Teater Muzikal Rubiah/kaitan lagenda makam anak dara

Teater ni berdasarkan kisah Makam Anak Dara yang menjadi lagenda di Kuala Selangor.
Cerita eksentrik di Kuala Selangor disusuli dengan kisah Makam Anak Dara.

Menurut versi cerita daripada Muzium Sejarah Kuala Selangor dan cerita lisan orang kampung, seorang anak dara yang warak dipaksa berkahwin dengan seorang pemuda walaupun dia tidak bersetuju.
Gadis itu dikenali dengan nama Siti Rubiah. Siti Rubiah tiba-tiba ghaib pada malam pernikahan.
Jelas Harun, kerana jasad Siti tidak ditemui, sebuah kubur dibina oleh ibu bapanya bagi memperingatinya dan ia digelar Makam Anak Dara.
Penduduk tempatan yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan Siti Rubiah dan dikatakan seorang gadis yang cukup cantik dengan rambutnya panjang melepasi bahu.
~Kosmo




Sinopsis:
 Rubiah dalam teater ini disifatkan sebagai seorang gadis yang khatam Quran, mempelajari hukum hakam, mencintai keindahan alam dan bertugas sebagai guru Al-Quran. Bahkan perwatakan ini di modifikasi serta dikembangkan bukan saja solehah, malah cantik jelita, bersuara merdu dan mempunyai kisah lahir yang tersendiri.

Rubiah bukan gadis biasa. Anak tunggal Pak Tuan dan Mak Tuan ini bukan saja disayangi kawan-kawan malah merupakan kebanggaan Desa. Mak Alang sudah lama berhasrat menjodohkan Rubiah dengan anaknya, Alang. Demi untuk menyunting Rubiah, Alang keluar mengembara mencari bekalan hidup. Malangnya ketika bermain di tasik, Rubiah didatangi lelaki misteri, Daeng bersama rakan-rakannya
dan kemunculan lelaki misteri itu adalah satu watak yang unik yang mengkagumkan dan menyenangkan Rubiah.

Begitu juga dengan usikan Daeng telah memaksa Rubiah bersumpah, “Walau sejuta gordang sembilan kau palu, aku bersumpah tak akan menari, sirna jasad ku di muka bumi.”
Sumpahan itu membuatkan Daeng tercabar dan utusan merisik segera dihantar. Pak Tuan menjadi serba salah tetapi Mak Tuan terus menerima dengan rasa bangga.

Dengan kekuasaan Tuhan, pada malam pertunangan, tiba-tiba guruh berdentum, kilat memancar keadaan menjadi gelap gelita, Rubiah di dapati hilang. Cuma selendang dan cincin pertunangan sahaja tertinggal di atas sejadah. Kesedihan Rubiah lenyap pada hari pertunangannya ketika cincin baru sahaja disarungkan ke jarinya.


~Overall,its an entertaining.Cerita yang menyayat hati..susunan muziknya sangat best.
Suara penyanyi muzikal ni memang superb.

No comments:

Post a Comment