Perusahaan minyak gamat Langkawi-MH Saujana Enterprise

Mai cek mai..kalau pi Langkawi acara wajib selain ke Idaman Suri, haruslah beli minyak gamat buat ole-ole.
Malas sebenarnya sb pasai minyak gamat pun nak masuk blog ke?apa kelas ko?
Heh,kemain kata takde kelas yer,tapi bila anak jatuh beskal,terhantuk dinding,kena gigit lipas,tu jugak la minyak yg ko cari dulu.Gigih aku kan, nak bantu pengusaha bumiputra kita,apa salahnya promo sikit.

So,dipersembahkan..minyak gamat MH Saujana yang terkenal seantero dunia rombongan cik kiah ke Langkawi.murah tak mahai,jual kira sedozen 12 botol dalam RM12,sebotol kira RM1 je.Minyak akar Seruntun yang memang mujarab tu 6 botol RM30,tak caya try dan pastu ko akan order lagi.Bam panas tu pelbagai perisa buah pala,cengkih,halia 4 botol RM10 je.kalo beli kat kedai biasa sebotol dah RM5.Murahkan kat sini. Sabun kecantikan,bedak sejuk dan semua produk berasaskan gamat ada disini.

Ini kedainya.



macam-macam ada




cara buat minyak gamat pun ada ditunjukkan ditepi kedai

Malaysia in grieved

“Do not believe in anything simply because you have heard it. Do not believe in anything simply because it is spoken and rumored by many. Do not believe in anything simply because it is found written in your religious books. Do not believe in anything merely on the authority of your teachers and elders. Do not believe in traditions because they have been handed down for many generations. But after observation and analysis, when you find that anything agrees with reason and is conducive to the good and benefit of one and all, then accept it and live up to it.”

Panduan Seoul Metro Subway

Seoul Metro Subway antara yang tercanggih dan advanced di dunia.
Mudah nak baca dan ikut laluan.
Dua hari di Korea,kami dah pandai dah baca map subway ni dan ikut hala mana nak pi. Tu kira aku langsung tak study psl Seoul ni..klu study..hah malas nk ckp..semua petik jari.
Kalo aku dok sini sebulan, harus aku terrer tahap expertise jd tour guide kt sini.T ak reti baca hangul don't worry, english direction ada kt subway ni.

Pemerhatian : Orang tua/warga senior di sini sangat efisien. Mereka berkerja kutip sampah, kerja di subway dan aktif serta rajin menyumbang kepada masyarakat.Tak perlu harap pada pekerja asing untuk kutip dan jadi cleaner, dan memberi impak pada masyarakat. Kalau naik subway pun,golongan warga senior ni jugak yang ramai naik untuk berekreasi,beriadah ke pusat ski dll. takde istilah nak berehat,nak bermalas,tiada istilah bila dah tua menunggu mati dan harapkan duit anak-anak.
 Memang tabik la pada mereka ni. malah,mereka excited nak berbual dgn kita.Setiap kali naik tren,mereka yang tanya kita macam2..ada tu engineer yg dah kerja di US tapi bila bersara masih kerja di subway.


seoul metro map

Gangnam subway station
Mesin beli tiket dan mesin deposit refund


pukul 5.30pagi

Ada beberapa pekara yang boleh dijadikan panduan semasa travel di Seoul:

1. Beli tiket subway dan tiket akan dikeluarkan mesin dalam bentuk kad tmoney. Tmoney is used to scan on and off the subway.
Similar to London’s Oyster card, T-Money is used to scan on and off the subway. You can buy individual fare cards, but to save time and money pick up a T-Money card at any convenience store. They usually run around 3,000 won ($3) and you can load them using a machine at the subway station (which has an English option). When you scan into the subway you will be charged the base fare of 1,050 won ($1) and depending on how far you travel you will be charged another 100-400 won (10-40 cents) when you get off. Remember, if you scan when you get off a bus you get a free transfer onto the subway!
 Harga tiket adalah termasuk 500won deposit. Setiap kali kita exit, boleh refund di mesin refund dan akan dapat balik 500won tersebut.

