumbung hijau. Dikiri kanan jalan ada jualan terubuk masin dan kek lapis jenama lain.
penambang
on the way ke Dayang Salhah ni jumpa kedai ni..tapi ramai cina yang beli sini..

terubuk masin


dah nampak signage..masuk lorong kecik ni boleh,depan sebelah masjid pun boleh
dah nampak

pintu masuk
kawasannya

kt dalam


Kemudian sesi sampling pun bermula. Paling sedap perisa masam manis, prune, red velvet dan cadbury.
Banyak juga perisa komersial seperti Ariana Rose, Pandalela dan sayang Sarawak.

rasa jangan tak rasa...jgn malu-malu..percuma




byk pilihan
Harga kek lapis bermula dari RM10 hingga paling mahal RM25. Jenis mahal tu adalah Harimau Malaya.
Standard price kebanyakan RM10. Kek cadbury tu RM13 untuk yg kecik..yang besar RM25.

Sarawak - Hotel Goodwood Inn Kuching

Terletak di kawasan waterfront. Dekat Hilton dan Tune Kuching.
Area lorong Green Hill.
Kedai makan senang, 7eleven dan easy acces ke pusat  bandar. Boleh jalan kaki je ke Waterfront dan naik sampan ke seberang untuk ke kilang kek lapis Dayang Salhah.
hotel bajet



reception
Dengan kadar Rm 65 semalam, hotel ni agak ok. Dua katil single dan bilik ada LDC tv serta aircond.
Ada banyak bilik dengan kadar serendah Rm50 hingga Rm90.
Internet ada tapi hanya dilobi.so jika amik bilik di tingkat bawah dapat akses di situ.
not bad afterall
yang penting seated toilet
Disini aku amik 3 malam..balik hanya tidur dan siang merayap ke bandar Kuching.

Sarawak trip- Cat Museum

Muzium ni terletak di dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara..Petra Jaya.
Tempat ramai penduduk Melayu dan kawasan pentadbiran.
Yuran masuk percuma..cuma bayar Rm 3 untuk bawak masuk henpon dan Rm 4 untuk digital kamera.
Dalam ni agak cantik, ada banyak pameran dan kedai jual souvenir macam FM, keychain, pensil dan lain-lain dengan harga yang murah. FM serendah Rm2.
Antara yang ada adalah gua kucing yang gelap didalamnya (cat cave) dan bila kita masuk akan ada sound umpama harimau tuh. Seram jugak..ia gunakan sensor.
Ada sudut cats in culture, cat in comics, cat in muzikal and entertaiment dan banyak lagi.
Replika kucing yang besar tu pun banyak..kalo ramai pengunjung haruslah kena beratur tunggu giliran nak amik gambo.
dalam building ni

pintu masuk
replika kucing yg ada
Luas jgaklah dalam ni..ada tempat duduk dan info ygn agak banyak. Peminat kucing mesti suka.
kucing di mumiakan

Kucing masuk broadway




Lukisan kucing dan manusia

berkuburnya seekor kucing

Sarawak - Makan apa??

Bila dah gi jalan, tentu menjamu selera kat kawasan tu.
So masa gi Sarawak yang paling famous tentunya Laksa Sarawak. Yang lain seperti Manok pangso tu (betul ke idak ejaan) dan sayur midin tu pun harus dicuba.
Sepanjang kat sini, tiap ari aku ngadap laksa Sarawak. Dekat waterfront court tu sedap, dekat restoren biasa pun sedap.
makan kat sini, naik sampan ke seberang

Dipersilakan makanan Sarawak masuk....beta nak santap.
Terbaik! Laksa Sarawak..RM5 je

Ok, itu je benda speciality yang aku makan kat sini. Yang lain aku makan adalah kuih ubi  macam tepung talam tu, nasi lemak, nasi goreng seafood (pi mana pun takleh tinggal) dan nasi ayam. Sayur midin makan juga tapi tak ambik gambo..dah kebulur kuasa seribu masa tu.
nasi goreng ayam

Nasi goreng seafood
Air white lady..
Then, makan ni kat Pasar Satok
nasi ayam pasar satok
nasi goreng seafood
Kemudian, makan kuih ni kat Pasar Satok..sedap dan rasa macam tepung talam..cuma lapisan ubi dan sagunya yang berbeza.
sagu asasnya

ni rasa macam ubi kayu parut
nasi lemak kuching

pujaan hati
Maaflah uolls..mak tak makan ulat, ambuyat segala tu..mak makan mana yang rasa boleh masuk tekak dan mentelkah aku ni tiap makan nak order laksa Sarawak? sampai kolok mee pun tak pandang.