September 2026 yang sedih. Duka pemergian Bonda Negara Tun Siti Hasmah.
Satu negara sebak dan terasa sangat dengan pemergian beliau pada 28 September 2026.
Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Tarikh sama anakanda lapor diri di Sabah.
Kita pun sedih dengan ketiadaan beliau lagi tambah sedih kerana bulan ni anak-anak semua dah membawa haluan masa depan masing-masing.
Dalam fasa Empty Nest Syndrome.
Dalam duka ada bahagianya. Impian Husband untuk menbuka Kafe Japanese Food tercapai.From a little dream to a little Japanese food shop. 🍣✨
Hubby’s dream, slowly coming true.
Alhamdulillah. 🤍
Hubby’s dream, slowly coming true.
Alhamdulillah. 🤍
![]() |
| All he wanted was a little Japanese food shop..and here it is. So proud of you, hubs |
![]() |
| Gembira walau kita masih dalam fasa Empty Nest syndrome.. “Our job as parents is to teach our kids not to need us. And it hurts, but when you see them as accomplished, confident, kind, thoughtful responsible people, then you know you’ve done your job.” — Barack Obama |
19 TAHUN TAK PERNAH BERENGGANG.
TIBA-TIBA BILIK DIA KOSONG.
Sekarang musim ramai ibu bapa menghantar anak ke universiti.
Ada yang sejak anak lahir, tak pernah berjauhan lebih daripada beberapa hari.
Selama ini, hidup dipenuhi rutin kecil yang nampak biasa, tetapi sebenarnya sangat bermakna.
Setiap pagi kejut bangun. Balik sekolah tanya dah makan. Malam tunggu dia balik. Bising tengok bilik bersepah.
Masak pun terbiasa dengan portion yang sama. Terdengar bunyi pintu, terus teringat anak. Lalu depan biliknya, spontan menjenguk.
Kemudian, satu hari, semua itu berubah.
Anak mula keluar rumah untuk masuk universiti. Ada yang berpindah kerana mula bekerja. Ada yang berkahwin. Ada yang akhirnya mempunyai rumah dan kehidupan sendiri.
.
Kita selalu fikir anak yang akan susah menyesuaikan diri bila keluar rumah.
Rupanya ibu ayah pun sama.
Selepas bertahun-tahun hidup kita dipenuhi rutin menjaga mereka, tiba-tiba satu bahagian besar rutin itu hilang.
Rumah terasa terlalu senyap. Bilik yang dulu bersepah kini kemas, tetapi terasa kosong.
Ada yang mula rasa sedih, sunyi atau kehilangan. Ada yang rasa seperti hilang tujuan kerana selama ini banyak kehidupan berpusat kepada anak.
Perasaan sukar menyesuaikan diri apabila anak meninggalkan rumah ini sering disebut sebagai
Empty Nest Syndrome.
.
Ia bukan diagnosis penyakit mental, tetapi perubahan hidup ini memang boleh memberi kesan kepada emosi sesetengah ibu bapa.
Jadi bagaimana nak cope?
Pertama, beri diri masa.
Tak perlu paksa diri untuk terus rasa “okay”. Kehilangan rutin yang sudah bertahun-tahun menjadi sebahagian daripada hidup memang memerlukan masa untuk disesuaikan.
Kekalkan hubungan dengan anak, tetapi beri mereka ruang untuk membina kehidupan sendiri.
Tetapkan masa untuk call atau video call supaya kita masih rasa dekat tanpa perlu memeriksa mereka sepanjang masa.
.
Pada masa yang sama, perlahan-lahan bina kehidupan kita semula.
Jumpa kawan.
Keluar berjalan.
Sambung hobi yang lama ditinggalkan.
Bersenam.
Travel kalau berpeluang.
Luangkan semula masa dengan pasangan.
Cari perkara yang membuatkan kita bangun pagi bukan hanya sebagai “mak atau ayah kepada seseorang”, tetapi sebagai diri kita sendiri.
.
Anak keluar rumah bukan bermaksud peranan kita sebagai ibu bapa sudah tamat.
Cuma bentuknya berubah.
Dulu kita pegang tangan mereka supaya mereka tak jatuh.
Sekarang kita belajar melepaskan tangan itu supaya mereka boleh berjalan sendiri.
![]() |
| Dari Public Health page |
![]() |
| Si Sulung terima watikah lantikan guru- posting di Kudat (Pulau Banggi)Sabah |
![]() |
| Menghantarnya ke Kota Kinabalu |
![]() |
| Sebak di dada menahan jiwa |
![]() |
| Sulung yang mnegajar kita erti hidup sebagai seorang ibu |
![]() |
| Tinggalkan kucing nya Abu@Dusty kat kita |
![]() |
| Dia pun sedih tinggalkan Abu ni |
![]() |
| Hantar Bongsu ke Uitm Bertam pada 23 September 2026 |
![]() |
| Anak manja peneman setia tak pernah duduk jauh sejak lahir..berdikarilah Bongsu dan doa Ibu sentiasa mengiringi mu |
![]() |
| Benar. |
![]() |
| You always be my baby-you both |
Namun dalam duka ada kebahagiannya. Allah itu Maha Baik.
Bulan ni juga pembukaan Umaii Sushi- impian hubby.
A little Japanese Food Shop… hubby’s dream come true. 🍣🤍
Alhamdulillah di izinkan Allah untuk mencapai impian bersama.
A little Japanese Food Shop around the corner for you to enjoy.
![]() |
| A little Japanese Cafe |
![]() |
| Around the corner |
![]() |
| By Chef Zul |
![]() |
| Deko semua by hubs |
![]() |
| Small cozy kafe |
![]() |
| Equipment baru |
![]() |
| Interior..masa ni belum siap sgt |
![]() |
| For you to enjoy..teppanyaki chicken |
![]() |
| So dreams do come true. In Allah we trust. |












.jpg)









