Selepas sampai ke Parapat di jeti Tigaraja tu, kami tanya tokey bot tu kul bopa nak gerak ke TukTuk, dia cakap lagi sejam gitu. So jalan dulu kat area situ cari money changer dan kedai makan halal.
Kedai makan Nikmat ni terletak dekat dengan jeti, dari jeti sampai simpang amik sebelah kiri dan jalan terus.
''Parapat adalah sebuah pekan kecil di wilayah Sumatera Utara di pinggir Danau Toba, di Semenanjung Uluan di mana ia membentuk link timur yang paling sempit ke Samosir Island. Ia adalah tempat persinggahan utama dengan feri untuk pelawat akan Samosir Island, dan disambungkan melalui Trans-Sumatera Highway ke Pematang Siantar oleh 48 km jalan raya. Pentadbiran ia adalah sebahagian daripada Simalungun Regency.''- wikipedia
Not bad juga rate kat sini..dan ada yang offer tour ke Berastagi sekali. Pekan Parapat ni besar jugak..ada banyak resort dan guesthouse. Sapa yang ada masa boleh bermalam kat Parapat ni dan bermalam kat Samosir sekali. Puas jugak kalau nak bershopping kat sini. Pagi ada pasar jual sayur segala sepanjang jalan jeti tu.
 |
| suasana di pekan Parapat |
 |
| banyak kedai souvenir |
 |
| tukar duit kat sini |
 |
kedai ni ada jugak buat tour..kalo nak ke Berastagi dari Parapat dalam Rp150,000 sorg (Rm 50)..mahal jgk..aku ckp dengan owner tu tengok macamana..tukar duit sini takde bg resit ke apa..tp rate not bad la. terimalah hakikat RM dah tak laku.
takkan dapat tinggi macam dulu dah. pfff....konon ekonomi Malaysia kompetitif, mantop dan hebat. |
 |
| singgah dulu Rumah Makan Muslim ni |
 |
| bersih dan makanan not bad |
 |
| nasi, ayam goreng dan tempe |
 |
| nasi, gulai nangka dan ayam gulai |
Kedai makan kat sini memang bagi air kosong free..so kami just bayar harga makanan je. Jumlah 2 orang makan nasi ni adalah Rp50,000 (Rm16). Mahal ke murah?? boleh lah..lagipun ni kali pertama makan kat sini, semalam dari medan makan roti Malaysia je. Pagi tadi pun makan roti jugak. Malas nak keluar cari makan.
Lepas makan pergi balik ke jeti, tunggu dekat bot. Bila bot nak jalan dia panggil 'bot ke tuktuk' dan terus naik. Tambang Rp15,000 ( Rm5) bayar masa nak dekat sampai seberang. Naik dan rilek dulu amik gambo ke apa.
 |
| balik ke jeti tigaraja |
 |
| tengok jadual bot ni..sejam ada satu je. Kalau terlepas tunngu next hour |
 |
| nak tgk jadual pun seksa..tersorok |
 |
| sini ada byk jgk kedai makan |
Jadual feri dari jeti
Tigaraja- TukTuk bermula jam 8.30 pagi dan setiap sejam seterusnya.
Jam : 8.30 pagi- 9.30- 10.30- 11.30- 12.30tghari- 1.30 tghari- 2.30 ptg- 3.30 ptg- 4.30ptg- 6 ptg dan last feri jam 7 petang.
Jadual feri dari jeti
TukTuk - Tigaraja bermula jam 7 pagi dan setiap sejam seterusnya.
Jam : 7 pagi- 8- 9- 10- 11- 12tghari- 1 tghari- 2 ptg- 3 ptg- 4 ptg dan last feri jam 5.30 petang.
Kalo naik feri dari hotel kat samosir, feri akan amik dari jeti hotel tu sendiri, contoh di hotel Carolina feri amik pagi pukul 8.30 pagi.
 |
| ini bot nya untuk ke TukTuk..scary weii nak turun tangga tu dengan mak tapir 10kg. nak naik pun ada abg sado tolong tarik tgn kita naik/turun bot. Waduhhh..jadi hulurkan je tanganmu itu untuk disambut oleh cowok sado..kalo taknak pun takpe..pandai la ko nak balancekan body slim tuh |
 |
| orang medan sporting kok..aku rasa orang indonesia lagi cool dari orang Thailand..orang indon ok je ko amik gambo dia..siap senyum lagi...kalo thai tu bagi aku agak kerek |
 |
| bot lengang je masa ni..low season katakan |
 |
| syoknya naik bot ni..angin sepoi-sepoi bahasa dan hati rasa sangat tenang melihat pulau Samosir berbalam-balam. |
 |
| dalam bot..angin agak kuat |
 |
| bot ni nak ke Tomok |
 |
| berbalam-balam |
 |
| cantik gilak tau Danau Toba nih..sejuk je dan tenang |
 |
| macam gunung kat NZ pulak sekali pandang |
 |
| ok dah sampai jeti hotel Carolina |
 |
| setiap hotel/resort ada jetinya..so byk kali bot akan stop utk turunkan/naikkan penumpang |
 |
tengok hotel ni macam mahal je harga biliknya....cuak jgk..tp sebenarnya ada je bilik murah. Murah tak sangka.
Aku takut jugak masa nak pi tanya rega bilik tu..sapa suruh tak book dulu sblm dtg..main redah je ko ni senah..padan muka. Nasib baik bilik murah je dan available ada..time peak season jangan buat macam ni |
Kos untuk hari ni bagi seorang backpacker ialah :
- Becak dari Medan ke stesen Amplas- Rp50,000/2= Rp25,000 (Rm8)
- Shared van Medan-Parapat : Rp60,000 (Rm 20)
- Makan tengahari : Rp25,000 (Rm 8)
- Feri ke Samosir Rp15,000 (Rm 5)
- Hotel Carolina Samosir Rp 100,000/2 = Rp50,000 (Rm 16)
Jumlah belanja hari kedua : Rp175,000 (Rm60 digenapkan)