Teres Padi Tegallalang

Teres padi femes ini terletak di Ubud.
Kira-kira 1 jam lebih dari Kuta. Hari ini merupakan hari ke-3 di Bali dan destinasi pertama pagi ini adalah ke Ubud.

Teres padi Tegallalang di Ubud terkenal dengan pemandangan sawah yang indah dan sistem pengairan inovatif mereka.
Tegallalang membentuk lanskap bertingkat tanaman padi yang paling indah Ubud di kampung-kampung petani.
Di sini ada banyak kafe, kedai cenderamata tempatan dan tarikan seperti buaian, photo booth dan nak masuk teres padi kena bayar dalam 10 ribu rupiah seorang (Rm3).
Kami pergi dengan supir jadi rilek tak kalut macam backpack biasa tu.

 Kat sini bajet masa 2 jam utk amik gambar semua..so campur perjalanan 4 jam jugak return.

Kuta ke Tegallalang Ubud makan masa hampir 2 jam

teres padi yang terkenal

breakfast pagi ni
sepanjang jalan penuh kedai ukiran bali


bila dah sampai dan nak turun ke teres kena bayar caj masuk 10k

luas jgk teresnya

ada kafe

jom naik swing

tempat berfoto..nak masuk kena bayar gak

sila lah panjat teres tu ye..pancit jugak mak ni..tangga dia curam

gadis berbaju merah 
insta worthy

kedai utk naik buaian

naik buaian macam ni..dihayun tinngi dan diambil foto kosnya 200k rupiah (RM 59)

pandai diorg ni meniaga

kalau ramai pengunjung, kena beratur nak naik buaian tu..elok dtg pagi hari

dia tlg pakaikan semua abah-abah tu..pastu dia hayun ko laju-laju dan tinggi..ngeri jugak memula tu..takut terpelanting masuk dalam sawah padi 
masa dia hayun kau pun jerit semua ada dan gedik  haha..bila dah lama sikit baru rilek dan enjoy the swing


No comments:

Post a Comment