Halong Bay one day cruise part 1

sila lah naik kapal ye

Jom sambung citer Hanoi...

Setelah melalui perjalanan dari lebih kurang 3 jam dengan minibus dari Hanoi ke Tuan Chau Marina, kami sampai dan terus ke kapal yang sedia menunggu untuk belayar ke teluk Halong.
Pakej termasuk lunch so just bawak air.
(bawak 2-3 botol pun takpe atau sebotol 1.5 liter seorang sebab pakej ni tak termasuk air dan one day trip jadi memang dahaga sebab ada trip masuk gua panjat tangga dan banyak jalan kaki, nak beli atas kapal memang le mahal)

Halong Bay adalah teluk semula jadi di Vietnam utara berhampiran sempadan China. Teluk ini dipenuhi dengan 1,600 pulau-pulau batu kapur dan meliputi kawasan lebih daripada 1,500 kaki persegi. Kawasan luar biasa ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994.
Ha Long Bay ("Naga Turun ke laut"), adalah teluk di pantai barat laut Teluk Tonkin, berhampiran bandar Ha Long (Hong Gai), wilayah Quang Ninh, Vietnam utara. Terletak 102 batu (164 km) tenggara Hanoi, kawasan seluas 580 kilometer persegi mengandungi kira-kira 3,000 pulau berbatu dan tanah liat,  dalam bentuk tiang batu kapur bergerigi yang naik dari laut, dan gua-gua, semuanya bersatu yang menghasilkan pemandangan laut eksotik dan indah.

Terdapat dua legenda yang sama tentang asal teluk, yang digambarkan dalam namanya. Legenda pertama menegaskan bahawa seekor naga menghentak bumi dengan kuat sehingga gunung-gunung runtuh, membentuk lembah besar yang segera diisi dengan air; hanya puncak gunung yang kelihatan yang menjadi pulau-pulau berbatu.

Lagenda kedua menyebut tentang seekor naga yang besar memecah-belahkan bumi, mencipta lembah dan celah yang menjadi banjir dan melompat ke dalam airnya.

semua nak masuk dulu untuk cop tempat

gini kapalnya
Lebih kurang gini route cruise nya..bergantung kepada harga cruise..lagi mahal lagi byk tempat singgah


Bagi yang ambil one day cruise, lebih kurang begini itenarynya seperti dibawah bergantung kepada harga.

~08:00 pagi- Berlepas dari Hanoi ke Tuan Chau Marina. Shuttle akan menjemput pelangan di hotel .
 3 jam perjalanan dijamu permandangan sawah padi dan melalui kampung-kampung pedalaman di Delta Sungai Merah.

~12:00 Tengahari- Tiba di Tuan Chau Marina dan menaiki kapal untuk belayar.

Nikmati menu makan tengah hari apabila memulakan pelayaran.
Sepanjang perjalanan empat jam, anda akan berpeluang menikmati ketenangan dan keindahan alam Halong Bay dari dek kapal. Terdapat pulau-pulau hijau kecil yang dipenuhi dengan lengkungan batu, perairan berwarna zamrud dan keindahan pemandangan teluk.

Pelayaran akan melewati batuan Con Cho Da (Stone Dog), Lu Huong (Burner Incense), dan banyak pulau kecil lain yang berbentuk pelik di kawasan ini. Lawatan Gua Thien Cung Cave atau Heaven's Cave, salah satu gua yang paling indah di Halong Bay, unik bentuknya dan stalagmit/stalaktit yang luar biasa. 


Aktiviti termasuk:

Taklimat keselamatan
Makan tengah hari dengan hidangan Vietnam
Mengunjungi gua Thien Cung (Heaven Cave)
Berkayak/ bot buluh
Menikmati buah-buahan segar

~16:00 (4 ptg)- Pelayaran kembali ke Tuan Chau Marina.


~17:30 (5.30ptg)- Turun di Tuan Chau Marina. Kembali ke Hanoi.


