Seoul Garden dan Ms Bab Korean Food Emporium @ Aman Central Alor Setar

Acara makan-makan bila dah nak merasa taste Korea. Seoul Garden Aman Central, Alor Setar terletak di tingkat 3, lot 3-23.
Untuk cuci mata dan kuatkan bunyi perut.
Walaupun buffet tapi harga refill air bayar asing pulak.
Then, kanak-kanak dikur ikut cm untuk caj macamana.

Jika nak ambil makanan untuk dimasak tu ambil sikit-sikit..kalau tak abis kena caj. Kalau setakat sikit tak habis tak apa, diorg pejam mata je.
Pilihan buffet untuk di grill@dimasukkan dlm sup adalah daging, ayam dan seafood yang biasa. Udang satu jenis, sotong 2 jenis (yg kembang dan sotong putih biasa tu) dan mussel/kepah.
 Tak banyak pilihan dari kedai stimbot biasa tepi jalan tu, pelbagai jenis udang dan cengkerang diorg lambak. Bukan lah nak komplen tapi nama gah tak macam menunya.
Taklah bervariety sangat seafoodnya.

Bolehlah nak lepas gian tapi personally aku prefer makan set macam Myeongdong Topokki tu. Lagi berbaloi dan murah.
Restoren kat Aman Central 


harga buffet

meat dan seafood

sayuran


keadaan dlm restoren

yg ni ikan goreng, fries, sushi dll

sos pilihan ada la 5-6..messy masa ni


buah dan dessert


ice cream

drinks


duduk kat mana nak

set grill ni boleh disetkan ikut tahap panas mana nak.

benda yang diambil dekat buffet spread..pilih la kuah sup mana nak..ada kuah sup biasa dan ramen

yg ni dah siap dimasak

lets start

ketamakan melanda

grill beef dan lamb

ramen dah siap..slurppp

punya tamak..jgn amik byk sangat item kat buffet tu..sb kalo tak abis kena timbang dan byr


slurppp

gorilla lepas makan

not bad la..nak kata sedap sgt tu tidaklah ya
Service agak slow la, sos tumpah pun takde terus datang nak lap dan kemaskan. Kaunter bersepah dan sudu garfu lambat jugak refill.
Aku ni takdelah ikut trend nak makan, dah bertahun popular baru nak merasa. Kalau rasa teringin baru pergi makan. Takde ngidam nak makan tempat viral macam orang muda-muda untuk post dalam insta.
Makanan bukanlah keutamaan ye. (cewah padahal badan dah setara badak).

ini ialah Next Food Emporium Aman Central..ada korean food corner iaitu Ms Bab

Secara personal aku lebih prefer makan makanan korea dekat Next Food Emporium Aman Central iaitu dekat Ms Bab. (bukan ba*i ye). Kedai yang paling depan sebelah tepi. Terletak di level 3.
Lagi berbaloi dan puas ati. Amik 3 set pun jenuh nak abiskan. Baru Rm50 hengget.

ni la kedai Korea food dekat food court Aman Central


aku order 3 set..topokki, rice+ayam dan ramen

topokki
ramen yg byk sayur jeruk
nasi ayam yg bersos tu

makan ngadap jalan dari atas memang best


boleh share makan..ni pon order 3 set tak habis makan..boleh tapau lagi utk dinner..satu set rega dalam Rm15-20 je. portion banyak

17 comments:

  1. wah cam sedap je... Mummy tak pernah try lagi. Nanti nak carilah kat Melaka ni mana ada Seoul Garden. Rasa mcm pernah dengaq tapi tak tau kat mana..hhehee

    ReplyDelete
  2. SS kan... Sekali pon tak pernah pegi Seoul Garden ni mak walau menjadi kegilaan org ramai... Cuba mak cakap nape SS sampai skrg tak pegi pegi? Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
  3. Sos dia bersepah gilerr... Adehhhhh...

    ReplyDelete
  4. Kalu Mak pegi yang restoran koya yg bukan buffet... Mak order 1 main dish jek... Side dish dia confirm tak abis makan... Side dish melambak lambak yang sampai walau tak mintak... Cer cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..makan buffet ni merugikan aje rasa sebab bukan boleh sumbat semua pon

      Delete
  5. best je nampak...makan sambil tengok menara alor staq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq singgah nieda..memang best sambil sedut ramen panjang-panjang tu

      Delete
  6. Salam owner blog Lonesome Traveler. Mohon update blog list Lonesome Traveler dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah update blog list blog saya dengan blog Lonesome Traveler yang suka makan makanan korea. :D

    ReplyDelete
  7. Hi mak ... ape kabo? wah merembes saliva tengok gambo makanan ni mak. hihihi .. tapi memang air bayar asing ke? macam pelik pula. Haritu makan kat SG ioi putrajaya macam dah all in ... hmmm ke saya yang hilang ingatan ea ...

    tapi apa2 pun mak telah menyebabkan saliva ku merembes dipetang2 jumaat ini. hihi

    ReplyDelete
  8. Jap ms bab 3 menu tu brapa org makan.. but its definitely normal portion for me.. food is life huhu

    ReplyDelete
  9. Ms bab tu dia ada tunjuk certificate halal tak?

    ReplyDelete
  10. Kualitas artikel kamu terbaik gan.. saya suka baca artikel kamu.. seperti artikel ini https://peduliayam.com/2019/06/15/4-tahapan-perawatan-ayam-yang-wajib-dilakukan-sebelum-bertarung/

    ReplyDelete

  11. Dealer Resmi Lisensi Filipina Paling Terpercaya di Indonesia, hanya disitus judi poker online deposit pulsa

    ReplyDelete