tengah mencari berapa harga kain sepasang di sana.Adakah murah berganda dari Malaysia,dan kalau murah berapa murah?Adakah sama dgn harga beli cekodok disini?
Ikutkan currency sekarang RM345 bersamaan dengan 1 juta IDR (indonesia rupiah).
Boleh la kalau terasa nak jadi jutawan kejap tapi percayalah sekejap je duit tu habis.
Ok,harga kain dan tekstil disini memang murah.Sehelai blouse boleh dapat paling murah RM6 (25ribu rp).Yang ni untuk manusia yang suka beli banyak-banyak sebab murah pastu buat pekasam.
Dan harga untuk blouse yang cantik,sulam boleh dapat dalam RM14,RM16 (dalam Rp 60ribu). dan keatas.
Bagi kain pasang biasa vicoise (tah betul tak ejaan) boleh dapat RM4 (15 ribu rp) semeter jadi sepasang dalam RM20 (60ribu rp).Kain pasang cantik bersulam dalam RM40 shj (120 ribu rp) dan boleh tawar menawar lagi termasuk yg sulam bunga timbul tu.Tudung bawal yg bercorak dan ada biji/syiling tu pun boleh dapat RM5 sehelai (15 ribu )
Telekung yang cantik dan oh-so-cheap banyak disini dan sangat variety.Masa tu mata ko dah bersinar-sinar dan rasa cam nak cium je salesgirl tu sb murah gila!
Paling murah telekung warna dari kain nipis polister tu,boleh dapat RM7,8 (25ribu rp) dan sesuai untuk bagi cenderahati.Macam-macam harga boleh dapat.Ada Rm16(50 ribu rp) dan harga ikut kualiti.
Tempat paling popular untuk kain-kain dan telekung adalah Pasar Baru Bandung.Ia adalah bangunan seperti kompleks membeli belah yang mempunyai 5 tingkat kalo tak silap.Tetapi laluannya sempit sebab kedai banyak,jadi kalo jalan tu akan berhimpit.Surau ada ditingkat atas,tanya salesgirl pun boleh,ianya surau terbuka ye,bukannya berbilik cam kita.Dan tingkat atas jugak ada pengurup wang,kalau tetiba duit indon tak cukup boleh pi tukar disini,rate pun ok.(hehe dah shopping tahap gaban..duit sejuta pun kejap je abis),dan banyak kedai yang terima duit RM,jadi jgn risau.Depan kompleks sesak dgn penarik beca,driver teksi dan orang lepak,hati-hati ok.
Oh ya,pekedai di pasar baru ni kebanyakan tauke adalah orang indon-cina.Mereka ni cantik dan hensem.Keturunan cina tapi cakap Indon fasih gitu..dah le hensem tahap Lee Min Ho tu.
Jumpa sorang mamat chinese ni,punyalah hensem,muka ala-ala Baim Wong tu.Penjual kat sini rajin melayan kita walau kita kadang-kadang masuk tengok je.Pejam mata je beli kalo dia dah mengayat tu.Nak beli banyak buat meniaga pun diorang boleh poskan.Siap ada yang ambil upah jahit boleh siap 24jam pun ada dan upah yang sangat murah dalam RM15 jek bg baju kurung.
Lagi satu,Pasar Baru Bandung ni buka pada jam 9pagi sampai 5,6 petang saja.Peruntukan sepanjang hari sampai petang di Pasar Baru kemudian baru ke FOC lain.
Disini kebanyakan kedai ditutup petang..jadi rancang shopping ikut masa berniaga disana.
Dan factory outlet seperti Rumah Mode tutup dalam pukul 10 camtu.
| permandangan sepanjang jalan jakarta-bandung-teres padi |
| Mula sekali,pasal makan.Aku stress gila makan kat sini sebab lauk minang ni kuah alahai..kedekut nak mampus |
| Dah nampak telekung tu... |
| Kain sulam camni harga biasa RM40,kalo time cuti sekolah harga up sikit dari biasa |
| Kain kat belakang tu,jenis lace dan utk yg nak nek pelamin |
| Pasar Baru Bandung |
| Kain Pasang sulam banyak dan murah disini |
| Kain pasang sulam ni harganya RM40 (120 ribu rp) sepasang 4meter |
| Kain pasang yg biasa ni harga RM20 (15 ribu rp semeter),cotton |
| Telekung putih cuma RM16 (50 ribu rp),yg color tu RM8 (25 ribu rp) |
| yg ni sulam lipan/sulam ribbon apetah,harga RM40 (120 ribu rp).Ni sifon apple nama dia.Tah betul tak,aku sgt tak reti bab kain ni.Kalo bab lelaki hensem,haa tu kepakaran aku. |
AMARAN:
Kepada pelancong/shopper Malaysia terutamanya..hati-hati kesana.Ramai pick pocket aka pencopek.Mereka ni sangat terror bab ni.Masa aku pi sana,menginap di hotel Golden Flower Bandung.Hotel yg paling dekat dgn Pasar Baru.Dan satu hari sahaja dah dengar ada 3,4 orang pelancong Malaysia kena curi on the way ke pasar baru.Pencuri ni menggunakan pukau ye,jadi jgn berlagak dan careless.Melainkan ko adalah spesies tok batin atau ada ilmu ala-ala Mona Fendy jua.
