Hari ni kami bergerak dari Pahalgam ke Srinagar.
Untuk lebih murah, kami share sumo Tata jip, yang bergerak dari Pahalgam ke Anantnag. Dari Anantnag kami akan ke Srinagar dengan jip share yang lain pula. Tambangnya hanya RS70 (rm4) (Pahalgam-Anantnag) dan Rs120 (rm7) dari Anantanag ke Srinagar. Bezakan dari amik teksi berkupon dimana kami membayar RM100 dari Srinagar ke Pahalgam.
Sedih nak meninggalkan Pahalgam yang indah ni..tetapi perjalanan harus diteruskan. Kedinginan pagi menggigit ke tulang hitam..dan kami bergerak jam 10 pagi. Sepanjang jalan, kami menjamu mata kali terakhir dengan keindahan lembah Pahalgam ini yang unik dan humble ini.
|
Humble pahalgam valley |
|
sempat makan ni dulu..coconut pharata kalo tak salah..inti kelapa didalam |
|
kali terakhir menikmati sarapan di tepi Lidder river ni |
|
Sumo Tata jip yang dikongsi tambang bersama penduduk tempatan. |
|
dalam jip share sumo Tata..muat 8-9 org penumpang ..comelnya budak perempuan ni..aku bagi dia kitkat, malu-malu dia nak ambil |
|
Detik-detik akhir sepanjang jalan.. |
Setelah satu jam perjalanan,kami tiba di pekan Anantnag. Dan dari sana ambil jip share lain pulak ke Srinagar. Ia terletak lebih kurang 53km dari Srinagar. Sini pekannya lebih sesak dan sibuk. Banyak sumo jip bersusun menunggu penumpang.
Anantnag ni tempat berpusat Sumo taxi (share jip) dari Srinagar, Jammu dan lain-lain kawasan jirannya. Banyak sumo teksi kat sini yang mudahkan perjalanan kita.
''Anantnag is the second largest city in Kashmir. Anantnag is the only city having the largest number of tourist places in Kashmir Valley. It is the city of springs, a beautiful district in the state of Jammu and Kashmir. It is also known as the hub of major tourist attractions and adventure activities for tourists.
Anantnag got is name from the Lord Shiva who left all his valuables enourte the caves of Amarnath. The place where he left the innumerable serpents that adorned his body came to be known as the “Anant” (never-ending) “Nag” (snake). Some says that the city got its name the natural springs as it also known as Nag in the local language thus the name Anantnag or the “land of never ending springs”.
http://www.worldtravelmart.in/countries/india/anantnag/index.php
|
pekan Anantnag..bas pun ada kalo sanggup nak naik lelama |
|
Anantnag..hiruk-pikuk bandar kedua terbesar di Kashmir |
Perjalanan diteruskan ke Srinagar. Jam 1.30 tengahari, kami tiba di Srinagar.
Jip Sumo teksi ni berada di kawasan Lal Chowk Srinagar (dekat TRC- tourist reception centre Srinagar). Dari sini boleh amik sumo teksi ke Gulmarg, Pahalgam, Anantnag, Sonamarg, Aru, Jammu dan lain-lain. Ramai yang tanya detail pasal taxi stand ni, so aku bagi pautan dan info kat bawah.
Laluan taxi ni akan bersambung dari bandar ke bandar dan bukanlah direct. Contohnya:
1. Srinagar- Anantnag- Pahalgam
2. Srinagar- Tangmarg- Gulmarg
3. Srinagar- Anantnag- Katra
Bagi yang tanya tentang pengangkutan dari airport ke tempat share Sumo tata tu, begini yang mudahnya:
- Keluar airport, amik teksi ke Tourism Reception Centre (TRC) Srinagar
- Dari TRC tu, cari share sumo taxi stand (berdekatan) dan pilih nak ke Pahalgam ke Sonamarg ke
- Share dengan local dan tourist
- Dan perjalanan akan bersambung-sambung dari bandar terdekat ke bandar berjiran
|
peta taxi stand (untuk bas, sumo tata share Srinagar) |
From Srinagar to different tourist places, various buses, Sumos, Taxis and Auto rickshaws take the visitors to their destinations.
The main Taxi/ Sumo stand is opposite to the TRC (tourist reception centre) in Srinagar. Batamaloo bus stands provides bus service to remote places all over Kashmir.
Pautan:
-
http://wikimapia.org/34699021/taxi-stand
-
https://www.virtualtourist.com/travel/Asia/India/State_of_Jammu_and_Kashmir/Srinagar-1086033/Transportation-Srinagar-TG-C-1.html
-
https://www.tripadvisor.com.my/ShowTopic-g317095-i14105-k9249253-Srinagar_to_Gulmarg_transport_and_other_help-Gulmarg_Kashmir_Jammu_and_Kashmir.html
-
https://www.tripadvisor.com.my/ShowTopic-g297623-i10273-k8451720-Airport_to_Srinagar_TRC-Srinagar_Kashmir_Jammu_and_Kashmir.html
Lunch di Arizoo restsaurant dan check-in di Noorjahan Guest House yang ratenya Rs800 semalam (rm40). Sedap sungguh makan beriani kat Arizoo restaurant tu..dahlah murah dan portion banyak. Terkenang-kenang.
Petang, kami meneruskan lawatan ke Shalimar Garden,Nishat Bagh Garden dan paling istimewa tulip Garden. Kersemua taman ini ada yuran masuk iaitu Rs10 dan tulip Garden Rs50.
|
Kawasan bandar Srinagar.Rate bagi bilik adalah berbeza bagi tiap kawasan.Kawasan tumpuan selalunya lebih mahal |
|
besar taman ni |
|
tulip pink |
|
dikelilingi banjaran |
|
tulip garden..lawa gilaaaa |
|
yang Nishat bagh ..dekat jgk dgn tulip garden |
|
cantikkn taman ni ngadap tasik Dal |
Salam...sy nak tanye flight sy dr del smpai srinagar pkul 1425...masa yg sy ada boleh x sy direct terus ke pahalgam?adakah terlalu lewat memandangkn bdasarkn catatan sis perjlnan ambil mse 2-3jam.apa kata sis azaleania..
ReplyDeletetq😊😊😊
Wkslm..tak lewat lagi..saya pun ritu sampai airport tengahri terus ke Pahalgam. Akan tiba dalam kul 6ptg cmtu.
Deleteboleh bg fb awk x?? sy nak tnya lebih detail ttng pengangkutan di kashmir...
ReplyDelete