Pernahkah kita,semasa remaja memikirkan untuk bawa diri?bergaduh dengan parent,fikir untuk merajuk bawa hati.bergaduh dengan kawan-kawan timbul keinginan untuk pindah sekolah,pindah asrama,apatah lagi kalau bergaduh dengan si dia?nak pergi bawa hati yang luka,nak tinggalkn dia supaya dia terasa kehilangan kita dan akan menghargai kita bila kita tiada di sisi?dan dia akan sedih sambil petik gitar lagu ni:
'' Ku jalan sendiri tiada tempat untuk menanti
Tiadamu aku menyepi bayanganmu aku mencari..
Kusangka kan hujan tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan dan tersungkur di ketepian..'
dan dibawah pohon dimalam yang sepi dan hanya kesakitan yang bertebaran *kononnya *
Semakin kita dewasa,pekara tersebut menjadi kabur dan kita menjadi dewasa.Tiada lagi terlintas. Kerana itu perangai budak-budak,sikit-sikit merajuk nak lari. Tetapi,tetapi..membawa hati masa remaja tu ada kaitan juga seorang pengembara.
Ok,selain
kerana ingin melihat tempat,budaya dan cara hidup orang lain atau keindahan
dunia..percaya tak ada juga manusia mengembara kerana kesunyian dan membawa
diri. Kembara jiwa lara.
Pengembara
ada banyak jenis-satu kerana suka cabaran,belajar budaya asing, melihat tempat
baru..dan ada yang forever alone. Topik kita hari ni adalah lonely traveller.
Apakah
itu Lonely Planet? sila ketuk kepala 400 kali jika tak tahu.
Lonely
planet adalah penerbit tebesar buku/media panduan mengembara bagi backpacker atau
budget traveler berpusat di Australia.
Pernahkah
kita terfikir jika ia berkaitan pengembaraan, kenapa perlu letak Lonely
Planet?kenapa tak letak Amazing Planet, Universe Planet atau Happy Planet ?
*sorry,can’t find
better words*
Jadi, kenapa
ada kaitan lonely dan mengembara?Lonely planet adakah beerti manusia yang
mengembara kerana kesunyian?atau planet yang sunyi?
Atau pengembara ini adalah mereka yang dihuni kesunyian?
Atau pengembara ini adalah mereka yang dihuni kesunyian?
Dan
pengembara selalunya ada kisah tersendiri kenapa mereka mengembara.Kenapa
susahkan diri ke tempat jauh, duit tu boleh beli TV flatscreen besar dan shoping, tapi
kenapa mengembara?.
Lebih
terkesan bila kita tengok solo backpacker. Mengembara seorang diri.
Penat
menggalas backpack berkilo-kilo, mengheret kaki menapak demi jimatkan duit
teksi, makan ala kadar menggalas perut dan lupakan semua kemewahan tido lena
diulit air liur basi.
Berhadapan
cabaran ditempat yang asing, kena tipu, sesat dan merayau mencari destinasi. Tertinggal keretapi dan emosi menguasai.
Adakah
tak rasa content? rasa sunyi yang memerlukan ia ikut kemana saja hati ingin
pergi? Ya bagi lonely traveler ni mengembara adalah perjalanan kehidupan. Selain
minat ia juga mencari makna hidup, malah ia mengubati hati
perlahan-lahan
ketika mengembara ke tempat asing.
Pengembara
yang berada ditempat jauh, terasing dan terpisah..melewati batuan pantai yang
terpencil, merasai deruan angin dipuncak gunung, pedih terkena titisan hujan semasa berlarian, menyusuri lorong-lorong tidak berpenghuni, berhenti di pohon rendang menumpang
teduh terik mentari, bertemu seketika teman bicara, merenung jauh kenangan silam melalui
hamparan langit biru dan ada ketika hati meratap di malam yang hening.
Berkelana
sepanjang jalan, singgah berhenti sedetik melepaskan lelah,perjalanan
diteruskan. Perjalanan sepanjang mengembara adalah kehidupan. Menikmati
keindahan yang asing, perbezaan yang pelik atau menadah tangan mengucap syukur
pabila terpana dek kekurangan yang ditemui.
