|
Hari Kedua di Seoul.
Namdaemun | |
|
Kedai Portmerion pun ada.kak oiii |
|
Kimchi kering dan basah..paket byk-byk sesiap..tak beli sebab was-was sikit |
.
|
Rambang mata tengok kedai cenderahati yang banyak.Penjual sini pun ok,jenis tak paksa beli bila kita dah pegang brg2 |
Suhu masih lagi sejuk,dalam 3-5C.
Nak keluar pun best sebab cuaca sejuk dan tak panas.Keluar hotel,terus ke subway untuk ke Namdaemun.
Ambil tiket dari Euljiro 3 sam-ga ke Myeongdong.Jalan kaki dari sini ke Namdaemun...standardlah kan sesat-sesat sikit.
Kami keluar dalam pukul 2 petang,tengok ada peniaga yang baru mula buka gerai.Umpama Petaling Street tapi lebih besar,lebih meriah.Nampak je kami diorg terus tegur 'Apa Khabar?' isskk kuat sungguh penangan shoping orang Malaysia ni yer.
|
Suasana di Seoul yang dingin dan cantik |
|
Kasut di Namdaemun..murah RM27 je..sambar satu,berbaloi..ada bulu-bulu gitu.. |
Disini memang rambang mata tengok semua barang.Kasut dan pakaian antara yang variety dan agak murah.
Banyak la duit yang lebur disini..tapi yang buat aku rasa nak hantuk kepala kat tiang letrik Seoul adalah bila kami keluar dari Namdaemun tu,depan Standard Chartered Seoul yang ada tugu patung tu,ahjussi tu jual souvenir lagi murah.Mana yang kami beli 10,000 won dapat 8,000 won.tu kira kurang Rm6 tau.Bayangkan ko beli 10 item?tak RM60 kurang?Adeh la,..tapi takpalah kann, takde rezeki.
Waktu petang juga suasana di sini juga nyaman dan sejuk..dengan deretan pokok-pokok Gingko,lanskap jalan yang indah juga membuatkan aku seolah berada di Berlin gituuu (cam penah pi).Kul 5 lebih dah beransur gelap suasananya.ohh inilah nikmatnya mengembara semasa masih dalam penghujung winter..tak berpeluh dan berdebu.
|
tempat Ahjussi jual souvenir,yang lebih murah dari yang ada di Namdaemun..depan Standard Chartered cuma mungkin tak variety sangat. |
|
Kawasan depan Standard Chartered Seoul yang cantik..dengan tugu,taman dan burung Merpati |
|
depan Standard Chartered Seoul,sebelah Namdaemun je |
No comments:
Post a Comment