Medan Indonesia backpack intro


Tahun ni tahun paling sedih.
Visa tak lulus. Tiket dan fees visa burn nak dekat Rm1k. Duit ku hangus depan mata.
Sakit hati dan marah sampai nak give-up travel gitu.
Tapi nak buat macamana..dalam travel ni akan adalah untung dan ruginya.
Dan yang aku jeles bila ada blogger post entry ;

- Permohonan Visa ke China : LULUS.. ramai kot blogger post entry gitu..bukan JM sorang jek..
Dah kenapa perkataan LULUS itu harus di besarkan??? tiru JM la tu kot.. Berdarah mata aku membacanya tau.
Tapi takpe..aku tetap doakan mereka pergi dan balik dengan selamat. Rezeki kita berbeza. Dengki tetap dengki.

Setelah duit hangus terbakar..mana lagik nak cari duit untuk travel lagik?? aku bukan suku sakat Warren Buffett. Jadi sedaq diri yer..pergi backpack ke tempat paling dekat sudah. Yang tiket flight dan kos hidup murah. Yang tak kena visa. Yang harga tiket tak sampai dua ratus. Takyah berangan nak feeling layan winter nun. Aku ini jeles pada SS dan JM.
Jadi pilihan yang ada pergi short gateaway ke Indonesia.

- Hello?? Medan aje kok?? please la...
- Iya buuu....ini backpakcer tak kira region, asalkan dapat lepas gian travel jadilah kan??
Dari mereput kat pejabat sepanjang tahun. Heh.

Medan dan Indonesia... mencabar naluri bacpacker seperti di India jugak sebab geng putar alam begitu banyak. Jilat ludah balik konon takmau travel ke negara Asean melainkan free..okeh ekonomoney memang sangat terasa sekarang. Sakit hati para pengembara bila nak tukar RM yang dah tak laku lagi tu.
Sebenarnya susah jugak nak cari info backpack di Medan ni. Sebab ramai orang kita selalu pergi Medan ambil pakej sesiap. Yang aku jumpa dan aku rasa boleh di jadikan panduan adalah blog ni:

http://sapikembara.blogspot.my/2014/11/backpack-medan-4h3m-dengan-bajet-rm300_8.html

Cuma dah agak lama ditulis dan ada lagi satu lagi blog yang membuatkan aku fikir banyak kali sebelum beli tiket ke sana iaitu:

http://ilzafmenulis.blogspot.my/2016/01/kembara-paling-seram-3-medan-mengerikan.html

Kisah pengembaraan yang mengerikan sebab kena tipu berkali-kali di sana, di kencing dan digoreng sampai sakit hati ko membacanya. Geram dan seolah ko takde power nak keluar dari putar alam tu.

Baiklah..jadi mari kita ke Medan selama 4 hari dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Matlamat Medan: Danau Tona dan Berastagi.
Ole- ole buruan : Bingka ambon dan baulu gulung
Keperluan mental : Hati sekeras berlian (bukan batu) dan sentiasa alert
Bekalan hidup : RM500 dan badan sihat cergas
Cara travel : Rileks, redah dan ikut naluri. Redah bukan sebarang redah, redah dengan ilmu di dada eh di otak okay..no problem with redah way but read a lot..prepare for the worst and hope for the best.

Welcome to Medan

Sun Inns Hotel Brickfields KL

Hotel bajet ni aku stay masa Deepavali ritu, nak short gateaway ke KL. Tujuan pergi KL adalah sebab nak makan ni:
ngidam meatball Ikea
Dengan salmon salad ikea
Aku amik hotel ni sebab dekat dengan KL Sentral, lepas flight dari Alor Setar nek bas ke KL Sentral, boleh terus jalan kaki ke hotel. Jalan kaki dalam 10 minit. Hotel ni ada 38 bilik, wi-fi laju, air-cond dan kipas serta tv satelit. Hotel ni ada 21 cawangan kat Malaysia dan aku book menerusi Booking.com. Mudah dan tak kena caj awal..pergi hotel baru bayar cash kar website https://www.booking.com/
Room rate:
Room TypesNormal RateWeekend Rate
Deluxe W (1 queen-bed)90100
Deluxe NW (1 queen-bed)8595
Superior W (2 single-beds)90100
Superior NW  (2 single-beds)8595
* Actual room layout is subject to availability
* Peak Rate apply on Public holidays Eve, Public Holiday, School Holiday Eve & School Holiday
* SunInns Hotel reserve the right to termintate or any amendment at any time without prior notice.
W = Window       NW = No Window
 Hotel Address:SUN INNS HOTEL SENTRAL, BRICKFIELDS ( Hotel website )
No. 28, Jalan Tun Sambanthan 3,
50470, Kuala Lumpur.
Tel:03-2276 5799    Fax:03-2276 4799  Email:enquiries@suninnshotel.com.my
ni hotelnya..masuk dekat lorong kedai makan tepi jalan tu..dekat my.hotel jgk
pintu masuk
byk cawangan hotel ni