2. Pada aku tak perlulah nak beli dan refill kad ni di kedai 24jam melainkan ko nak dok sini lama.
Aku jenis beli tiket dan lepas guna,exit kemudian terus amik balik refund di mesin
Pastu nak ke tempat lain,beli tiket yang  baru. Ye,memang aku jenis touch and go style babe. Less headache.

3. Di Seoul gunakan tiket tmoney,di Busan guna tiket kertas cam biasa tu dan tiada refund. Tiket yg terus ditelan mesin yang sentiasa kelaparan. Tiket kt Busan pun tak berapa nak cun,  ala kertas suratkhabar yang digunting. Nak buat kenangan pun takleh simpan.

4.Kita boleh beli direct destination walau kena tukar line, asalkan tak exit dari pintu scanner tu. So transfer line kat bawah tanah je,jgn naik atas gatai nak pi kedai dll.
Contoh kami amik direct tiket line lain ke Gapyeoung.

5. Beratur naik subway dan segala transport. Orang korea sgt particular bab ni. Jgn dok menghimpit org masa nak masuk.Masa kt subway tu la,kita boleh exit berpandukan neighbourhood map yang ada.

6.Ada petunjuk tempat masuk dan keluar dari pintu subway.I kut arrow tu,jgn ko pergi beratur depan-depan anak panah org keluarr dari subway. Be polite ok. Jgn bagi maluMalaysia
anak panah entrance/exit

7.Senyap dalam tren. Hanya orang tua Seoul je dibenarkan bising dalam ni dan bercakap kuat dalam henpon.(peraturan ciptaan aku yang benar dan nyata)
Sebab memang semua org muda Seoul akan senyap men handphone je sepanjang perjalanan. Awkard ok kalau kau bising. Except ko warga emas...sila cakap kuat macam petir dan aku tak betanggungjawab kalo ko dibantai secara berjemaah.

8.Jangan tolak menolak macam nek LRT .
No need pushing, warga Seoul tak tehegeh-hegeh bergerak. Dan bila train agak nak sampai tu,terus bangun jgn lenggang kangkong joyah oiii.

9. Jangan berdiri depan pintu atau dilaluan orang keluar masuk. Walau ko nampak dia kacak macam Lee Min Ho, jangan halang dia keluar dari tren.

10. Jangan duduk ditempat OKU/senior citizen.

11. Download Jihachul-
Jihachul is, in my opinion, the best Korean subway app out there. It is free and provides route maps in Korean, English, and Chinese for Seoul, Busan, Daegu, Daejeon, and Gwangju. In addition to the route map you can tap your starting and ending stations and the app will tell you the best route, where to transfer, how long it will take, and how much the fare will be. You can also access timetables and exit information. Best of all, you don’t need data to do any of this, so if you are traveling and don’t have a Korean plan you can still get to your destination with ease.


Ini bukan hanya panduan untuk subway Seoul tapi kebanyakannya apply di metro seluruh dunia.



24 hrs Mart S.Korea

24 hours mart available everywhere throughout S.Korea.Convenient stores varied from GS25, CU Mart, 7eleven, etc.
With wi-fi, coffee corner, microwave, coffe maker and all disposable cutlleries.
CU Mart served better with coffee corner,cozy hangouts and tv avalaibility.
Ada segala mak nenek dalam ni,nasi,kimchi.sausages paket,ikan masin, ala steambot fishcake tu pn ada..memang tip top sungguh.










Kos dan itenary backpack ke Korea Selatan



Hulubalang istana lama Seoul

Ahjussi yang efisien dan masih menyumbang kepada negara

Namiseom
Kos ini adalah untuk kos bagi  seorang backpacker. Tp pergi berdua, maknanya boleh share kos taxi, motell dan lain-lain.
Tanpa travel agent atau student agent. Kos yang paling minimum bagi aku selama 6 hari.
Pergi sendiri, tiada booking online train,hotel, hatta tandas awam sekalipun dan main redah katanya.
Overall kos aku cuma RM2,000 sahaja. Kalau boleh jimat kat souvenir, maka bawak Rm1k memang dah cukup. Nak selamat bawak tukar RM1200/sorang. Hari last baru beli souvenir, buleh abiskan duit tu dan tinggalkan sikit utk emergency/contigency cost.

