Perth : Part 8 Dari Perth city Ke Whiteman Park

Park yang wajib dikunjungi warga Malaysia bila ke Perth
Pagi kelima di Perth. Plan nak Caversham Wildlife Park yang berada dalam Whiteman Park.
Jadi kena bergerak awal pagi dan prepare sedikit masa mana tau nanti sesat.
Beli tiket train dan berlepas.

naik train kat perth station
Line Midland di platform 8..images google



Line tren di Perth City..Midland platform 8, Freemantle platform 7
Bassendean dihentian nombor 9 berlepas dari Perth

Cara untuk ke Whiteman Park ni adalah :

1- Dari stesen keretapi Perth, naik ketapi Midland line (platform 8) untuk ke Bassedean. Whiteman Park terletak dekat station Bassedean. Beli tiket Transperth $4.50 seorang (jika bukan weekend, kalo tak beli je family ride, sah sepanjang hari utk $12.10

2- Bila sampai ke stesen Bassedean ni turun dan keluar stesen ke sebelah kiri, akan nampak 2 buah bus stop  iaitu bus stop 1&2 dan 3&4. Naik bas Transperth di bus stop 3&4 (hujung sikit)  bernombor 955/956 yang ke Ellenbrook. Tak perlu bayar dah sebab tiket Transperth tadi tu sah untuk 2 jam dan boleh naik semua kenderaan dalam masa 2 jam tu tak kira berapa ratus kali pun ko nak ulang naik apa jua kenderaan berlogoTransperth.

3- Perjalanan dengan bas ke Whiteman Park agak jauh la jugak, dalam 20-30 minit lebih kurang. Sepanjang laluan cantik permandangannya, dengan tipikal rumah ala English desa Aussie dan pokok bush ala gurun disepanjang jalan tu. Then bas berhenti tepi jalan, nampaklah Wihteman Park ni (disebelah kiri jalan). Turun kat situ dan jalan masuk dalam.

4- Dah sampai kat gate tu, akan ada bench dan interkom. Kalo tak larat nak jalan, guna interkom mintak staf Caversham datang ambil uolls. Diorang akan datang ambil dengan van. Tapi disebabkan kegigihan ku, kami menapak ke Caversham uolls! dalam setengah jam berjalan kaki. Gila jauh..semua orang pelik tgk manusia mana yang berjalan tengah desert ni? cehh..tapi aku feeling tgh train marathon gitu. Balik pun menapak jugak..cuaca agak panas dan dingin. Balik Malaysia orang tegur kenapa ko rentung?? balik tu aku check, dari gate Whiteman park tu nak ke Caversham adalah 1.7km..gila jauh aku exercise.

-Selepas jalan kaki yang terasa berpuluh-puluh kilometer tu, akhirnya nampak jugak Caversham Wildlife Park ni.
Dalam Whiteman ni rupanya banyak kawasan aktiviti dia, utk campimg, tempat piknik, mussel pool dan tempat truck adventure macam 4x4 tu. Kira kawasan untuk akitiviti lasak dan taman-taman temalah. Jadi Caversham ni hanyalah secebis dari tarikan yang ada dalam ni.

Dalam train masa on the way tu, tengah duduk rilek tu sambil usha-usha kawasan desa Aussie dalam ketapi tu, tetiba ada 2 orang inspektor tiket datang. Check tiket semua penumpang. Depan aku adalah seorang perempuan minah saleh dengan baby stroller yang tengah mengantuk. Bila time inspektor tu minta tiket, dia bagi kad expire. Terjadilah adegan yang tak ingin ku lihat.
 Inspektor tu adalah mamat Singh dan mat saleh. Mamat Singh ni bagilah preach 'pesal ko naik train tak bayar, salah tau dari segi undang-undang'. Minah saleh ni pulak dah tau salah bertegang urat 'eh, ko jangan nak berleter boleh tak, sakit telinga aku ni, baby aku tengah tido ni'. Dengan nada suara yang tinggi.
Lama bertekak akhirnya train sampai ke Bassedean dan pompuan tu turun kat situ, sama dengan kami. Adegan tu tak tamat kat situ, aku ni nak jugak masuk geng Joyah kepochi, nak tengok apa pengakhirannya. Datang sorang aunty kesian kot tengok pompuan tu kena berleter, dia datang tenangkan pompuan tu. Yang si inspektor tak abis lagi nak slow talk dgn pompuan tu.
Tapi dah tak setel-setel kes maka Mak pun tak larat tunggu dari jauh so terpaksa la naik bas ke Caversham.
Kes macam ni pernah jadi dalam train masa aku kat Austria, mamat inspektor Austria tu senang aje caranya, 'ko tak boleh tunjuk tiket yang sah,aku denda, nah amik ko punya saman'. Takde dakwa dakwi dan buang air liur.

Mind your own business Joyah oiii..dah la kena menapak dekat 2 km, ada hati lagi nak jadi paparazzi.

Berhenti kat stesen Bassendean
ni rupa stesennya
jalan sikit ke bus stop ni

Tunggu kat bus stop nombor 3..yang hujung tu

timetable dan laluan bas..amik bas no 955/956 yang mana berhenti kt bus stop no.3&4 tu

Ini jalannya..nak balik tunggu kt seberang..kat bus stop tu

akhirnya sampai jugak kat Whiteman Park
Dan..bermula la time untuk menapak 1.7km..gigih takmau panggil van Caversham dtg pick-up.
Sepanjang aku jalan tu, banyak la nampak shuttle van yang ulang alik pick-up orang. Dah tu taknak berhenti pulak tanya kot-kot la kami nak tumpang?? cehhh..

boleh guna interkom ni untuk naik van ke caversham

Map Whiteman Park..gila besaq baq hang

tgk dah berapa km aku jalan daaa..abis cair lemak-lemakku
Patut la kat Aussie kena byk roadsign binatang-binatang cenggini.. hewan guna satu jalan yg sama dgn manusia

Jalan kaki sepanjang bush-bush nih..panas dan dingin

Langit biru, matahari terik namun dingin 
Lepas rasa nak merangkak kat tengah gurun ni..akhirnya nampak Caversham Wildlife Park ni..jom sujud syukur 40 kali sambil cium tanah berpasir halus putih mulus nih.
Best jugak jalan sebenarnya..dapat amik gambo byk-byk sambil jalan..byk pokok renek ala gurun survival kat sini.

Akhirnyaaaa...

6 comments:

  1. Senangnyaa laa kan nak ke sini... Adoi... SS gi sini naik bas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip SS..gi mana...dah jd blog tertutup pulak huhu

      Delete
  2. Mak.. kalo CT nak tengok platypus kena pegi mana ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tak sure cik siti..kena tanya uncle Google kut

      Delete