sila lah naik kapal ye |
Jom sambung citer Hanoi...
Setelah melalui perjalanan dari lebih kurang 3 jam dengan minibus dari Hanoi ke Tuan Chau Marina, kami sampai dan terus ke kapal yang sedia menunggu untuk belayar ke teluk Halong.
Pakej termasuk lunch so just bawak air.
(bawak 2-3 botol pun takpe atau sebotol 1.5 liter seorang sebab pakej ni tak termasuk air dan one day trip jadi memang dahaga sebab ada trip masuk gua panjat tangga dan banyak jalan kaki, nak beli atas kapal memang le mahal)
Halong Bay adalah teluk semula jadi di Vietnam utara berhampiran sempadan China. Teluk ini dipenuhi dengan 1,600 pulau-pulau batu kapur dan meliputi kawasan lebih daripada 1,500 kaki persegi. Kawasan luar biasa ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994.
Ha Long Bay ("Naga Turun ke laut"), adalah teluk di pantai barat laut Teluk Tonkin, berhampiran bandar Ha Long (Hong Gai), wilayah Quang Ninh, Vietnam utara. Terletak 102 batu (164 km) tenggara Hanoi, kawasan seluas 580 kilometer persegi mengandungi kira-kira 3,000 pulau berbatu dan tanah liat, dalam bentuk tiang batu kapur bergerigi yang naik dari laut, dan gua-gua, semuanya bersatu yang menghasilkan pemandangan laut eksotik dan indah.
Terdapat dua legenda yang sama tentang asal teluk, yang digambarkan dalam namanya. Legenda pertama menegaskan bahawa seekor naga menghentak bumi dengan kuat sehingga gunung-gunung runtuh, membentuk lembah besar yang segera diisi dengan air; hanya puncak gunung yang kelihatan yang menjadi pulau-pulau berbatu.
Lagenda kedua menyebut tentang seekor naga yang besar memecah-belahkan bumi, mencipta lembah dan celah yang menjadi banjir dan melompat ke dalam airnya.
semua nak masuk dulu untuk cop tempat |
gini kapalnya |
Lebih kurang gini route cruise nya..bergantung kepada harga cruise..lagi mahal lagi byk tempat singgah |
Bagi yang ambil one day cruise, lebih kurang begini itenarynya seperti dibawah bergantung kepada harga.
~08:00 pagi- Berlepas dari Hanoi ke Tuan Chau Marina. Shuttle akan menjemput pelangan di hotel .
3 jam perjalanan dijamu permandangan sawah padi dan melalui kampung-kampung pedalaman di Delta Sungai Merah.
~12:00 Tengahari- Tiba di Tuan Chau Marina dan menaiki kapal untuk belayar.
Nikmati menu makan tengah hari apabila memulakan pelayaran.
Sepanjang perjalanan empat jam, anda akan berpeluang menikmati ketenangan dan keindahan alam Halong Bay dari dek kapal. Terdapat pulau-pulau hijau kecil yang dipenuhi dengan lengkungan batu, perairan berwarna zamrud dan keindahan pemandangan teluk.
Pelayaran akan melewati batuan Con Cho Da (Stone Dog), Lu Huong (Burner Incense), dan banyak pulau kecil lain yang berbentuk pelik di kawasan ini. Lawatan Gua Thien Cung Cave atau Heaven's Cave, salah satu gua yang paling indah di Halong Bay, unik bentuknya dan stalagmit/stalaktit yang luar biasa.
Aktiviti termasuk:
Taklimat keselamatan
Makan tengah hari dengan hidangan Vietnam
Mengunjungi gua Thien Cung (Heaven Cave)
Berkayak/ bot buluh
Menikmati buah-buahan segar
~16:00 (4 ptg)- Pelayaran kembali ke Tuan Chau Marina.
~17:30 (5.30ptg)- Turun di Tuan Chau Marina. Kembali ke Hanoi.
~21:00 (9 mlm)- Tiba di Hanoi.
jom masuk dan duduk |
keadaan dalam kapal |
blazer coklat tu tour guide kami..yang dok berleter dalam van tu la |
TV ada tapi tak buka pun |
atas dek kapal..masa ni tour guide pun dah happy..rasa macam nak sepak dia masuk teluk tu!! dah emosi sangat mengalahkan datang bulan pepagi buta. |
kapal berlabuh |
makanan sampai. Popia starter tu jgn makan, ada ayam. Makan yang memang terang adalah seafood je kalau nak selamat |
sedap jgk food dia..air bawak sendiri ye..yang dihidangkan adalah udang rebus, sayur campur, sotong campur celery, ikan masak apatah, popia ayam, kacang goreng beserta sos |
lepas makan boleh pergi ke dek untuk nikmati angin teluk..masa ni guide akan point la the kissing rock iaitu formasi batu yang berupa pasangan bercium |
banyak kapal pelancong yang buat one day dan overnight cruise di teluk ni |
the kissing rock..amik kat google |
tenang je lepak kat atas dek |
tempat berlabuh di jeti terapung dan aktiviti berkayak/bamboo bot diadakan |
Jom belayar menuju ke Thien Chung Grotto yang terletak di pulau Dau Go.
Masa aku pi bulan February jadi cuaca mendung dan tak berapa nak clear gambar.
Air teluk pulak bewarna emerald kelabu memang lagi tak clear. Tapi sebab tu yang menjadikan ia berangin dan best lepak kat dek kapal.
https://www.britannica.com/place/Ha-Long-Bay