Nak tengok duit won dengan RM, senang je.
Katakan 10,000 won, buang kosong 3 dari belakang dan darabkan dgn 3, so dapatlah bape RM.
Contoh  10,000 won (buang kosong x 3), di convert jadilah  RM30. Kos yang dibentang adalah average, lebih kurang bukan exact figure. dan untuk seorang belanja. poolkan duit untuk bayar semua ni dgn travelmate, kecuali souvenir.

Macam aku, kami poolkan dulu duit sebanyak 150,000 won  (RM450 seorang so 2 org dah jd 300k won -RM900) dan kemudian tambah lagi 10,000won bila tak cukup.
Overall belanja kami semasa disana lebih kurang 1000/seorang untuk (pergi 2 orang). Yakni belanja basic penginapan,tiket subway,masuk istana, tiket feri Nami,teksi dan beli nasi. Jimat banyak sebenarnya bila makan makanan segera dari Malaysia..bawa maggi pun tak abis. Bawak kari dlm tin memang licin. Cuma beli nasi je kat sana.

Aku pun xtau kenapa , tapi bila travel kt sana,taklah rasa lapar sgt. Makan dua kali sehari pun dh ok,tu pun makan nasi dan benda ringan mcm roti dan hotteok.
Orang miskin travel , kenalah sedar diri dan tak melencong nak makan semua makanan korea yang boleh dikatakan mahai for beggars like us. did not admired fancy restaurant or any cafe'/bistro style either.

Tapi kalo ko ikut kos aku bagi ni,pastu keje ko asik makan,makan 10kali makan/mengkopi je kejenya, pastu ko bising apasal kos aku bagi ni tak cukup, memang sengaja lah kan nak suh aku bagi kaki. Ni nak pi berjalan ke nak pi makan? dah kata backpack, buatlah ala-ala orang susah sikit walau ko kat Malaysia makan tak henti macam ...sambung sendiri.

TIPS:Pelempang muka sendiri sekali kalo ko baru jalan sepuluh langkah,pastu ngada nak susu pisang. Dan pelempang dua kali bila jalan baru 100 meter pastu gatai nak hempukkan bontot lepak kt Starbucks.
Pelempang 4ratus kali kalo keje ko kat sana-jalan sikit nak air, jalan sikit nak jajan, jalan sikit nak bibimbap, macam kanak-kanak kendos eh?

Itenary Korea adalah simple dan tak banyak cover pun. Malas apakah aku pun tatau..pergi ikut suka hati dan road less travel.

Day 1
KL- Seoul (6-7 jam)
Busan - Seoul (bas 4-5 jam)

Day 2
Check-in Seoul hotel (3 days 2 nights)
Namdaemun market
Seoul sightseeing

Day 3-4
Nami Island
Gyeongbukgung Palace

Day 5
Seoul ke Busan by bas
Jagalchi market
Busan tour
Check-in di Sasang hotel

Day 6
Flight Busan -KL

Dan kosnya adalah seperti kat bawah:

Kos tiket flight KL-Busan-KL = RM1000
Kos belanja penginapan, makan (byk bw dari Malaysia),pengangkutan dll = RM1000
Souvenir = RM200
Jumlah RM2,200.

Kos untuk Seoul/seorang 4hari 3malam:
Motel semalam rate = 40,000 won semalam (RM120,share berdua Rm60), 3 mlm = 60,000 won (RM180)
Makan sekali = nasi pack 1,000-2,000 won (RM3-6) kos overall nasi/snack/hotteok/strawberi/susu pisang dll utk 5 hari dalam 20,000won
Lauk = bawak dari Malaysia,sambal ikan bilis,serunding,kari ayam/daging tin
Subway tiket = bajet 5,000 won sehari (RM15),so 25,000 won utk 5 hari
Tiket bas Busan-Seoul = 34,000 won(RM 102, dua hala RM210),so 68,000
Tiket feri Nami = 8,000w (RM21)
Teksi ke jeti Nami pergi balik= 5300+6400=11700 (RM36/2)=5,850w (RM17)
Tiket Gyeongbukgung Palace = 3,000 won (RM9)
Misc (buah,roti dll)= 7,1500 won (RM22)
Motip letak angka yg tak genap adalah utk genapkan total cost.