Yg selalu jadi mangsa adalah lelaki..sebab wallet lelaki mudah dicapai even letak kat poket depan sekalipun.takpun sebab lelaki ego,buat muka macho sambil berjalan ala Tan Sri.
Pencuri akan buat-buat jatuh rokok depan ko,then pegang bahu atau peha dan sesi pukau pun bermula.Masa tu badan akan rasa ringan dan tak ingat.Mereka ni buat kerja secara berkumpulan dan depan hotel pun boleh berlaku.
Di Bandung ni ramai yang susah,yang melarat dan mencuri sangatlah berleluasa bagi pelancong.
Sila baca doa pelindung masa nak keluar hotel.Biar org tengok mulut ko terkumat-kamit cam baca serapah,tapi jgn pulak ludah sini sana.asal selamat sudah.
Aku pun tgk benda ni jadi depan aku dan rasa seram sejuk jugak sambil jalan tu.Lebih baik bawa backpack galas didepan dan takyah nak berhigh heel bagai kecuali ko ada bodyguard 10 orang,tu pun belum tentu selamat.
Sebab pasar ni sesak dan sempit.Takat manalah bodyguard nak kepung kan?melainkan dia dukung atau junjung ko..heh,kalo ada datin sebegitu baiklah dia pi shoping ke Harrods London kan?
Dipasar ni pun ada ramai penjual air yg bawa bekas beroda berisi ais dan air tin/kotak mencari pelanggan.Sampai tahap tu mereka nak cari duit.dan ramai yg menyanyi dijalanan atau naik bas pelancong minta sedekah..tapi cayalah suara mereka ni sedap gila.Ramai anak-anak jalanan bawa gitar sambil dukung adik menyanyi sambil minta sedekah.Dengar cerita dari orang bandung sendiri,Ariel Peterpan juga adalah asalnya penyanyi jalanan dan menyanyi ketika lampu trafic merah dijalan.
Sedih jugak tgk..rasa bersyukur gila lahir di Malaysia dan jadi rakyat Malaysia ni.
Gaji mereka rata-rata Rp 1juta sahaja.
Selalu lepas mereka mencuri wallet,pencuri ni amik duit sahaja dan buang wallet di mana-mana.ia akan jumpa semula lepas duit dah selamat dikosongkan.Dan orang Bandung pun tau,kalo jumpa wallet tepi jalan,tgk Mykad Malaysia,mereka akan serah kat hotel.
Benda mencuri ni dah jadi biasa sgt disini.
Hati-hati ya pak,ibu-ibu yg mau kesana.
Lepas shopping di Pasar Baru,jika naik teksi biru Wira ni untuk ke Rumah Mode,tambangnya adalah Rp60,000 (dalam RM20) dan ambil masa dalam 20,30 minit kesana.
| Teksi Bandung yang menggunakan kereta Proton Wira Malaysia |
Rumah Mode:
Rumah Mode adalah factory outlet,yakni serupa Reject Shop di Malaysia.Tetapi harga Reject Shop disini adalah lebih murah dan lebih byk pilihan,tu pandangan peribadi aku.Kat Malaysia aku boleh beli baju Ralph Lauren kids pada harga RM21.90atau 29.90 saja tetapi kat sini dalam RM40.00 (RP119.90).
Dan baju kanak-kanak yg ada pun setakat Zara,Guess,Gap dan Ralph Lauren.Juga jenama made in china yg tak popular.Sedangkan di tempat kita lagi byk pilihan.Kat sini ramai orang kaya Indonesia yg datang shoping..kalo kita Reject Shop tu macam kedai biasa jek.Sini parking kereta pun penuh dgn BMW,Alphard,Merz etc.Kalo kat sini,jenis-jenis kereta tu takde maknanya nak jenguk Reject Shop melainkan ke Starhill dan Suria KLCC jua...
