Backpack ke Kashmir- Day 3 Pahalgam-Anantnag-Srinagar-Mughal Garden-Shalimar Garden dan bunga tulip yang cantik

Hari ni kami bergerak dari Pahalgam ke Srinagar.
Untuk lebih murah, kami share sumo Tata jip, yang bergerak dari Pahalgam ke Anantnag. Dari Anantnag kami akan ke Srinagar dengan jip share yang lain pula. Tambangnya hanya RS70  (rm4) (Pahalgam-Anantnag) dan  Rs120 (rm7) dari Anantanag ke Srinagar. Bezakan dari amik teksi berkupon dimana kami membayar RM100 dari Srinagar ke Pahalgam.

Sedih nak meninggalkan Pahalgam yang indah ni..tetapi perjalanan harus diteruskan. Kedinginan pagi menggigit ke tulang hitam..dan kami bergerak jam 10 pagi. Sepanjang jalan, kami menjamu mata kali terakhir dengan keindahan lembah Pahalgam ini yang unik dan humble ini.

Humble pahalgam valley

sempat makan ni dulu..coconut pharata kalo tak salah..inti kelapa didalam
kali terakhir menikmati sarapan di tepi Lidder river ni
Sumo Tata jip yang dikongsi tambang bersama penduduk tempatan.

dalam jip share sumo Tata..muat 8-9 org penumpang ..comelnya budak perempuan ni..aku bagi dia kitkat, malu-malu dia nak ambil
Detik-detik akhir sepanjang jalan..
Setelah satu jam perjalanan,kami tiba di pekan Anantnag. Dan dari sana ambil jip share lain pulak ke Srinagar. Ia terletak lebih kurang 53km dari Srinagar. Sini pekannya lebih sesak dan sibuk. Banyak sumo jip bersusun menunggu penumpang.

Anantnag ni tempat berpusat Sumo taxi (share jip) dari Srinagar, Jammu dan lain-lain kawasan jirannya. Banyak sumo teksi kat sini yang mudahkan perjalanan kita.


''Anantnag is the second largest city in Kashmir. Anantnag is the only city having the largest number of tourist places in Kashmir Valley. It is the city of springs, a beautiful district in the state of Jammu and Kashmir. It is also known as the hub of major tourist attractions and adventure activities for tourists.
 Anantnag got is name from the Lord Shiva who left all his valuables enourte the caves of Amarnath. The place where he left the innumerable serpents that adorned his body came to be known as the “Anant” (never-ending) “Nag” (snake). Some says that the city got its name the natural springs as it also known as Nag in the local language thus the name Anantnag or the “land of never ending springs”.

http://www.worldtravelmart.in/countries/india/anantnag/index.php


pekan Anantnag..bas pun ada kalo sanggup nak naik lelama
Anantnag..hiruk-pikuk  bandar kedua terbesar di Kashmir
Perjalanan diteruskan ke Srinagar. Jam 1.30 tengahari, kami tiba di Srinagar.
Jip Sumo teksi ni berada di kawasan Lal Chowk Srinagar (dekat TRC- tourist reception centre Srinagar). Dari sini boleh amik sumo teksi ke Gulmarg, Pahalgam, Anantnag, Sonamarg, Aru, Jammu dan lain-lain. Ramai yang tanya detail pasal taxi stand ni, so aku bagi pautan dan info kat bawah.
Laluan taxi ni akan bersambung dari bandar ke bandar dan bukanlah direct. Contohnya:

1.  Srinagar- Anantnag- Pahalgam
2.  Srinagar- Tangmarg- Gulmarg
3. Srinagar- Anantnag- Katra

Bagi yang tanya tentang pengangkutan dari airport ke tempat share Sumo tata tu, begini yang mudahnya:

- Keluar airport, amik teksi ke Tourism Reception Centre (TRC) Srinagar
- Dari TRC tu, cari share sumo taxi stand (berdekatan) dan pilih nak ke Pahalgam ke Sonamarg ke
- Share dengan local dan tourist
- Dan perjalanan akan bersambung-sambung dari bandar terdekat ke bandar berjiran

peta taxi stand (untuk bas, sumo tata share Srinagar)
From Srinagar to different tourist places, various buses, Sumos, Taxis and Auto rickshaws take the visitors to their destinations.
The main Taxi/ Sumo stand is opposite to the TRC (tourist reception centre) in Srinagar. Batamaloo bus stands provides bus service to remote places all over Kashmir.

Pautan: 
http://wikimapia.org/34699021/taxi-stand
https://www.virtualtourist.com/travel/Asia/India/State_of_Jammu_and_Kashmir/Srinagar-1086033/Transportation-Srinagar-TG-C-1.html
https://www.tripadvisor.com.my/ShowTopic-g317095-i14105-k9249253-Srinagar_to_Gulmarg_transport_and_other_help-Gulmarg_Kashmir_Jammu_and_Kashmir.html
https://www.tripadvisor.com.my/ShowTopic-g297623-i10273-k8451720-Airport_to_Srinagar_TRC-Srinagar_Kashmir_Jammu_and_Kashmir.html

Lunch di Arizoo restsaurant dan check-in di Noorjahan Guest House yang ratenya Rs800 semalam (rm40). Sedap sungguh makan beriani kat Arizoo restaurant tu..dahlah murah dan portion banyak. Terkenang-kenang.
Petang, kami meneruskan lawatan ke Shalimar Garden,Nishat Bagh Garden dan paling istimewa tulip Garden. Kersemua taman ini ada yuran masuk iaitu Rs10 dan tulip Garden Rs50.