Total= 197,000 won (RM591)

Kos di Busan/seorang 3hari 2 malam: 
Motel semalam rate =  25,000 won semalam (RM75),dua malam 50,000/2 so share jadi=25,000w
Makan kat restoran (sekali je mkn dgn proper) = 15,000 won (RM45) sorang shared
Subway tiket = 5,000 (RM9)
Misc (nasi ,air,roti,brownies dll)=20,000

Total=65,000won (RM165)

Kos asas=197,000 +65,000won = 262,000won  (RM786.00)
Souvenir=70,000 won (RM210)

Kos keseluruhan =332,000 won (RM996) + tiket kapal terbang (RM1,000) so jumlah sebenar RM1,996.00 untuk seorang backpacker


Sebenarnya kos kami kurang daripada kat atas, sebab aku genapkan so nampak banyak dan aku lebihkan kos utk transport dan miscellanoues cost.
Sayugia diingatkan ini adalah basic kos, kami tak pergi masuk ke tempat hiburan,(everland hapake) ke tempat lain yang mungkin kena caj, dan ini adalah kos asas. Memang kami tak pergi minum kopi atau makan best-best kat sana.

Kami pergi tempat paling penting je yakni landmark crucial South Korea-Nami, Gyeongbokgung, Namdeamun dan jalan persekitaran Seoul.
Kenapa kami turun di Busan? sebab tiket flight lebih murah dari Seoul.Murah sampai Rm400-300. So baik amik Busan, dapat gak tgk keadaan Korea selain dari Seoul.

Aku dah survey hostel dorm, rate sama dgm motel yang kami duduk ni jugak, sorang 20,000.Baik dok motel,dpt privacy bathroom dan sorang pun 20,000won jgk.Tapi kalau pergi sorang, dok hostel lagi jimat la sebab kira by bed/pax. Memang paling mahal adalah kos penginapan di sini.
Jika di India, tukar RM1k, aku adalah seorang raja maka di Korea,tukar RM1k, aku adalah seorang cheapskate.
Untuk travel secara bebas kewangan dan pemikiran, you ain't there yet honey.

Warna-Warni Korea

Warna-Warni Korea...









Comel tak kami???


ni kalau pakai style K-pop haruss kacak



Makan apa di Korea??

yg ni halal sebab takde meat, dll

Sebenarnya bila di Korea,makanan asasi kami adalah nasi yang dibeli di 24hrs mart dan dipanaskan dalam microwave,makan dgn kari/rendang dalam tin je yang bawa dari Malaysia.Sebab takmo buang masa nak cari kedai makanan halal,kaedah tu lebih efisien utk ultimate backpackers macam kami yang ada matlamat untuk berjalan dan mengembara,bukan makan beria-ria.cewah...yolah tu.
Seriously,nama makanan pun kami tak bape nak tau sgt.. Hotteok,lagi apa?bibimap pun tak try.
Makan pun kul 4,5ptg,for lunch,breakfast and dinner all in.Sekali makan untuk semua sesi.yang lain makan snack tau minum susu pisang yang diwar-warkan sedap sangat tu.Pada aku,ok la sedap.
ini makanan asasi kami di korea..mudah,sedap,halalan toyibba dan JIMAT!!!made in Malaysia

kuih tare yang sedap makan fresh tapi bila bawak balik,keras kejung

contoh makanan depa

Agak sukar nak nak mencari makanan halal di Korea,kecuali dikawasan2 tertentu.
So, aku memang dah standby kari tin segala,takkan lah semata nak tunggu makanan halal,kita kena stay Itewon je?Haihhh..buat rugi je kan.
Don't let the food determine your destination.
permandangan dari highway Seoul ke Busan

R n R highway dari Seoul ke Busan


benda ni di mana2 pun ada..tepi jalan dan kedai 24hrs
ni octopus ball..sedap jgk.2500 won

ni pancake korea,hehe..manis,ada gula perang dan cinnamon


hanya sekali ni kami makan full courses korean food..

susu pisang yang dikatakan sangat sedap.biasa je pada tekak aku yang ngada ni