Rumah Mode adalah bangunan berupa rumah banglo yg scattered dan luas kawasannya.Nak masuk ada security dan kafe' kat dalam.Dekorasi dan lamannya sangatlah cantik berunsur bali.
| Entrance Rumah Mode |
| Ni lah bangunan nya..cam rumah banglo tapi ada byk unit |
| Ni le rupa Rumah Mode yg popular sangat tu... |
| ok,sini ada Gap,Guess,Ralph Lauren,dan tah apa lagi.Aku tak tgk sebab aku takde duit nak beli.takut meroyan nnt |
| Sebenornya takleh amik gambo tau dalam ni..tapi aku belasah je lah...blogger la katakan kan? |
masa nak check-in flight dari Indonesia nak balik tanahair,setiap orang dikenakan cukai yer.
Seorang RM50 (150 ribu rp dari airport Jakarta).Bandung dalam RM25 (75riburp)
.Bayo kat kaunter sebelum boarding..kalau excess baggage kena bayar US Dollar di sini.Jadi asingkan siap-siap duit tu sebelum shoping.Jgn sampai kena tido kat airport sebab tak cukup duit nak bayar tax.ataupun tak pasal-pasal kena gadai gelang emas di sana..
Tip: Waktu di Bandung lewat sejam dari waktu Malaysia.Tapi pukul 7 pagi disana dah terang benderang macam pukul 9 pagi Malaysia.Waktu solat juga masuk awal dari kita.
Jadi,selamat bershoping dan percaya la,lepas je flight touch down Malaysia,ko akan jadi cam orang gila pi cari nasi dan makan tak ingat pape.Sebab kat sana makan masakan minang,kuah takde dowh..kedekut tul kuah.
Dah tu mahal pulak...aku balik belasah nasi sepinggan penuh dgn lauk gila-gila baru RM10.
Oh,how I love my Malaysia.
Serious cantik gila kain-kain tu. Murah pulak tu, patut la kalo dengor cerita orang gi ke sana.. memang shopping sawan. Cuma bab kena copek tu la yang gerun sikit ek. And how did you to avoid it do when you were there?
ReplyDeleteHehe memang sawan tak hengat tgk harga yg berganda murah disana.
ReplyDeleteNak ngelak kena curi,pakai ala kadar je,takyah tunjuk kayo cam datin..pastu bawa beg ruscsack galas kat depan sambil tgn peluk beg tu erat-erat.
Yg penting sentiasa alert bila rasa cam ada org ikut atau usha kita lelama.
Jgn rasa lawa sb org usha lak..,doa pelindung tu penting
ada advise tak, untuk org yg nak shopping sawan tapi ade anak2 kecik mcm saye? sila advise. hehe
DeleteHm..cadangan saya kalo ada anak kecik agak sukar sikit sebab pasar baru ni sempit,boleh tapi kena ada husband sporting abis tolong jaga anak.Ataupun tinggalkan anak pada huby dihotel.Bawa adik ke,kakak ke untuk tolong jaga.
DeleteHi! Saya nak ke Bandung on June ni dan tengah survey hotel etc. Selain dari Golden Flower Hotel, boleh recommend hotel lain area tu tak? Err yang agak murah lagi around RM100/night? Hehe sebabnya nak berabis kat shopping instead of paying lebih utk tidur. Disebabkan saya pegi dalam 3D2N saja, memang kejap je, agaknya berbaloi spend masa lebih kat Pasar Baru or FO ek? Sorry banyak sangat tanyanye hehe. Thank you in advance!! ^^
ReplyDelete*Gerun pula dengar cerita pukau tu -,- Tapi tengok gambar kat blog ni rasa dah tak menyabar-nyabar pula nak pegi haha.
Hi Vi_Jie
ReplyDeleteUtk check rate boleh tgk kat tripadvisor dan agoda.com ,seach in bandung city.
Ada bajet hotel seperti Naval Hotel Bandung rate dalam RM140/night.
Kalau boleh jgn ambil hotel terlalu murah sebab soal keselamatan.Rate RM100 should be ok.
best gler baca entry ni..