Kawasan bandar Srinagar.Rate bagi bilik adalah berbeza bagi tiap kawasan.Kawasan tumpuan selalunya lebih mahal
besar taman ni

tulip pink



dikelilingi banjaran




tulip garden..lawa gilaaaa

yang Nishat bagh ..dekat jgk dgn tulip garden



cantikkn taman ni ngadap tasik Dal


Backpack Kashmir -Day 2- Pahalgam and Baisaran Peak

Pahalgam merupakan perkampungan penggembala biri-biri, kuda,keldai dan haiwan lain yang terletak di kaki banjaran Himalaya. Cuaca disini lebih sejuk dari di Srinagar. Perkampungan yang masih asli, tak tercemar oleh semua arus kemodenan. Blackout selalu terjadi disini ye.

-''Arguably one of the most beautiful places on earth, the town of Pahalgam (Village of Shepherds) offers breathtaking views. One can just relax in one of the many hotels in Pahalgam, or trek on some of the many mountains. One can trek to LidderwatKolohoi Glacier or to Sonmarg. Snow skiing is an attraction during the winter months (from December to late February).

Shepherd’s village”, Pahalgam is visited by tourists and locals in huge number for its gradual lowering of temperature and river Lidder flowing at an approachable distance. Traveling through meandering roads, Pahalgam opens up with a fresh coo1 breeze of the river. The Lidder river rises from the Kolohoi glaciers,Tarsar lake and Sheeshnag to join as tributary of Jhelum. Pahalgam has an astounding 9 hole golf course open for tourists now being extended into an 18 hole. The golf championships are organised by state government and private hoteliers in summer. Here, tourists and locals putt together in the shades of Pine trees surrounding the golf course''
http://www.alpineinnpahalgam.com/index.php/places-of-interest/explore-pahalgam.html


Ia terletak diantara aliran sungai Lidder dan Shehnag. Ia juga merupakan tempat permulaan bagi trekker yang akan memulakan perjalanan ke Leh, Ladakh atau Sonamarg.

Tempat menarik di Pahalgam ni ada banyak seperti:

1- Shikargha-Pahalgam's famous picnic spot is a wild life reserve, reached on foot or by pony from main market.
2. Betaab Valley-At a walkable distance is a tourist spot amidst pine trees in pahalgam is famous for many film shootings.
3. Tulian Lake - Most captivating lake at an altitude of 4000m, surrounded by the snow capped mountains. It is a full day long trek from Pahalgam. Assistance of a local guide is highly recommended for conducting trekking to this high altitude lake.
4. Mamal Temple - Mamalika one of the ancient temple in Pahalgam built in 11th century by King Jayasimha, is situated on the right bank of the Lidder. The temple has a pedestal and a Shivalinga. A pure water spring rises at the site covered by a basin.
5. Aru - is a resort village 11km from Pahalgam with a motorable road. From here, famous trek via Lidderwat leads to the Kolohoi Glaciers (36km) at an altitude of 3400mtrs. Here, you can have a glimpse of Kolohoi Peak, 5370 mtrs. Another trek from Lidderwat leads to the most desired twin Lakes, Tarsar 3794mtrs & Marsar 3788 mtrs (2-3 days trek).
Tapi aku hanya pergi Baisaran je..sebab??? dok kat Pahalgam dah buat ko rasa kat syurga.
Cantik sangat dan sayang sangat nak pergi ke tempat lain.

Menerusi pemerhatian aku, Pahalgam ni penduduknya masih pure dan asli. Berketurunan Parsi dari Iran dan mereka teramat kacak-cantik seperti orang Iran. Kulit mereka lebih putih dari penduduk Srinagar. Dan bahasa mereka pun masih ada unsur parsi dalam penulisan. Mereka ni lebih exotic..seksi.
Ok, mamat teramat kacak yang kerja trekker atau bawa pelancong dengan pony ke atas puncak gunung/bukit. Bestkan?? Keje cuci mata je kat sini..huh tambah dosa gamaknya.
Cuci mata dengan keindahan alam dan manusia ciptaan Allah.


budak kampung


Pahalgam berada dilembah banjaran Himalaya. Kiri dan kanan di apit oleh gunung ganang yang berhutankan pokok fir dan pine menjadikan lanskapnya seperti di Switzerland.
Ia sebuah perkampungan, dengan sebuah pekan kecil serta kedai-kedai old skool yang mengingatkan kita pada zaman 80-an dulu...dengan kuda masih digunakan sebagai pengangkutan barang-barang.
Ia berdebu, kecil dan najis kuda di mana-mana. Namun, keasliannya itulah yang memikat hati. Mereka bersikap terbuka kepada pelancong, tidak memaksa kita membeli dan seringkali ada penjaja shawl yang menggendong barang jualan menghampiri pelancong. Mereka ini tinggal di belakang gunung sana, dan menenun benang dari bulu haiwan dll untuk menyara hidup. Di sini juga ada penduduk Gipsi dibalik gunung, berkulit lebih gelap namun tetap menawan.

