Backpack Korea-Hari Pertama KL ke Busan dan Busan ke Seoul

Bagi rakyat Malaysia yang nak ke Korea Selatan, kita tak perlukan visa untuk melancong ke sana.
So bawak passport je nokkk.
Flight ke Korea pada jam 8.05 pagi. So lepak semalam dari KL Sentral dan tukar duit segala.
Rate sekarang adalah RM 1 = W340.
Tukar RM897 dapat KRW264,000.
Penerbangan mengambil masa dalam 6 jam jugak...kematu montot ni ha..sedor diri sikit yer, dah amik tiket murah tu pasrah je lah, beggars can't  choose.
Naik AirAsia X dan besar aircraft dia, ada 3 row seating dan dua lane utk served food.
Anyway, nak inform untuk ke Korea ni kastam tak straight,boleh bawa satu peti sejuk pun takpa.
Aku bawa 4 tin yeo's kari ayam/daging/sambal/rendang. Siap bawak roti ikan bilis segala. Dah jimat kat situ.

Duit won
Duit won dan ringgit yang ditukar...sadis gila bawa RM900 je
Akhirnya..nampak jugak rupa bumi Busan. Waktu di Korea sejam lebih awal dari di Malaysia.Waktu pagi juga cerah awai seperti di Bandung dan Kashmir.

Busan dari udara

Kena que panjang jugak untuk stamp passport, Ramai orang Jepun masa tu..kemudian ke kaunter info untuk tanya bas ke Seoul.
Keluar je dari airport..waweee cuaca dingin menyapa. Suhu dalam 5C kot..best best..terus pakai  baju sejuk..jakun bin jaki kan? wah saat camni teringat kt Kashmir. Pokok-pokok ginko yang ada pun semua tinggal ranting je.
Cuaca camni jalan jauh pun tak terasa..sebab tak berpeluh.
Dari  Gimhea Airport,keluar airport jalan ke sebelah kanan,(depan airport domestik )..situ la LRT. Beli token untuk station King Suro Tomb (won1500/org,dalam rm4.60) dan di situ ada station bas untuk ke Seoul.
Exit dari station King Suro,akan nampak trafik light. Jalan ke kanan, dari situ akan nampak banyak bas. So,station nya disitu, dimana bas inter city dan bas express beroperasi.

on the way untuk ke station bus King Suro ke Seoul

mesin token di LRT Gimhea.

Exit dari LRT King Suro Station..amik sebelah kanan utk ke bus stand

Ini kaunter tiket basnya..

Dalam bas..
Bus station King Suro dari luar..sejuknyeee..gigil ok

Kami ambil tiket ke Seoul dan berharga Won 33,600 (RM108) seorang dan bas bergerak jam 8.30malam.
Perjalanan mengambil masa selama 4jam setengah dan jangan dok buat pasal terlambat. Bas jalan tepat jam 8.30 ok..memang aku sangat respek orang Korea ni, baik dan berdisplin. Bila tanya depa,walau depa tak faham bahasa Inggeris tapi diorg akan cuba membantu sedaya upaya sampai heret tangan ko suh dok betul-betul depan bas.

bas ke Seoul.
Bas selesa dan berhenti sekali dua ambil penumpang, aku dah tak sedar diri tidoq, jet lag la katakan.
Sampai di Seoul jam 12.30 malam dan Seoul masih hidup dan meriah. Turun bas kat Express bus terminal..dan melalui Gangnam area.
Ini adalah trip gila okey..main terjah dan itenary suka hati. Aku kan malas nak buat survey segala pasal Korea ni,so kami akan walk in je untuk ke hotel/hostel. Haa, hebat sangatlah ko kan..berpusing 400 kali cari hotel,satu apapun tak jumpa kecuali JW Marriot Seoul dan Popgreen Hotel area Gangnam, haa sila sila pi check in kalo nak rasa jadi pengemis di Seoul.
Hell yes..'true traveller has no plan' memang nak menempah nahas.
Malam di Seoul bertambah dingin,beku muka aku dan terketar-ketar menahan sejuk. Hidung pun dah kebas dan tak rasa apa dah. So, berjalan cari hotel..perut lapaq dowh sebab last makan masa dalam flight.
So singgah kat CU 24hrs shop dan beli nasi, panaskan dalam microwave. Makan dgn Yeo's kari daging,nikmat gila.
Padanlah muka kan..nak travel sanga tanpa terikat ..cari hotel tak jumpa, lepak kt depan kedai  24hrs sampai jam 2pagi, dengan suhu menjunam negatif, balut muka serupa the mummy pun tak jalan.
nasib baik bawa shawl panjang.
Bila dah lama lepak kat area Gangnam tu, teruskan perjalanan ke cafe CU Mart yang 24hrs convenient stores gak, yang ni ada kerusi dan boleh lepak dalam kedai. Legaaaa,sb adalah heater dan dapatlah duduk sejam dua. Sebelum tunggu subway beroperasi jam 5.45 pagi nanti untuk ke area Chungmuro.(hrp ada hostel disitu)
Beli coffee dan brownies,won1500.