Pengembara
yang memilih untuk meneruskan kembara, biarpun ada pilihan yang lebih
menyenangkan. Kembara mengisi titik-titik yang kosong.
Kerana itu kadangkala kita melihat seseorang yang tiada destinasi, tiada komitmen kerana hidupnya sendiri adalah satu pelarian.
Dia tak mampu berada di suatu keadaan atau tempat yang sama buat satu masa yang lama.Dan keseorangan bukanlah sesuatu yang teruk.Ia adalah kelegaan, dari sebarang pengawalan atau pemilikan. Ia adalah kebebasan jiwa dan pengabadian diri. Manusia normal yang tebal hak bersendiri. Dan jadilah dia nowhere man. A lone ranger.
Kerana itu kadangkala kita melihat seseorang yang tiada destinasi, tiada komitmen kerana hidupnya sendiri adalah satu pelarian.
Dia tak mampu berada di suatu keadaan atau tempat yang sama buat satu masa yang lama.Dan keseorangan bukanlah sesuatu yang teruk.Ia adalah kelegaan, dari sebarang pengawalan atau pemilikan. Ia adalah kebebasan jiwa dan pengabadian diri. Manusia normal yang tebal hak bersendiri. Dan jadilah dia nowhere man. A lone ranger.
Ya, dunia
ini luas.kita dikelilingi oleh manusia didalamnya yang bingit, bising dan
ada berbagai bunyi namun kita kesunyian dalam dunia kita. Dunia yang hanya kita
memahaminya. Dunia yang sepi. Pengembara yang sunyi
.... bersambung....
.... bersambung....
Let me tell you this: if you meet a loner, no matter what they tell you, it's not because they enjoy solitude. It's because they have tried to blend into the world before, and people continue to disappoint them.”
― Jodi Picoult, My Sister's Keeper
"Loner is a label for a person who shuns human interaction for a variety
of reasons. These reasons can range from a lack of certain social
skills (such as people with Asperger's Syndrome), misanthropy, excessive
rejection from others, to a simple desire to be with oneself. A common
psychological term used to describe the personality of loners is
introversion. Some individuals refuse to interact with others because of
perceived superiority. They wish to only relate to individuals they
consider worthy of their time and attention. Therefore, a loner will
have very few intimate relationships. Many feel anxious in their
presence because they perceive the loner's disdain towards them. It is
also common for people to believe them to be arrogant and egotistical.
Related to the above is the socializing aspect of a loner: focusing on
certain traits, some loners socialize greater with people in whom they
can confide.
Unfortunately it takes time for this bond to occur and when someone
unknown to a loner enters the social group, the loner will automatically
shell up. Seeming shy or insecure, most loners can only socialize with
people they see constantly. This is in part due to the fact that many
loners are overly self-conscious and believe people are constantly
sizing up their attributes.
While expressing a desire to be alone most of the time, loners do not
necessarily shun human interaction completely. An example would be the
person who shuns any social interaction with work colleagues beyond what
is necessary for fulfilling his or her job description (mainly for
practical reasons and to avoid further complicating one’s professional
relationships) but who is actually fun and extroverted during parties or
social gatherings with people outside work.The term loner is usually used with a negative connotation in the belief that humans are social creatures and those that do not participate are different, though in some cases there is a certain romanticism in the idea of the Loner, or "Lone Wolf" (see The Lone Ranger) since he or she is seen as special and unique. The loner may take great pride in his or her behavior."
Betul.
ReplyDeleteHari tu saya ada jumpa sorang minah ni (tak tau dari negara mana), kecik je orang nye.. muka nampak baik. Dia travel sorang-sorang dia ja. Galas beg lagi besor dari dia. Hitch hike gitu.
Kembara mencari diri kot.
Aida,
DeleteSalute kan solo traveler ni..korek la rahsia dia..jadi joyah sikit,kot ada rahsia tersembunyi