Review buku Travelog MR. Traveller

ini bukunya

Travelog yang bertagline '' Dengan lafaz Basmalah aku menjelajah'' ini sebenarnya dah agak lama diterbitkan. Tahun 2015. Ditulis oleh Meor Farid Asyradi.

Buku ni sebenarnya dicita-citakan nak membaca semasa sedang bermusafir. Tapi tak tercapai hajat tu..jadi aku sudahkan buku ni baru-baru ni. Masa mengembara ni jika diikutkan..baru la boleh baca penuh tumpuan- semasa tunggu flight boarding, semasa tido dilantai stesen bas dan semasa jadi homeless. Kalo hari-hari biasa tu sukar sikit sebab rutin sentiasa penuh.

''Travelog Mr. Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10,000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.''
http://www.goodreads.com/book/show/25455840-travelog-mr-traveller


selepas dpt inspirasi baca buku ni, sila tulis plan anda

buku setebal 308 muka surat

Itu kata googreads. Dan seperti biasa aku nak buat review menerusi pemerhatian dan persepsi aku.
Unik buku ini, penulis cuba menghabiskan kalam Allah semasa bermusafir. Dalam melihat keindahan bumi Allah, beliau masih sempat membaca Al-quran dan menunaikan semua kewajiban yang dituntut.
Ini aku rasa kerdil la jugak kan, sebab aku ni selalu travel bawak Reader's Digest je ataupun novel-novel merapu tu. Kalo novel Bridget Jones tu baca berpuluh kali pun takpa.

Dalam travelog ini,  penulis bermula di Sweden. Jadi point of entry di Sweden. Dan route yang dilalui adalah Sweden- Denmark- Jerman- Chech Republik- Slovakia- Hungary- Romania- Bulgaria- Turki- Austria- Switzerland- Itali- Vatican City- Perancis- Belgium- Netherland- Norway dan balik ke Sweden. Ada negara yang dilalui lebih dari sekali semasa perjalanan beliau pulang seperti Bulgaria dan Romania.
Semua perjalanan ke sesebuah negara menggunakan sekeping tiket kereta api sahaja.

Mahasiswa Pengajian Islam UM ini juga mempunyai ramai juga kenalan yang sudi membantu mengurangkan kos dan memberi panduan semasa dalam perjalanan. Ada rakan di Perancis dan Jerman yang menunggu kedatangannya. Boleh mengurangkan kerinduan berbahasa Melayu semasa travel. Banyak masa dihabiskan dalam keretapi dan berhenti di bandar-bandar utama Eropah. Suka duka dilalui sepanjang kembara.

Dengan bajet Rm8k ditolak flight tiket RM2k maka baki Rm6k adalah perbelanjaan beliau sepanjang penjelajahan. Pada aku banyak jugak knowledge yang pembaca dapat dari travelog ni..ada isu seperti politik, peristiwa dan pengetahuan am yang diceritakan dalam menempuh sesebuah negara berkaitan.
Ada jugak travelog khas yang di selitkan iaitu di India.

Cuma pada aku penulisannya agak skema sikit, agak mendatar.
Bagaimanapun, banyak jugak ilmu kembara bagi yang beginner boleh dikaut dari travelog ni.
Yelah, umor 25 tahun dah pergi ke banyak negara..untung dan bertuah..ini mak dah kertu baru ada peluang..rezeki memasing la kan. Aku ni mungkin tunggu nak bersara je kot dari dunia travel nih.

ini antara pekara yang di timbulkan dalam travelog ni


Overall buku ni salah satu buku yang mampu dijadikan sumber inspirasi oleh pembaca yang bercita-cita nak mengembara. Satu arus yang bagus untuk kaki travel Malaysia apabila semakin banyak travelog di terbitkan dan sapa yang nak glamer tu boleh la amik peluang. Dan pembaca pun dapat banyak pilihan dan pengalaman dengan mengintai di rak-rak Popular Book yang dulunya hanya di dominasi oleh travelog berbahasa Inggeris.

27 comments:

  1. Kalu SS buat buku ada org nak beli x mak? Ha ha ha

    ReplyDelete
  2. wah hebatnya ... 8 ribu seluruh europe + 50 ketapi.

    cayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS bukan nak cakap apa laa... Bersepah kat media sosial... Orang dok share pasal belanja paling murah ke luar negara... Kadang sampai tak logik! Kalu fikir2 balik kos rendah... Contoh laaa... Sebelum ko terbang ke luar negara... Ko makan kat KLIA kfc pon dah 7 henget sepinggan... Ko beli kad top up dah 10 henget... tambang rendah ko naik train or bus nak sampai ke KLIA tu lagi... Tak tahu lah kot ko jalan kaki or tumpang org dari rumah... ha ha ha... Jadi kat situ pon mungkin dah berhabis duit... Jadi mana datang logiknya ko terjah seluruh Europe dengan kos gitu? Ko puasa ke? Keh Keh Keh...
      * Saje nak buat mak panas... ha ha ha...

      Delete
    2. Kita kan main masak2..murah byk tau!! turun train station carik hotel jalan kaki jek..dah sesat barat tak jumpa baru nek teksi..masa travel byk posa mkn sekali je sehari sb tu kurus..panasnya idok ler SS..siap sejuk beku lagi nihh

      Delete
    3. Jay emm kata travel dengan SS x sempat lapo! Kah kah kah...

      Delete
    4. Haa tu cmne nk jimat tu..lgpn mak gi travel mana beli sim kad semua tu..mak guna tenet kt hostel je

      Delete
    5. SS pon x de beli sim kad pon mak... pakai tenet otel jek... Powerbank pon tak bawak... ha ha ha

      Delete
  3. Hanya sekeping tiket? Mcm mana tu! Camne dia buat

    ReplyDelete
  4. Pesal nk bersara awal Mak! China lom abis explore lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan mak ... kita geng.
      #antichina.

      hahahaha....

      tak de lah ... gurau je.

      jangan marah mak

      Delete
    2. Betul la tu manisah..masih anti lagik nih

      Delete
    3. Jangan camtu mak! Jangan putus asa sebelum berjuang.... Cewah!

      Delete
  5. menari gak buku ni pas baca review dia. slalu tengok2 je kat mph, tak ada nak beli pun

    ReplyDelete
  6. Part epel tower tu... SS sendiri pon tak naik... Tak naik bukan sebab fikir pasal kuantiti or kualiti... Tapi... Tak cukup masa sebab terkena dengan drama train tambang rendah tapi stuck tengah jalan... Tak tahu laa kot si penulis ni naik single tix subway... Sebab SS sendiri pon kalu boleh nak pulun guna 1 day pass... Tak mampu der amik single tix... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa dah beratur nak nek tower jek mkn masa berjam kan..takpe janji sampai kat dasar epel tower udah..keadaan tak mengizinkan

      Delete
    2. dah sampai peghancis ghupenya hakak nam kita.

      errr macam tak de baca pun kat blog sss

      Delete
    3. Dia simpan citer tu nak buat pekasam dalam kitab busuk dia hehe

      Delete
    4. Kah kah kah... hadoi laaa... nanti laa republish.. semua dah terredraf... google punya pasal laaa nih... iskksss

      Delete
    5. Kita tunggu ye..tgk bila nk republish nya

      Delete