Tuesday, November 13, 2012

Taman Tema Legoland Johor Malaysia

Entry ini adalah hasil percutian ke Legoland Malaysia yang terletak di Iskandar Malaysia,Nusajaya Johor.Pertama di Asia,bangga pasai depa pilih Malaysia utk buat projek ni.So tak perlu pi Europe untuk melawat lego-lego ni semua.
Kawasan ini sangat strategik kerana hanya taman tema ni la yg ada ditengah-tengah bukit-bukau.
Motip??jangan ko cari pasal bawa keta yang dah uzur kesini.Tak pasal kalo rosak jenuh nak on tow.atau jgn cari pasal gaduh dgn bf/gf dan halau dia turun keta kat area ni.Jd pape ko tanggung.ladang sawit kiri kanan.
Kat sini juga rasa lapang sebab tiada  deretan commercial lot atau kedai makan/gerai yg sesuka hati dok jual tepi jalan tanpa lesen.




images-google
tiket dewasa RM140 sehari/promotion RM96
Children RM110 sehari /promotion RM70
Disini terdapat 7 zon utama.Iaitu Beginning,Lego technic,Lego City,Land of Adventure,Lego Kingdom,Imagination dan Miniland.Aku pi time cuti sekolah dan /deepavali,hadoi,harus la berebut nak naik pape ride.
Mula masuk tu,tengok replika dia dulu..banyak replika dari lego ni,dan luas.Kira puas le nak bergambar.Harga tiket sila rujuk images kat ats.
Dari parking keta,kena jalan dalam 200meter agak-agak untuk masuk ke sini.So terus pi kaunter beli tiket.Then,dicadangkan makan dulu di food outlet depan Legoland ni,ada KFC,Burger King dan byk lagi.
Lepas makan baru masuk ke dalam ni ye..sebab dalam Legoland ni sebotol Coke 240ml pun dh RM6,air mineral 500ml dah RM2.50, kalau makan burger dalam RM22 lebih kurang (* kalo ko byk duit takpe,teruskan.aku saja bgtau utk golongan marhean cam aku ni*),sebab bila dah masuk kenalah mkn apa yg ada kt dlm tu.Takpun beli la air mineral ke,roti ke bawa masuk.Diorg tak check pun bag masa masuk.At least dah save disitu dari asik-asik beli air.Dah dahagakan jalan jauh...luas gila kawasan dia,sakit kaki nak tour tu.Anak mesti kejap-kejap nak air.
Masa entrance tu ada orang akan scan tiket tu.Takde headband ke,waist band ke,wristband ke sebab nak masuk ni dah kena lalu palang besi.Jadi bila dah masuk terus boleh main pape je.Suka hati ko la senah nak feeling-feeling Kareena Kapoor dok depan Taj Mahal ke,nak nek roller coster naga ke,atau nak lompat tangkap buaya lego dlm tasik nun.
Disini ada kedai Legoland tapi harga sendiri mau bayar.Sehelai t-shirt paling murah RM60-70.Keychain dah berbelas-belas.*nangis darah,kengkawan maafkan I sebab tak beli buah tangan utk u olls..*
Bagi aku la,kawasan dia cantik,byk pokok bunga unik dan lanskap yang menarik.Dan dia takde nak tanam bunga plastik ke apa (cam kat Genting yg tepi eskalator tu aku siap pegang rupanya bunga plastik,hampeh nak jimat),bunga real tu,cantik dan subur lak.(peringatan-kak kiah yg suka bercucuk tanam,jgn sampai kidnap  pokok ni bawa`balik umh k,tak berkat)
Ok,hentikan karangan SPM yang membosankan nih,jom lyn gambar.
pintu msuk..kena jln jauh gak..ank kecil baik bw`stroller

kaunter tiket,panjang gila kena beratur
yang ni deretan food outlet depan pintu masuk legoland.Sila makan disini dulu sebab harga dia standard seperti diluar.kalo ko duit berguni takpe ko mkn je kat dlm Legoland tu
makan je burger king,senang dan satu set.

lepas entrance legoland-ada ATM,guest service counter,lego shop,cafe',mini market

masjid putrajaya
taj mahal

bersedialah untuk basahhhh



lost kingdom-adventure


anaksendiri jd model,takpalah kan???kot ada yg berkenan nak pnggil casting *sila muntah hijo*
Cik Zirafah ni kaki terkangkang pesal?nak teran beranak ke?
buhsan gila beratur tunggu nak nek benda alah nih,cam menara Tamingsari kat Melaka tu,aku dah penah nek,saja gateii nak naek lagi
 haruslah ada adegan yang tak ingin ku lihat begini:

Pasal ride,segala tu boleh je check kat website.Ride sama macam genting gak..cuma tak sebegitu advance cam genting.Sebab ramai sangat orang,aku malas nak beratur jadi aku naik 4,5 ride saja.nyesal pi time ni,nak dapat naik semua ride pun seksa.rugi masa.dah le tiket mahal..
Lego kingdom
di lego kingdom

antara menu yg ada


ni utk seating dia buat style macam German beer festival tu




Kat sini juga ada Lego City Stage,yang dia buat persembahan live 5 akrobatik menari nyanyi tu..tah tak pasti apa show tu.Ada 4D cinema jugak.
Overall,aku puas hati.Dan kalo ada kekurangan tu boleh dimaafkan sebab dia baru je beroperasi.Yang pertama di Asia,jadi disini macam-macam loghat boleh dengar.Indon,Hk,Vietnam,China *cess,cam ko paham?*dan ramai mat saleh aku suspek dari singapore datang enjoy disini.
Kemudahan semua superb,surau,baby room,baby care centre,stroller rental,wheelchair dan ATM.Kalo taknak nyesal cam aku,pi lah time low season.Semua benda boleh rasa dan main.
Sekian laporan.

2 comments:

  1. Salam. Mari menginap di Sufie Homestay Johor yg harga sgt berpatutan dan hnya 20min shj ke Legoland. Layari blog untuk maklumat lbh lanjut http://sufiebiz.blogspot.com

    ReplyDelete