Chalet ni terletak di Merbok, Kedah. Chalet terapung dan agak terpencil kawasannya, jadi prepare sesiap kalo nak pergi semua bahan makanan, ubat dan lain-lain. Jalannya kena lalu tali air dan tepi paya bakau.
Oleh kerana aku teramatlah malas skrg nk update blog, maka aku copy info dari google ni.
Aku menginap di chalet ni semasa buat family day hari raya lepas..memang meriah dan happening..dgn ada kaum kerabat yang memancing, dapat byk jgk ikan sederhana besar dan buat bbq sekali. Cuma sesiapa yang ada pening dgn jalan atas air tu..memang tak dapek nk nolong. Aku pun lepas balik dari chalet ni rasa 'terapung' jugak sehari dua. Sb dgn ayunan air surut pasang dan angin tu buat ko terbuai-buai.
Terletak di Kampung Segantang Garam, Merbok, dekat sini, chalet berkenaan merupakan sebuah tempat percutian atau perkhemahan yang ‘terlepas daripada segala gangguan’ dan kedamaian alam yang masih terpelihara. Untuk sampai ke destinasi itu, perjalanan darat hanya 12 kilometer dari pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang atau 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.
Kadar bayaran penginapan di chalet terapung itu antara RM40 hingga RM250 satu malam manakala untuk memancing tanpa menginap dikenakan bayaran RM15 seorang tanpa had masa. Antara ikan yang banyak terdapat di sini ialah sembilang, jenahak, kerapu, senangin, gemang dan malong.
Terdapat tujuh chalet yang diapungkan atas Sungai Merbok. Dua daripada chalet ini menawarkan bilik tidur berhawa dingin, sementara satu lagi merupakan calet jenis VIP dilengkapi perabot, peralatan dapur, televisyen dan ruang santai. Dan dua chalet berkembar tanpa pendingin hawa serta empat buah bilik penginapan berasingan juga tersedia. Satu pelantar turut disediakan untuk aktiviti memancing atau riadah yang dilengkapi perabot dan dapur, sebuah dewan untuk bermesyuarat dan riadah dengan kapasiti 80 orang pada satu-satu masa. Ia dilengkapi kerusi, meja dan set karaoke.
Para pengunjung yang menginap di situ boleh menjalankan pelbagai aktiviti yang disediakan pihaknya seperti aktiviti menyusuri Sungai Merbok bagi menikmati keindahan hutan paya bakau.
Pengunjung juga boleh memilih untuk memancing ke pulau-pulau berhampiran dengan perkhidmatan bot dan mengikuti lawatan ke kawasan pelancongan menarik berdekatan seperti Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Tanjung Dawai dan sebagainya.
|
rate chalet..amik dari google..maybe harga dah berubah sikit |
Kawasan percutian berkenaan memang ‘saujana mata memandang’ dengan kehijauan hutan paya bakau, Sungai Merbok serta dihiasi panorama indah berlatar belakang Gunung Jerai. Selain itu, hutan bakau tersebut memiliki 30 spesies flora di kawasan seluas 4,114 hektar yang merupakan salah satu kawasan Hutan Simpan Paya Laut yang terbesar di negara ini.
|
entrance |
|
restaurant |
|
signage |
|
sepanjang laluan ke chalet |
|
ada 2 bilik satu chalet..dan aircond |
|
ruang tamu chalet..ada tv dan agak luas |
|
bilik kedua |
|
dapur untuk memasak |
|
bilik air |
|
keluar hall ada balkoni mengadap sungai |
|
boleh lambai orang sebelah |
|
lepak sini..aman damai |
|
tempat bbq disediakan..beli arang sendiri |
|
saujana |
|
senja yang indah |
Untuk tempahan boleh menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok, Kedah di talian 04-4572117 atau di talian 019-5452412 (Norazieta Othman); 012-4633526 (Mahayadin Ismail) dan 013-4708230 (Abdullah Kancil).
Chalet terapung di kg Segantang Garam...byk nye garam heheheh
ReplyDeleteSegantang je JM..bkn selori ;p
Deletebesarnya chalet tu..boleh bawak family
ReplyDeleteBoleh sgt..main masak-masak dan mancing
Deletebest lah leh memancing tapi tak best kalau tgh pancing dpt ikan lumba2 ;p
ReplyDeletetry dulu tgk dpt ke idok..;p
DeleteHah ni lah chalet yg mummy nak booking aritu.. tp disebabkan jauh dr town terus cancel.. sob sobsss
ReplyDeleteKalo semalam ok je mummy..beli brg sesiap..kedai runcit pun ada dkt sini
DeleteBestnya .. nyaman je nampak dlm gamboo , belum lagi tido situ.. oh mummy jeles!
ReplyDeleteNyaman aman damai..hilang stress
Deletepernah plan dengan DediS nak datang sini last year.. hajat tak kesampaian..
ReplyDeleteT.T sepatutnya plan lebih awal.. huurm..
Boleh plan lg ni..next year ;)
DeleteAlfatihah..hjat Dedi tak kesampaian..kita hanya mampu merancang
DeleteTak tau lah kenapa staf chalets ni semua nya aku HP diaorg tak ON, macam mana nak berurusan ni.
ReplyDeleteikan boleh dapat tak?
ReplyDeleterod pancing disediakan tak?
ReplyDeleteKami dah pi banyak kali mang best
ReplyDelete