lobi

ada lif..sng sikit

bilik kecik tapi bersih..nak tido je ni..siang nak gi jenjalan

tv flat skrin

katil selesa
bathroom

bathroom bersih, ada heater dan lengkap semua

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel

Salam semua..kali ni entry gigih sebab nak FM cun romantik kebiruan dari JARI MANIS dan SCDHA SEIN yang buat giveaway untuk readers tersayang rerupis nih.
Biru mata hitamku meleleh air liur tengok tower Shanghai tuh.
So jom kita join beramai-ramai.


http://jarimanistravel.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html

Ok..mak tepek gambo besar-besar dengan harapan dapat seketui dua FM, haha..tak dapek den pi China komunis tu maka dapat FM Shanghai pun jadilah...

Dan mak nak tag NHAS tanpa kerelaan dia., aci yer Nhas??

Caj perkhidmatan penumpang airport KLIA dan klia2 yang baru pada 2017


MAVCOM umum kadar baru Caj Perkhidmatan Penumpang

MAVCOM umum kadar baru Caj Perkhidmatan Penumpang
Gambar fail: Foto diambil pada 11 Disember 2014 menunjukkan seorang pelancong sedang melihat papan maklumat di KLIA. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) memperkenalkan caj perkhidmatan penumpang (PSC- passenger service charge)
yang baharu dan lebih rendah untuk penerbangan ASEAN.

Bermula 1 Januari 2017, PSC akan dikurangkan daripada RM65 kepada RM35 untuk setiap penumpang dalam penerbangan ke mana-mana destinasi ASEAN dari semua lapangan terbang utama di Malaysia.

Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang memperkenalkan kategori PSC ASEAN dan pengenalan ini dijangka akan meningkatkan pergerakan trafik keluar dan masuk dari negara-negara serantau.

Dalam masa yang sama, MAVCOM akan mengambil langkah secara berperingkat untuk menyelaraskan kadar PSC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dalam usaha menggalakkan persaingan.

Secara permulaan, PSC ke destinasi domestik dan ASEAN akan sama rata di KLIA dan klia2, di mana PSC di kedua-dua terminal dipinda kepada RM11 bagi penerbangan domestik dan RM35 bagi penerbangan ASEAN.

Bagi penerbangan antarabangsa (kecuali ASEAN) pula, kadar PSC semasa di KLIA dan klia2 adalah RM65 dan RM32. Ia akan dipinda kepada RM73 dan RM50.

ASEAN dari semua lapangan terbang utama Malaysia
PSC Semasa dan baharu

Kedua-dua pindaan akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 dan hanya akan dikenakan kepada tiket yang dikeluarkan pada dan selepas tarikh tersebut.

Tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Januari 2017 tidak dikenakan kadar baharu walaupun tarikh penerbangan dijadualkan pada atau selepas 1 Januari 2017.

Menurut MAVCOM, caj lapangan terbang penumpang di Malaysia kekal antara yang terendah di peringkat serantau dan global walaupun selepas pindaan dilaksanakan.
Dalam pada itu, MAVCOM berkata semakan terhadap PSC akan dilaksanakan dalam masa setahun dengan tujuan untuk penyamarataan kadar PSC yang lengkap.

Kali terakhir PSC disemak adalah pada 15 September 2011.

di petik dari http://www.astroawani.com/berita-bisnes/mavcom-umum-kadar-baru-caj-perkhidmatan-penumpang-121055
_______________________________________________________________________

~ Passanger service charge adalah airport tax, yang dikutip oleh syarikat penerbangan kepada setiap penumpang dan sebab itulah sebelum ini Air Asia buat rayuan untuk batal cadangan naikkan cukai lapangan terbang kat sini sebab tiket flight akan jadi lebih mahal.

~ bak kata orang yang dengki kat geng travel ni, sebelum ko pergi labur duit kat China, Vietnam dan Bandung nun, ko labur la dulu kat negara sendiri. Bayor cukai airport, cukai penumpang tu dan segala benda barulah pi soping kat tempat lain. Masalahnya den dah ponat bayar segala mak nenek cukai tu dan harga barang dalam negara tak semurah Vietnam/Indonesia atau obersi pun!