Kami bergerak jam 10 pagi ke pekan kecil Pahalgam (jalan kaki 500m dari guesthouse). Terus hire pony dgn pakcik tu naik ke atas Baisaran Peak. Harganya Rs600 (rm33-35)/pax. Dah kira murah lepas bargain.
Baisaran adalah dataran di atas gunung yang mana kita ada stop-point tertentu bagi trekker. Selalunya pelancong akan mengupah horseman dan naik dgn kuda ke dataran ni yang kira-kira 5-10 km dari bawah bukit. Mula-mula naik pony tu sangatlah menakutkan, ye lah orang jakun tak reti naik kuda ni. Tapi you got to trust the pony..dia dh ditrained ok..jadi sit back and relax..Tapi sian kt pakcik tu, kena panjat gunung sendiri utk guide pony tu kadangkala ikut jalan yg sesat dan ikut mood dia je (namapun binatang). So, nanti dh turun bagilah tip kt pakcik tu. Memang teruk dan jauh dia bawa kita keatas, penat woo. Tapi kpd yang nak jimat boleh je trekking sendiri, dah ada route dia.

''Baisaran is a vast meadow situated on top of the mountain range overlooking the Lidder River flowing through the Pahalgam and Lidder Valley. It has been christened as the Mini-Switzerland of India because it has long and dark meadows, is surrounded by hills and thick Pine forest situated at the base of snow-capped peaks.''
https://bluescribblings.wordpress.com/2014/10/21/trekking-to-baisaran-pahalgam-in-kashmir-the-mini-switzerland-of-india/


pekan Pahalgam..sejuk wooo


deretan kedai

Byk kedai shawl,winter attire,cenderahati dll
penjual shawl pahalgam

Disini gak tempat bargain for pony ride..kuda,keldai dimana-mana..begitu juga najisnya,hehe
jalan ke puncak baisaran


pengembala di kaki gunung..(cam tajuk novel jee)



permandangan sepanjang trekking
ngeri jugak naik pony lalu trek yang curam camni
Akhirnya setelah lebih kurang sejam menunggang,kami pun sampai. Untuk masuk kesini sila bayar Rs5(berapa sen aje rm).
Ya Allah, cantiknya permandangan kat sini...dgn rumput hijau terhampar..diapit gunung bersalji..feeling Kajol la kejap...sambil nyanyi lagu hindustan. Baisaran Peak dikelilingi poko Fir dan pine,dan ... juga masih ada salji yang tengah mencair di parit kecil celah pokok.
Disini mereka excited tengok orang Malaysia. Ada gak pelancong dari Delhi yang suka bila jumpa kitaorg. Sebab rasanya Malaysia ni ada reputasi yang mengkagumkan di mata mereka. Yang sombong tetiba tau kita dari Malaysia, nak bermesra pulak. Tapi aku tak kisah..layan je sambil cuci mata menikmati keindahan ciptaan tuhan pada bangsa Parsi ni yang begitu kacak/cantik. Mereka 50 kali ganda lagi hensem dari Sami Yusuf ok!!
Tak caya?? tengok mamat ni ok,hensem gila..cuma tak fotogenik je. Kalo kat luar bergetar jantung tau tenung dia.
jom menari lagu mohabattein jap,nak tak???

ada yuran masuk..bopa sen aje.
sisa-sisa salji

padang rumput yg luas

boleh golek kalo nak

jalan jauh ke atas lagi pun boleh..tapi aku tak larat dah




Ada org jual shawl dari perkampungan gunung..handmade dan mereka menjaja mencari pembeli.
Jugak kedai teh pun ada di atas ni..buat muka sedih tu pasai apa?

lawa kan???
salji sedang mencair..
orang yang jakun salji..byk dari Chennai
Petang baru turun dari gunung dan balik ke guest house. Penat rupanya menunggang kuda ni sebab naik dan turun bukit..pastu lenguh jugak duduk lelama ala Gangnam style tu...

Borong shawl 20 helai, sehelai dapat Rs145 (dalam Rm8-9). Balik tu lapar gila sebab penat dan sejuk..makan kt Gujarati restoren Rs320 (rm20). Vege dishes, hadoihh tak bleh blah vege-vege ni semua. Sebagai pecinta haiwan berdarah,ini sangatlah menyedihkan.dan menghinakan. hukhuk.
Tamat sudah perjalanan hari ni...dan malam ni malam last bermalam di Pahalgam.
Cuaca bertambah sejuk menjelang malam. Tido pakai stokin pun tak jalan./bau-bau ketiak semua terus lupus dek cuaca begini.

ni guide keldai kami..bagi tip banyak jugak kat dia sebab kesian

ramai pelancong dari Chennai
balik ke hotel