Makan Malam di Jimbaran Seafood Bali

Salam..perghhh lamanya tak update blog. Busy apalah sangat ye dengan dunia ni.
Baik, mari sambung Bali trip 2018 aritu.

Semenanjung Bukit Peninsular paling selatan Bali, terkenal dengan resort mewah dan spa lima bintang, restoran eksklusif, dan kuil pinggir laut Uluwatu yang indah.
Dan yang turut terkenal adalah hidangan seafood dalam kelambu yang mejanya tepi pantai itu.
So lepas balik dari Uluwatu temple tu kami pun singgah la untuk dinner kat Jimbaran beach ni.

Dengan deretan meja di atas pasir, payung bergaya Bali yang unik , menikmati makanan laut yang dibakar, diselitkan dengan iringan muzik serta tarian tradisional semasa pelanggan menjamu selera sambil menikmati permandangan matahari terbenam ni mahal harganya ya.

Sila ingatkan diri makan kat sini walau menu biasa saja tapi mahal nak mampus.
Sebabnya seafood Jimbaran punya nama yang mahal tu.

Aku yang gatal sebenarnya nak ke Jimbaran sangat sebab dok tengok orang pi makan sana.
Jadi buat muka pasrah bayar ok. Tax dia 21% ok..jadi kos makan campur tax cekik darah betul.
Bagi korang yang kaya mungkin murah tapi bagi den yang sengkek ni mahallah..boleh buat belanja backpack selama 6-7 hari utk kos makan macam tu tau.

Byk deretan kedai ditepi pantai Jimbaran ni..pilih je mana nak

kami pilih kedai ni

tgk ada logo halal

depa hidang air dulu

suasana

 meriah


makan kat sini standby mahal ye..sb dia jual enviroment bukan makanan

Ambience gini yang jadikan makan disini mahal..rasa mewah dan payung bergaya Bali tu menambah feeling


menunya

juta rupiah wei


ini yang kami makan..untuk 4 orang..ikan bakar, sotong kicap/sos, sayur kangkung, nasi putih

ikan

makan ok la sedap macam biasa kita makan ikan bakar tu cuma indonesia ni kan kreatip..hidang cantik-cantik pastu debom bila bayar
Ini bilnya untuk 4 orang makan yang simple macam tu adalah 630 ribu iaitu RM 185.00..kalo kat kola perlis makan camni rega camtu tentunya aku dah ngamuk pi cekik tokey dia.
Ko tengok rega makan minum semua 520 ribu rupiah tapi campur tax 21% sampai 110k rupiah. Tax apakah yang dasat sangat depa nak kutip tu.
lepas makan moh balik..perjalanan dlm setengah jam lebih jugak nak sampai hotel

Kos bagi seorang backpacker hari  ini ialah:

- Tiket masuk  GWK Memorial = 60k rupiah  (rm 17)
- Tiket masuk Pantai Pandawa = 35k rupiah (Rm 10)
- Lunch di Pandawa = 35k rp (rm10)
- Uluwatu Temple = 60k rp  (rm 17)
- Makan di Jimbaran 630k/2=  315k rp (Rm 92)

Jumlah belanja hari ketiga : 505k rp (Rm 148 digenapkan)

No comments:

Post a Comment