Monday, April 30, 2012

Resepi Sizzling Claypot Yee Mee


Resepi ni amik dari internet gak,cuma alter pape yang patut.
Mee ni mee sizzling yg kita selalu ngidam kat Foodcourt tu.Bagi yg malas,guna je kicap biasa tuh,instead guna kicap cair,kicap pekat dan segala spesies kicap.

Resepi untuk 3,4 orang
Bahan:
400 gm yee mee-agak-agak pun ok,dalam 2 keping dry mee
500 gm ayam (nak sekali tulang dia)-potong kecik
4 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap biasa
Cendawan shitake kering-rendam dan toskan
4 titik minyak bijan
5 sudu tepung jagung-campur dgn sedikit air
2 nos pak choy
1 sudu lada putih/hitam
4 cawan air

Bahan tumis:
2 biji cili kering-potong sedikit
1 inci halia-potong nipis
2 sudu minyak masak
3 ulas bawang putih-peel dan ketuk

Garam,gula,secukup rasa

Kekdah:

1.Panaskan minyak,tumis bawang putih,halia dan cili kering
2.Masukkan ayam dan tunggu agak garing.
3.Masukkan air dan didihkan.Masukkan sos tiram,kicap,lada dan cendawan.
4.Masukkan minyak bijan,perasa,garam dan didihkan.
5.Pekatkan dengan tepung jagung dan didihkan perlahan dalam 30minit.(utk bg feel dan ayam lembut isinya,semua jus extract dari tulangnya,lagi lama lagi sedap macam kat foodcourt tu,dia masak kuah lama gila sampai cili kering dah nak hancur dan isi ayam terlerai dari tulang)
6.Masukkan yee mee,pak choy dan tunggu lembut.Adjust rasa.
7.Hidangkan dan tambah telur jika suka.


2 comments:

  1. Claypot yee mee! Suke suke suke! Terliur tengok tau! Dapat pulak bila kuah ledot gitu kan? Pergh!

    ReplyDelete
  2. Aida,

    Memang best..tambah lagi kalo kat foodcourt tu.
    Order 1 tak cukup...dgn ayam dia yg sikit lagi nak hancur..pehhhh

    ReplyDelete