Wednesday, May 23, 2012

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group



Entry ini ditujukan kepada manusia yang ingin pergi melancong atau berkursus ke Langkawi,Kedah.
Kita mesti akan fikir,apakah ole-ole yang popular dan murah untuk diberi pada isteri,suami,sedara;kengkawan pejabat dan yg paling penting-BOSS?
Why Boss?okeh jika kau benci bos dan ko taknak beli pape kat dia,silakan.Tapi ingat..pasni jgnnlah dok berangan nak pi seminar ke Singapore hatta ke Petaling Jaya sekalipun.
Hmm,kata orang tak perlu kipas untuk naik pangkat.WTH? .Ini bukan kipas tapi pendekatan psikologi menawan hati demi kesejahteraan masa depan.
 Ini adalah kerana boss jualah yang menghantar kita berkusus menggunakan duit jabatan-tanggung makan dan tido di 4-star hotel sambil berjalan-jalan di tepi pantai waktu senggang.Takkan sekartun rokok atau sepaket ferrero Rocher pun tak bagi?Orang berbudi kita berbahasa kan?
Rokok adalah satu pemberian yg bagus sebab Bos takyah nak beli rokok seminggu dan percayalah dia akan rasa syukur ya amat sebab tak end up buy packet of cigarette everyday.(save RM10 tu..)
Biarpun kadangkala bila tengah angin tu, ko wish dia mati cepat akibat kanser bagi membolehkan ko cepat ganti tempat dia tapi still dia akan cukup menghargai rokok tu.So it should be yes yes.
Kalau Boss lebih kaya dan pangkat Dato'-nak best atau lebih standard, sila beli cigar.(Beli benda ni buat aku rasa cam jutawan mafia Itali yg hisap cerut Havana club.)macam2 jenis ada.yg gulung sendiri tobacco pun variety jugak.

Kalau yg melancong sendiri,sila bawa balik ole-ole kepada penaja anda.Tak kira diri sendiri,atau kepada along yang memberi pinjaman cekik darah.

Langkawi terkenal sebagai pulau bebas cukai-pinggan mangkuk,rokok,coklat perfume,cigar,arak hatta kereta pun kalau boleh kita nak beli dan bawa balik kan?

Sebagai seorang blogger yang bertujuan murni nak bagi info-info bombastik,maka dengan ini aku menyenaraikan beberapa ole-ole yang harus dan WAJIB dibeli jika ke pulau sumpahan Mahsuri ini.
Kalau tak,kau boleh dijatuhkan hukuman 'pasni jgn hantar dia pi kursus lagi' atau lagi sadis  'kedekut nak mampus,coklat sebiji pun takleh beli?'.Diorang ni bukan kira yang aku adalah seorang pekerja cemerlang yang tak melencong,aku pi kursus semata-mata bukan pi shoping,cewahhh.

1.Coklat
Pesanan aku-kalau nak beli coklat,untuk yg terdekat,belikan coklat imported.Belgium chocolate pun ada,italian pun ada.Yg popular kisses,hershey's (tah betul tak ejaan),ritter sports,ferrero rocher dan sebagainya.Sebab kalo nak setakat beli cadbury,kat memana tempat bukan bebas cukai pun boleh..tapi sebab sini takde tax,beli lah yg sedap dan mahal sikit.Tapi campur jugak dgn local product untuk diberi kat pejabat,menangislah kan kalau semua imported.
Beli setakat buah tangan dan untuk dirasa bukan untuk dibelasah.Lainlah kalo kirim dgn duit..ni kirim dengan air liur..berpadananlah.Harga bawah RM10 ada,belas-belas pun ada.
Untuk coklat,HIG lebih murah rasanya dan more variety.


Coklat yang pelbagai jenis..yg sedap tu,yg color putih,disalut dgn coconut flake,Raffaello..heaven!
Ni kira baru 1st day beli,lum campur last day lagi


2.Kain Batik 

Untuk kain batik pula-ada macam-macam jenis.Mami jarum,Tiga Serangkai,Daun Dewa tah pape lagi.Penah jugak tengok kaum lelaki pilih kain batik,mak oiii punyalah lama..sat amik,sat letak,sat tukar,..pengsan.Sapalah yang dera dia utk beli banyak-banyak kain batik tu.Harga dalam RM8 atau RM12-13  tengok kualiti dan bidang besar/kecik.
Kalo kain pelikat pulak,ada gajah duduk,gajah berdiri dan macam-macam lagi.
Sila beli kain batik di sini,sgt popular

3.Ikan bilis 
,Ikan bilis boleh dibeli dikedai depan hotel Bella Vista tu,harga competitive.Harga dalam sekilo RM22-26 camtu

Ikan bilis,product Langkawi.





4.Rokok
Rokok pun ole-ole yang bagus walaupun kadangkala rasa itu macam nak doakan penerima mati cepat.Ohh,perokok memang berkeinginan nak mati cepat,kalo tak tentu diorang dah lama berhenti merokok,lagi bak kata ramai perokok 'nak mati kat memana pun boleh bukan sebab merokok '.Jadi silakan hadiah rokok berkartun-kartun semasa ke Langkawi ni pada mereka.
Tapi yg aku selalu perhatikan, kaum hawa ni,bila beli rokok manjang kena datang kedai tukar balik sebab tersalah beli jenama rokok.Dah tu,Dunhill,Winston,Marlboro warna merah kotak dia sama jek..
Rokok harga dalam RM59,69 satu kartun(ada 10 paket) ikut jenama.Tapi rasa tak sama cam di semenanjung sebab takde filter kot,strong flavour -ni org lelaki bagitau,sebab aku baik hati maka aku beli rokok untuk bagi staf mati cepat.Tiap kali ke Langkawi,itulah souvenir aku kepada diorang.Hah,bagus tak dapat bos cam aku ni?





