Royal Palace Ubud

Selepas ke Tegallalang moh kita gerak ke Royal Palace Ubud.
Istana diraja ni dikenali sebagai Puri Saren Agung adalah istana keluarga kerajaan Ubud, menjadikannya salah satu mercu tanda paling terkenal di Ubud.

 Ia berfungsi sebagai tempat kebudayaan, tarian dan kesusasteraan yang memaparkan seni bina Bali yang dipelihara dan suasana taman yang menawan, istana itu dibina semasa ketuanan Tjokorda Putu Kandel (1800-1823).
Oleh kerana istana ni dalam kawasan Ubud jugak maka taklah jauh sangat dari teres padi tadi tu dan terletak di jalan utama Ubud.

Bahagian depan istana terbuka kepada orang ramai, dan boleh masuk percuma. Ini yang den suka sebab payah benor nak dapat masuk free ke mana-mana tempat di Bali hatta pantai pun berbayar.

Istana ni cantik pada aku, penuh ukiran seni budaya Bali, terjaga dan mistik dengan patung-patung dewa memenuhi perkarangannya. Pak supir drop kami disana, bagusnya istana  tepi jalan utama dan mudah akses.

dari teres padi ke istana ni dalam setengah sejam lebih  jgk perjalanan


suasana dalam perjalanan

banyak kampong dan sawah padi 


depan istana



jalan utama ni

dalam pekarangan

sunny day

it's always sunny in Bali

penuh patung dewa-dewa

payung ni mesti ada

byk ukiran





Opening Hours: Daily from 8am to 7pm Location: Jalan Raya Ubud No.8, Ubud, Gianyar, Bali 80571, Indonesia

Read more at: http://www.bali-indonesia.com/magazine/ubud-royal-palace.htm?cid=ch:OTH:001

Teres Padi Tegallalang

Teres padi femes ini terletak di Ubud.
Kira-kira 1 jam lebih dari Kuta. Hari ini merupakan hari ke-3 di Bali dan destinasi pertama pagi ini adalah ke Ubud.

Teres padi Tegallalang di Ubud terkenal dengan pemandangan sawah yang indah dan sistem pengairan inovatif mereka.
Tegallalang membentuk lanskap bertingkat tanaman padi yang paling indah Ubud di kampung-kampung petani.
Di sini ada banyak kafe, kedai cenderamata tempatan dan tarikan seperti buaian, photo booth dan nak masuk teres padi kena bayar dalam 10 ribu rupiah seorang (Rm3).
Kami pergi dengan supir jadi rilek tak kalut macam backpack biasa tu.

 Kat sini bajet masa 2 jam utk amik gambar semua..so campur perjalanan 4 jam jugak return.

Kuta ke Tegallalang Ubud makan masa hampir 2 jam

teres padi yang terkenal

breakfast pagi ni
sepanjang jalan penuh kedai ukiran bali


bila dah sampai dan nak turun ke teres kena bayar caj masuk 10k

luas jgk teresnya

ada kafe

jom naik swing

tempat berfoto..nak masuk kena bayar gak

sila lah panjat teres tu ye..pancit jugak mak ni..tangga dia curam

gadis berbaju merah 
insta worthy

kedai utk naik buaian

naik buaian macam ni..dihayun tinngi dan diambil foto kosnya 200k rupiah (RM 59)

pandai diorg ni meniaga

kalau ramai pengunjung, kena beratur nak naik buaian tu..elok dtg pagi hari

dia tlg pakaikan semua abah-abah tu..pastu dia hayun ko laju-laju dan tinggi..ngeri jugak memula tu..takut terpelanting masuk dalam sawah padi 
masa dia hayun kau pun jerit semua ada dan gedik  haha..bila dah lama sikit baru rilek dan enjoy the swing


Makan Malam di Jimbaran Seafood Bali

Salam..perghhh lamanya tak update blog. Busy apalah sangat ye dengan dunia ni.
Baik, mari sambung Bali trip 2018 aritu.

Semenanjung Bukit Peninsular paling selatan Bali, terkenal dengan resort mewah dan spa lima bintang, restoran eksklusif, dan kuil pinggir laut Uluwatu yang indah.
Dan yang turut terkenal adalah hidangan seafood dalam kelambu yang mejanya tepi pantai itu.
So lepas balik dari Uluwatu temple tu kami pun singgah la untuk dinner kat Jimbaran beach ni.

Dengan deretan meja di atas pasir, payung bergaya Bali yang unik , menikmati makanan laut yang dibakar, diselitkan dengan iringan muzik serta tarian tradisional semasa pelanggan menjamu selera sambil menikmati permandangan matahari terbenam ni mahal harganya ya.

Sila ingatkan diri makan kat sini walau menu biasa saja tapi mahal nak mampus.
Sebabnya seafood Jimbaran punya nama yang mahal tu.

Aku yang gatal sebenarnya nak ke Jimbaran sangat sebab dok tengok orang pi makan sana.
Jadi buat muka pasrah bayar ok. Tax dia 21% ok..jadi kos makan campur tax cekik darah betul.
Bagi korang yang kaya mungkin murah tapi bagi den yang sengkek ni mahallah..boleh buat belanja backpack selama 6-7 hari utk kos makan macam tu tau.

Byk deretan kedai ditepi pantai Jimbaran ni..pilih je mana nak

kami pilih kedai ni

tgk ada logo halal

depa hidang air dulu

suasana

 meriah


makan kat sini standby mahal ye..sb dia jual enviroment bukan makanan

Ambience gini yang jadikan makan disini mahal..rasa mewah dan payung bergaya Bali tu menambah feeling


menunya

juta rupiah wei


ini yang kami makan..untuk 4 orang..ikan bakar, sotong kicap/sos, sayur kangkung, nasi putih

ikan

makan ok la sedap macam biasa kita makan ikan bakar tu cuma indonesia ni kan kreatip..hidang cantik-cantik pastu debom bila bayar
Ini bilnya untuk 4 orang makan yang simple macam tu adalah 630 ribu iaitu RM 185.00..kalo kat kola perlis makan camni rega camtu tentunya aku dah ngamuk pi cekik tokey dia.
Ko tengok rega makan minum semua 520 ribu rupiah tapi campur tax 21% sampai 110k rupiah. Tax apakah yang dasat sangat depa nak kutip tu.
lepas makan moh balik..perjalanan dlm setengah jam lebih jugak nak sampai hotel

Kos bagi seorang backpacker hari  ini ialah:

- Tiket masuk  GWK Memorial = 60k rupiah  (rm 17)
- Tiket masuk Pantai Pandawa = 35k rupiah (Rm 10)
- Lunch di Pandawa = 35k rp (rm10)
- Uluwatu Temple = 60k rp  (rm 17)
- Makan di Jimbaran 630k/2=  315k rp (Rm 92)

Jumlah belanja hari ketiga : 505k rp (Rm 148 digenapkan)