Nasi Kerabu tersedap di Restoran Kak Wan Selera Pantai Timur Bertam Walk

 Salam semua.

Dah masuk Oktober ya. Alhamdulillah syukur masih boleh menikmati rutin kita seperti sediakala.

Waktu menghantar Sulung ke Sabah singgah restoren Selera Pantai Timur ni selepas menjenguk bongsu di Uitm Bertam.

Restoren Kak Wan Selera Pantai Timur ni terletak di Bertam Walk Kepala Batas Pulau Pinang.

Memang popular di kalangan penduduk kawasan ni.

Rasanya ni la Nasi Kerabu yang paling sedap pernah dimakan sepanjang usia. Kalah makan kat pantai timur nun hehe. Selera kita lah kan.

 Nasi Dagang pn sedap cuma Restoren Dua Rasa di Changlun lebih umphh. Lebih sedap rasanya dari kedai biasa singgah di Ganu/Klate.

Popular restoren ni..pagi-pagi klu hari minggu memang penuh..ada 3 lot

Bakar-bakar kat luar

Konsep pilih lauk dan bayar kat kaunter

Ramai kan pelanggan

Harga terpampang

Beratur panjang kalo weekend

Interior restoren

Ada vendor kuih tradisional Kelantan/Ganu

Badak Berendam

Antara lauk pilihan-solok lada, ayam goreng, ayam gulai

Rambang mata dan telan air liur

Makan berdua Nasi Dagang dan Nasi Kerabu Daging bakar

Nasi Kerabu daging bakar

Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol..ada separuh telo rebus

Air Teh Ais dan Teh O Ais..untuk semua bil makan ni 2 orang RM33

Sedap Badak Berendam ni

Muka bahagia dpt mkn pepagi

IG anakanda story masa makan dgn dia sblm flight ke Sabah


No comments:

Post a Comment