penyelamat aku dari kebekuan-CU for you mart
nikmat dapat minum kopi dan makan brownies sambil dapat heater
Hotep PopGreen di kawasan Gangnam-Gu Seoul tapi kami tak check in sini,tak berapa nak kaya.

So kami keep walking, wandering dan naik subway dari Gangnam ke Chungmuro jam 5.45pagi. Manusia pertama yang tunggu subway bergerak dan tak sabaq nak beli tiket Tmoney tu. Sampai area Chungmuro..tawaf jgk.
Cari hotel , berpusing-pusing..yang banyak di sini adalah kedai printing..atau adakah kami salah area? hukhuk..
Akhirnya..namkpak hotel Delkom Guest House..try to ring a bell, tapi takde orang.
So keep wandering dan nampaklah satu motel ni. Taktau hotel apa sebab tulis hangul..sadisnya sebab buta huruf disini. Dia ada tulis motel sikit kt atas signage tu. So terjah motel ni, kat tingkat 3 okeyyy. Mau aku kurus umpama tiang letrik kalo dok Korea ni. Alhamdulillah dapat jugak motel, lega sebab dari malam tadi dok melilau kat luar dalam sejuk beku. Tapi save tu semalam duit bilik,hehe.
Owner hotel pun tak kisah kami check-in awal, seawal jam 6.30 pagi. Baiknya dia ni dan kesian kot tgk manusia alien mana mai nak check-in pagi-pagi buta dalam kesejukan macam homeless.


14 comments:

  1. hi just stumbled upon your blog to read about your backpack travel to Korea.

    OMG mmg mahal guesthouses kt Gangnam tu. Sbb daerah tu mmg tempat tinggal orang kaya2 kt Korea and artists. Gangnam is ibarat Bukit Antarabangsa.

    Tapi x pa. nama pun traveller kan. mesti la adventurous sikit kan. ;)

    I enjoyed reading your blog. :)

    ReplyDelete
  2. Best pengalaman awak disana..hehe..awak hanya bawak Rm900 je ke korea?? Berapa hari awk kat sana?

    ReplyDelete
  3. Suke baca blog awak.. insyallah mbantu tuk ke korea next year..

    ReplyDelete
  4. Mak aih selamba tak book accommodation hihi.good info, blog walking for my trip 2016

    ReplyDelete
  5. Nurul..ada entry kos korea yg sy dh detailkn
    Yiesya.. thanks singgah..
    Sarah..hehe main terjah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. azaleania - Busan tu Membosankan tak? next yr nak ke sna dah booked tiket flight. mesti tgagap2 nt... agak2 bln 4 tu cuaca mcm mana?

      Delete
    2. Azmi...Busan sebenarnya byk tempat menarik..cuma sy x sempat cover. Bulan april dah masuk musim bunga..cuaca nyaman2 sejuk dan nice.

      Delete
  6. Lagi satu soalan, kalau kita bawa beg masuk kabin , boleh tak kita bawa can food atau mknan mcm roti untuk jimat belanja. Sb kali ni sya travel nak bawa backpack jer. Tak bawa luggage. Jimat kos
    Trima Kasih membantu

    ReplyDelete
  7. Canned food sy x sure..sb klu scan kastam tu brg yg besi spt jam dan belt kena tanggalkan dan letak asing dlm box.try beli yg paket mcm brahims tu lg ok. Then bw masuk roti no prob rasanya.

    ReplyDelete