ReplyDeletetergelak2 biler baca..
thanks..
risau gak ngan pencopet tu...
aigoo... :)
Cikgu,
DeleteThanks ats komen
saya teringin giler nal gi bandung, dah booking flight n hotel, tup-tup member tak jadi joint...husband tak bagi pulak. Any idea for ladies travel alone at Bandung. Takut gak, tapi hati ni rasa macam nak terbang je persi sana... nak shopping kain n telekung..macam le kat malaysia tak de jual benda alah tu... alasan je tu...hee...hee
ReplyDeletesalam... sy baru booking tic ke bndung..... tapi otel blom lagi.. ngah duk survay2 lagi... g sana ber3 jer... masing2 tak penah g sana.... otel kat sane boleh masuk ke kalo ramai2? means kalo kite booking bilik utk 2 org tp kite masuk 3 org....
ReplyDeletewkslm,
Deleteboleh..pandai-pandai le seludup kawan lagi sorg tu..jgn time check-in tu gak masuk.yg sorg tu tunggu kat luar jap,atau lepak lobby dulu.dah setel check in,masuk bilik berdua.pastu baru kawan yg ke3 tu straight ke bilik.jd masa check-in kt reception tu,berdua je.pastu jgn la tunjuk sgt yg keluar bertiga,biar separate sikit jalan lalu kat reception tu bila nak bersiar-siar.
salam,
ReplyDeletebest baca blog ko ni..haha..anyway, aku nak gi bandung, tapi tak nak tido sana, mmg tujuannya nak soping jer. ambik flight pagi buta & balik malam. kat mana yg best utk soping telekung, kain cotton & baju branded? nak fokus ni, waktu terhad..hehe..thanks.
Mama Dina,
DeleteKalo nak shoping kain dan telekung,kain dan fabrik,terus pi Pasar Baru Bandung.Baju branded boleh shoping kat Rumah Mode atau Paris Van Mall.
They also got Heritage FO,Natural FO,The Secret FO,Victoria FO and House Of Donatello.Don't forget to buy jeans at Cihampelas Shoppin street.
DeleteThanks owner blog. Wah saya baru nak g bandung. Bagus ir blog sis. Tq so much ya
ReplyDeleteSalam, thnks azaleania for the info, ianya info yang jujur setakat ini. Tidak menunjukkan kegembiraan berada disana sahaja tetapi mengingatkan kita tentang keselamatan juga. Insyallah saya akan ke Bandung pada bulan Oct. nih...segala perancangan awal telah dibuat dan info dari blog ni menambah lagi 1 persediaan saya iaitu doa pelindung diri. Terima kasih banyak2...
ReplyDeleteSalam saya nk tanya airport tax rm50=Rph150k tue dari bandung or dari jakarta.? terima kasih for the info :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThanks 4 ur info sis....
ReplyDeleteJust nak tanya,airport tax RM50 ye..bukan RM25 ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletemiss sy nk tye..if da borong byk2 tu..agk2 bape kg ek..if sy bli telekung 15 n kaen pasang 30..cukup x 40kg..n agak kne thn ke kt kastam ek..
ReplyDeleteJika ambil luggage cost,nak beli byk2 sila ambil baggage paling maksimum,in case terlebih berat sb nanti takut kena bayar kat kaunter lagi mahal dari online check-in.Rasa 40kg cukup utk jumlah tersebut.Baggage yang kita check-in utk hantar ke bahagian kargo tu selalu tak kena tahan kastam.Yang kena tahan dikastam selalunya adalah barang yang nak dibawa naik ke dalam kapal terbang penumpang.
DeleteSalam...bag troly / handbag biasa org bl kat mana? bonia dll...
ReplyDeleteAssalam.just nak betulkan,airport tax bandung-kl RM25 bersamaan 75ribu rupiah..saya baru balik dr bandung..ke lain2 passenger lain charge ye?saya dgn kwn saya kena RM25
ReplyDeleteLain airport lain caj kot?
ReplyDeleteMaybe kat Jakarta RP150 ribu,kat Bandung RP75 ribu
Salam,1st of all,mmg best bace entri psl bandung ni..sy mmg plan nk p sne nxt year..tp nk tnye,klu kat kdai2 baju kat pasar bandung tu,dorang xde provide servis pos barang yg kita beli ke in case kita beli byk kat dorg?or kat bandung tu senang nk cari servis pos barang?
ReplyDeleteWkslm,
ReplyDeleteKebanyakan kedai di pasar baru ada khidmat pos kain baju ni (ke malaysia atau kemana saja) jika beli secara borong.Kalau nk beli buat berniaga pun boleh,diorg selalu akan bagi kita business card atau add kedai mereka di fb.
Hanya perlu inform mereka.
Best gak info ni. saya akan ke bandung/jakarta pada 25hb christmas. atleast ada sedikit tips. Nice blog.......
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.