5.Pinggan Mangkuk,Periuk belanga,sudu garfu dan kawasan yang sama waktu dengannya
Bagi penggemar pinggan mangkuk lak,ehemmm jangan pitam hoh kalo tengok set Noritake yang beribu RM tu..
Jadi,dengan bangganya aku bawakan picture set-set pinggan koleksi dari Haji Ismail Group Langkawi ni.Bukan senang nak amik picure ni...tapi aku curi-curi gak. Sila jangan saman aku dan mohon jadi folower aku sebagai token of gratitude.Harga dia ikut jenama dan set.
Pinggan mangkuk aku rasa murah sikit di Idaman Suri..tapi di Idaman Suri ni payah nak amik picture,dia terang-terang bagi amaran No Kamera Allowed.Lah,cam la pelanggan survey harga untuk buka business compete dia.Tak mesra alam langsung.Dia tak tahu yg blogger cam aku boleh increasekan sale dia dgn photo-photo product yg ada dikedai dia.(statement cam blogger glemer  ben ashaari tuh).
Lagi satu info yang aku dapat,Idaman Suri ni milik orang Indian Kristian..atas bangunan tu ada gereja.Dan syarikat ni juga merupakan penyumbang utama dana pengerakan kristian di Malaysia dan dimana-mana yg dia suka nak derma (dgr org langkawi bgtau).
Jadi,pilihlah mana ko nak beli?pada aku tentulah Haji Ismail Group.Dah le orang kita,harga pun lebih kurang je.Tapi kalo korang jenis tak kisah,suka nak menguntungkan bangsa lain,silakan beli.Walaupun org kata kat HIG ni crowded,sesak dan Idaman Suri lebih lapang tapi tak guna semua tu..nak beli sikit-sikit boleh la.kalo ratus-ratus tu baik pi kayakan Haji Ismail.
Lagi pulak,barang kat HIG lebih berkualiti dari Idaman Suri ni.(Idaman Suri ada kilang kat China ok,kayakan dia?)

pitam woh tgk harga dia




Fanatik pinggan mangkuk,best tak kalo pi kedai HIG ni?


6.Perfume/Minyak Wangi
Perfume boleh juga dibuat ole-oleh utk yang tersayang.Di plaza Langkawi ada satu kedai melayu yang jual perfume original cuma harganya kurang sebab dia reject packaging.Try dulu test perfume kat sini,harga 1/2 price.Gucci flora 150ML yamg biasa RM300 tu boleh dapat RM150 disini.(adik salesgirl tolong bagi diskaun 90% sebab I dah tolong promote,i lovee Gucci Flora)


7.Arak/Liquor
Arak?memang murah,yang non muslim sila beli banyak-banyak tapi jangan bawa keluar pulau.
 liquor ni murah  tapi tak teringin aku nak pi menengok harganya.Ada juga tau manusia pesan kat aku Jack Daniel tapi tak sanggup gua,kang tak pasal feri nak balik karam,sia-sia aku mati.

8.Beg dan trolley travel bagBeg tarik atau trolley travel bag sangat murah di sini.Bermula pada harga RM29.90,39.90,49.90 hingga riban-riban,memang berbaloi beli untuk kegunaan balik kampung dan berkursus.Tip aku,masa pi bawa bag yang kecik je,sampai sana beli bag baru dan bila balik,balik dengan beg baru.Rugi wooh kalo tak beli beg nih sebab kalo kat Semenanjung,trolley bag yang kecik pun dah RM80 atau Rm100.Beg cam kat bawah ni baru RM40 tau.


9.Minyak gamat,bam gamat,bedak sejuk gamat dan kawasan yang sama waktu dengannya.
Ada yg 12botol RM9, atau lebih mahai.Ok la beli minyak gamat,memang berguna bg darah berhenti cepat bila luka.


10.Kereta ,(jangan marah,saja nak tambah item..)
Kereta of coz murah tanpa cukai.Jadi kalau nak bawa kereta balik sebagai ole-ole sila sediakan berpuluh ribu RM untuk permit ke semenanjung.

Cuma disini mungkin harga makanan mahal sedikit,start dari Kuala Perlis dah agak mahal RM3,4 dari harga normal.Start di Kuala Perlis pun harga dah cekik darah especially time holiday.

Itu saja entry aku pada minggu ni.Sekarang gua sibuk gila sebab tengah conference kat Langkawi ni.
Tapi gigih juga nak post entry sebab cuti sekolah ni ramai yang akan membanjiri Langkawi ni.

3 comments:

  1. Replies
    1. Beli kain batik kat area pekan Kuah..dekat Bayview tu.Ada byk kedai..HIG,dan kedai yang berderet tepi jalan tu.

      Delete
  2. nak cokelat langkawi ? meyh beli online di page fb kami https://www.facebook.com/kedairuncitonlinecokelatlangkawi

    ReplyDelete