~21:00 (9 mlm)-  Tiba di Hanoi. 


jom masuk dan duduk

keadaan dalam kapal

blazer coklat tu tour guide kami..yang dok berleter dalam van tu la

TV ada tapi tak buka pun

atas dek kapal..masa ni tour guide pun dah happy..rasa macam nak sepak dia masuk teluk tu!! dah emosi sangat mengalahkan datang bulan pepagi buta.

kapal berlabuh


makanan sampai. Popia starter tu jgn makan, ada ayam. Makan yang memang terang  adalah seafood je kalau nak selamat

sedap jgk food dia..air bawak sendiri ye..yang dihidangkan adalah udang rebus, sayur campur, sotong campur celery, ikan masak apatah, popia ayam, kacang goreng beserta sos
lepas makan boleh pergi ke dek untuk nikmati angin teluk..masa ni guide akan point la the kissing rock iaitu formasi batu yang berupa pasangan bercium

banyak kapal pelancong yang buat one day dan overnight cruise di teluk ni
the kissing rock..amik kat google

tenang je lepak kat atas dek

tempat berlabuh di jeti terapung dan aktiviti berkayak/bamboo bot diadakan

Jom belayar menuju ke Thien Chung Grotto yang terletak di pulau Dau Go.
Masa aku pi bulan February jadi cuaca mendung dan tak berapa nak clear gambar.
Air teluk pulak bewarna emerald kelabu memang lagi tak clear. Tapi sebab tu yang menjadikan ia berangin dan best lepak kat dek kapal.

https://www.britannica.com/place/Ha-Long-Bay

30 comments:

  1. Awat pelik beno package mak tak termasuk air? boleh cedok air teluk tak mak? ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakej org miskin ni laaaa...haha cedok la klu mampuuu

      Delete
  2. Replies
    1. macam kita hentak buah kelapa bg terburai isi hehe

      Delete
  3. bak laa satu selfie mak posing ala james bond kat situ.... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. iskk..i is malu..nnti rosak gambar

      Delete
    2. Apa nak malu mak... SS and the geng tahu dah muka mak... mak x yah sorok... no hp mak pon SS ada... pandai x SS carik? Terkejut x mak? Ha ha ha... #confidentjekhahaha

      Delete
  4. Mak oooo Mak...windu sama kamu!!!!

    ReplyDelete
  5. JM baca entri Mak sambil minum teh cameyen haiyeyen perisa lemon heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi bahagia nmpk ye lps balik cameron..stawberry xdo ka

      Delete
  6. Perghh..hebat betul naga tu Mak..kalah Dinosur heee..menghentak bumi tu..sib baik x hancur bumi ehehe

    ReplyDelete
  7. JM plan nak update jgk cite trip Hanoi ni..carik punya carik..semua gambar hilang mana ntah..frust tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. slh letak kot..cilok SS punya gambo😂😂😂

      Delete
    2. Serupa x yah amik gambo kalu lagu tu... adehh... penat jek i is posing...

      Delete
  8. ahakss..Mak ni berani ke nak sepak tour guide tu masuk teluk...ke berani cakap jek ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab berani ckp je tu yg mampu amik gambo je hehe

      Delete
  9. lorr..kenapa kissing rock tu Mak ambik pic google..x ambil yg real

    ReplyDelete
  10. menarik menarik ... lawa tempat ni mak ... ntah bila nak sampai nye ni ...

    ReplyDelete
  11. tak sabo tunggu part makan buah segar ... cepat update. hihihi

    ReplyDelete
  12. sis oopppsss mak nak tanya masa nak ambik package tu mmg ada kena bgtau nak yg halal ke.. or kita pepandai sendiri makan ala-ala seafood ja

    ReplyDelete
  13. Keren Content artikelnya gan ... Thank you ya....

    Membahas semua tentang ayam : Ayam Bangkok << Klik untuk tambah wawasan kamu

    ReplyDelete
  14. Artikel kamu bagus gan! aku selalu menunggu artikel kamu.. Sebagus artikel ini Melatih Ayam Teknik Pukul Atas Menjadi Teknik Full Kontrol

    ReplyDelete
  15. Suka bermain LIVE CASINO?
    Sering kalah dan tidak pernah menang di BO anda yang sekarang?

    Jangan pusing kawan
    Mari tinggalkan BO lama anda dan bermain di Winning303
    Dapatkan beragam bonus menarik dari kami langgsung

    Diantaranya:
    Bonus New member 20%
    Bonus Deposit 10%
    Bonus Rollinggan 0.5%
    Bonus CAsh back hingga 10%

    Hubungi kami Sekarang Juga :
    WA: 0877 8542 5244

    ReplyDelete