Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah hotel  5 bintang di Kuala Lumpur.
Mempunyai 560 bilik termasuk suite dan bilik Club, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur merupakan hotel mewah yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan selesa untuk tetamu.

Terletak dekat  Pusat Dagangan Dunia Putra dan bertentangan dengan Pusat Beli-belah Sunway Putra
ia juga berada hampir dgn  'Segitiga Emas'  Kuala Lumpur di mana terdapat kompleks membeli-belah dan hiburan berprestij. Quick facts:

-10 minit dari Segitiga Emas
-Disambungkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
-1 minit berjalan kaki ke stesen Star Light Rail Transit (LRT)
-5 minit berjalan kaki ke Stesen Keretapi Komuter
-10 - 15 minit memandu ke Stesen KL Sentral
-45 minit memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
-Satu stesen dari stesen Star LRT untuk menyambung ke sistem Monorail KL Inner City
-Kemudahan tempat letak kereta disediakan:

Punyalah malas kan nak taip..copy je dari website https://www.seripacifichotel.com/
Harga bilik bermula pada Rm180 (promo) ke atas. Masa aku pi, satu bilik 3 orang kena dalam Rm400++ termasuk breakfast.

malam baru sampai

lobi di bawah..naik escalator untuk ke reception..luas hotel ni


reception

lobi

jom check in

katil selesa


ok jom golek-golek
shower

powder room

toilet dan bath tub

air mineral

toiletries

selak langsir nampak ni..
Untuk breakfast pulak, pilihan memang banyak. Tak larat nak makan..dah 5 star kan. Almaklum selalu dok hotel murah hehe.
ni kafenya

kafe luas
bakery section

maincourse

nasi lemak
cold cut

dressing dan salad

pinggan pertama- mee, nasi lemak, rendang daging

pimggan kedua- croissant, popia dan soft roll

pinggan ketiga-telur, buah +yogurt dan dim sum


jom melantak


Royce Hotel KL Sentral

Hotel ni terletak dekat dengan KL Sentral. Jalan kaki dalam 10-20 minit.
Dalam booking.com bertaraf 3 bintang.
Katil Queen yang besar dan selesa, bilik agak luas dan bilik air yang cantik.
Hotel ni sederet dengan hotel Sun Inns hotel Kl Sentral tu.

''Royce Hotel menawarkan tempat penginapan di Kuala Lumpur, 3.4 km dari Menara Berkembar Petronas. Ia terletak 8 minit berjalan kaki dari stesen KL Sentral dan dengan akses terus ke lapangan terbang antarabangsa. Tetamu boleh menikmati sarapan di Bricks Diner. Ia juga mempunyai WiFi percuma dan pusat spa.
Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata dan cerek. Setiap unit mempunyai bilik mandi peribadi dengan tab mandi atau pancuran mandian. Kemudahan tambahan termasuk jubah mandi, peralatan mandian percuma, pengering rambut, dan panggilan tempatan percuma.''- booking.com

Alamat: Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Sebelah dengan Sun Inns Hotel jer..sama row
lobi

ada pakej jgk utk tour

Bilik deluxe satu katil queen besar



bathroom dgn toilet cantik

puas ati..harga tak sampai seratus semalam


nampak menara KL dari sini

pergi KL sebab nak meronda Pasar Seni
moh le kita ke IKEA

tiap tahun kena repeat

pastu nak naik MRT yang baru tu

nak melepak dekat Dataran Merdeka jugak


Gambar ambil guna hp cokia jer..memang kelabu asap la.
Hotel ni book thru booking.com..memang murah la..RM169 untuk 2 malam.
Puas ati dan berbaloi dengan harga.

Alang Kenari Chalet Yan Kedah


Chalet yang terletak di Yan, Kedah ini menang popular sebab kolam renangnya yang luas.
Aku pergi ni masa buat family day Aidilfitri ritu. Boleh tahan dan ank-anak suka la sebab ada tempat berkubang.

Alang kenari menyediakan kemudahan fasiliti untuk program orentasi,kem pembanggunan diri, hari keluarga, aktiviti riadah, BBQ, Homestay, aktiviti sukaneka,aktiviti lasak seperti meredah hutan,meredah sungai dan sebagainya. Alamatnya dan contact number:


Lot 1964, Jalan Yan, Kg. Acheh
Yan, Kedah
@AlangKenariChalet
Call 019-454 9250

ini chaletnya

nak turun ke parking agak ngeri

reception

jika nak mandi tanpa tido chalet pun boleh
dewan makan pun ada


luas kolamnya


ada tempat bbq utk tiap rumah
barang bwk sendiri,sinki ada

chalet

ada byk jenis bilik tersedia

meriah kolamnya


chalet ni Rm180 semalam

dua bilik dan dua katil single..chalet yang amik book ni ada tempat bbq sendiri..depan pintu chalet je.Jadi bawak arang dan bahan sendiri..sink pun dia bagi dekat situ.


bilik ke 2

toilet satu share

Chalet yang aku amik harganya Rm180 semalam. Tempat ni ada banyak jenis chalet, nak guna day use dalam RM80 lebih kurang. Pada aku not bad semua kemudahan dan padan dengan harga. Orang memang ramai dan sesak jugak pada peak season.