Thailand - Floating Market Khlong Hae

Ini pasar terapung yang dah tak jadi terapung.
Oleh kerana aku pergi last week pada hari Krismas semasa banjir besar melanda Pantai Timur, maka air melimpah-limpah ke tebing. Jadi floating market dah jadi Bridge market, semua penjaja jual kat atas jambatan.
Perahu bila tengok adalah pecah dan terbiar tepi sungai tu.
Mak kecewa sebab niat nak taruk duit dalam bakul galah tu tak tercapai. Dan nak makan sambil feeling ala market Chao Phraya tak kesampaian. Rasa nak macam nak guling-guling atas jambatan tu hukhuk.
Dulu dah penah datang so kali ni nak repeat lagi kononnya tapi lupa sekarang musim banjir.

Tak payah dok menangis senah oiii..nangis atas sejadah lagi baguih.
Jom kita tengok apa yang best kat floating market ni.
Note that ada jugak anjing berkeliaran. pandai-pandailah nak pilih gerai yang meyakinkan okeh.
Floating market Khlong Hae..betul tak?

tukar duit pun ada

direction


Makanan banyak pilihan..seafood, sup, air yang diletak dalam pasu tu dan macam-macam.
air sungai dah melimpah..nak dayung sampan takleh

jadilah bridge market pun
air laici dalam pasu yang bisa membuat anak-anak jakun sebab ada otomen
ini macam otak-otak..sedap dan pedas...isi ikan apatah
Add caption

chicken ball...sedap
assorted sushi..4pcs 20 bath (Rm2)
ni macam kuih cara tp lebih gebu,sedap dan makan dgn kelapa parut
skrewer ni sedap..ayam rm2, daging rm2.5
mee sup ni sangat sedap..30bath. ada bebola daging dan ayam
Aku berjalan ada le 40 kali dok pusing patah balik. Jap berhenti situ beli..pastu jalan berhenti beli gerai sebelah dia pulak. Ko kenapa?? tu namanya pi mai pi mai cari makan.


Thailand - I-city Danok

Taman berlampu ala I-city ni terletak di Danok. Sebelah KPK Hotel.
Bayaran masuk Rm10 dewasa dan Rm5 kanak-kanak. Boleh guna duit RM/Bath.
Agak luas taman ni..dan cantik dengan lampu-lampu macam biasa. Scooter budak kecik dan basikal untuk 3 orang pun boleh di sewa. Range dalam Rm5-Rm10.
Ada gerai jualan jugak disini. Cuma kalo hujan adalah seksa sebab kawasan berbumbung tak banyak untuk berteduh.
entrance..

feeling cinderella



feeling puteri salju




doraemon bercahaya



cantik kan

Overall, I-City Danok ni memang puas hati. Rasa romantik gitu masuk dalam ni.

PB Grand Hotel Hat Yai

Terletak agak jauh dari pusat bandar Hat Yai. Tapi hotel ni sangat reasonable dan puas hati. Cuma 700 bath semalam (Rm70) dan bilik luas. Tapi hot kettle takde, kena minta kat reception dan kena caj 10bath (Rm1 je). Internet adalah laju dan puas ati. Ada 7 eleven dekat sini dan kedai keperluan.
hotelnya


lobi

Lobby
Dan biliknya:
Rate bilik

luas dan selesa


bilik air

Thailand Chirstmas trip

bulatan Hat Yai
Trip ke Hat Yai ini adalah short gateway sempena cuti krismas. Tak takut kena bom ke? macam tahun lepas yang kena bom menjelang krismas kat Danok tu?? orang tanya. Mak pun takut uolls..tapi beranikan diri.
Sebab kesian bebudak nak masuk Hat Yai Ice Dome tu. Trip ni pergi semasa hari krismas, 25hb Disember.
Jadi imigresen di Bukit Kayu Hitam tentulah sesak yakmatt..penuh dengan orang dari KL, Selatan nun dan Penang. Mak tak rela beratur panjang-panjang dan bagi seringgit kt abg kastam Thailand tu. aku nak VIP lane kalo bagi seringgit tu (banyak santek muka)
Pilihan yang ada adalah masuk Thailand menerusi Imigresen Durian Burung (di Kuala Nerang Kedah) iaitu Imigresen Kota Putra dan akan masuk dekat Banprakob imigresen Thailand. Akan melalui pekan Na Thawi dan terus ke Songkla.
Imigresen ni sangat best sebab takde orang. Tak payah beratur bagai..lega.
Macam biasa, masukkan seringgit ke dalam passport sebelum dapat cop Thai tu.
Jauh jugak dari Banprakob ni nak ke Songkhla..dalam dua jam jugak.
Sepanjang perjalanan ada tempat yang dilimpahi air banjir. Dari Banprakob  terus ke Aquarium Songkhla dan Pantai Samila.
Trip kali ni pergi dengan van Thailand dan pakej semua. Dua hari semalam je.
Aku imagine Hat Yai adalah sesak..tapi tak sangat. Sebab semua takut kena bom agaknya.
Tempat-tempat menarik yang boleh uolls pergi jika mengunjungi Hat Yai- Songkhla ni adalah:

- Samila beach
- Songkhla Aquarium
- Hat Yai Ice Dome
- Greenway night market
- Hat Yai Plaza
- Kem Gajah/Chang Puak Camp
- I city Dannok
- Khlong Hae (pasar terapung)
- Cable car (aku tak pi)
- Central Festival Market ( shopping komplek paling besar di wilayah Songkhla)
- The Great Serpent Nag in Songkhla ( tugu naga tepi pantai)
- Kuil Kuan Yin (terletak atas bukit)
- Songkhla zoo

Imigresen Banprakob

Lengang..bahagia hidup



Kat sini tak payah nak scan beg apa macam nak masuk Malaysia nun. Dari Thai nak masuk malaysia adalah azab
Then...kita pi Samila beach dulu. Pantai Samila ni memang jadi tempat wajib untuk dijenguk jika ke Hat Yai dan Songkhla.
Yang Golden mermaid dia meletup sangat tu. Kena beratur nak amik gambar dengan retis mermaid ni. Laut adalah bergelora dan angin agak kuat. Ada penjual buah menjinjing jualan serta gerai jualan tepi pantai ni.
kucing dan tikus..tom and jerry

Pantai Samila yang agak berangin


The Golden mermaid yang perasan retis ngalahkan  Tom Cruise sebab semua kena beratur nak beergambo

Gerai-gerai jualan: