Saturday, January 12, 2013

Cara memohon tourist visa ke India

kashmir valley

Tahun ni,kitaorang akan berbackpack ke Kashmir.Sebagai persediaan,maka visa perlu ada untuk melawat India.
Sebenarnya leceh jugakkan nak pi India ni?kena visa bagai sedangkan kalau pi Europe pun Malaysian tak perlu visa.Dh tu mahal la jugak berbanding negara lain.
Kadangkala geram juga,pelancong atau pelencong(Datang malaysia tak balik-balik) yang datang Malaysia senang-senang je just isi visa on arrival untuk datang sini..Sedangkan kita nak pi negara depa punya payah,kena visa dan bayar mahal.Sebab tu salah satunya Malaysia ni banyak sangat pendatang yang tinggal melebihi tempoh sebab undang-undang kita pada pelawat longgar.tak perlu visa,tak payah bayar dll. (terutama pompuan dari China yg jadi GRO disini,mat afrika rekrut keldai dadah,pengedar dadah timur tengah,call girl dari Eastern Europe).

Tiada satu pun blog yang beri panduan yang betul-betul tepat bagaimana nak buat visa ke india.Semua yang diberi adalah panduan yang semua orang boleh tau dari indiavisacentre website.Hazabkan nak cari??
Hasilnya aku kena denda rm20 sebab salah isi borang permohonan.Sebab masa submit tu dia check dan  bagitau kita salah isi form tu,kalau nk isi sendiri ambil balik.Kalau tak,denda rm20 dan diorg tolong isikan.Jadi dah sampai takkan ko nak patah balik pi internet cafe print?atau nak balik ofis semula dgn jln jam,cari parking susah bagai?Sebagai blogger yang memahami masalah camni,maka aku buat entry pasal cara nak mohon visa ni yang mana ada bahagian nak isi tu buat kita ragu-ragu.Supaya pembaca tak perlu kena denda macam aku sebab salah isi nama dalam form.*sila tepuk tangan dan tabek pd saya*

Untuk visa ni bayarannya dalam RM168 cmtu lebih kurang,campur denda dah nak dekat rm200.Jadi bersedialah.
 Aku apply tourist visa dan masa yang diambil untuk proses lebih dari 3hari biarpun dlm website ckp proses 3 hari je.Oleh itu mohonlah awal-awal dan jangan last minute.
Proses dan procedur buat visa ke india:

1.Buka website www.indiavisacentre.com.my.http://www.indiavisa.com.my/malay.php
Baca panduan untuk malaysia passport holder.Dan buka website https.//indiavisaonline.gov.in/visa/
Diwebsite ni ada form untuk apply online form.
https://indianvisaonline.gov.in/visa/indianVisaReg.jsp

Bila kita dh isi online visa ni,dia akan auto filing borang semasa kita nak cetak borang.So masa hantar tu serah borang permohonan visa ni,passport,gambar dan duit bayaran visa.

ni contoh onlie application

ni borang permohonan visa tu.gambar tak perlu lekat,serah je kat kaunter 2keping dgn borang.Juga tandatangan dibawah gambar dan dibelakang borang
Cara mengisi borang permohonan online:
Seeloknya sediakan semua dokumen sebagai rujukan seperti no.passport,tarikh tamat,alamat di India,alamat rujukan waris siap-siap sebelum mengisi dan lain-lain..dia akan minta alamat ke india nanti.Jika tourist,letak alamat hotel yang nak menginap.
Banyak detail kena isi dan antaranya tanda lahir (visible birth mark),jika ada letaklah.Jika tak,taip je none.

Yang buat permohonan ni,selalunya akan salah adalah surname dan given name.Sb kita ragu-ragu nak letak bin ke binti.
Bagi nama,contoh Ali bin Ahmad-cara mengisi  ialah:
Surname : Binti Ahmad
Given Name : Ali
Surname,nama keluarga dan given name nama kita.Masalahnya aku tak letak binti,jadi tu pasal kena denda.Dan tiada satu blog pun terangkan kesalahan ni.Atau adakah aku seorang je yang tak reti isi dan tak pasti binti kena isi ke tak.Ye lah,blogger lain semua dah terrer kot sb selalu pi oversea jadi depa tak highlightkan isu ni.
Tapi,aku rasa ramai yang masih taktau sebab kita selalu pergi ke negara yang tak perlu visa je.

 Kemudian port arrival,port depart.Yang kat airport mana kita tiba di india dan kat airport mana kita berlepas dari india nanti.Kemudian,nationality kita,adakah oleh kelahiran atau naturalization (macam jus soli tu),jd isi yg by birth tu la.

2.Then,gambar.Sediakan gambar 2x2 inci dan latarbelakang putih.Senang je kan.Bagi yang nak guna kekdah upload photo ke dalam form pun boleh (hardcopy kena ada gak).Tapi kalau tak,sediakan hardcopy je.

3.Travel itenary.Sediakan roughly itenary.
Contoh,:
Day       Tarikh           Location           places of stay
 1         27/3/ 13        Pahalgam          Beach house pahalgam

Masukkan je sightseeing ke,touring srinagar ke hapa.
Tapi yang ni sediakan standby,ada yang kaunter tak ambil pun itenary ni.

4.Yang lain-lain tu isi macam biasa,rujukan sedara,nama dan alamat majikan serta nama parent.
Alamat di india guna alamat sedara-mara/kawan yg nak dilawati disana atau guna je alamat hotel disana.
Ni sebagai reference je..tapi dia memang alamat lengkap dan no telefon.Aku belasah je amik alamat hotel area yang nak pi tu kt TripAdvisor.padahal bila sampai dok hotel lain.

5.Kemudian hantar borang tu secara online.Permohonan kita akan diproses dan salinannya akan dihantar melalui email kita.Jadi lepas hantar borang tu secara online,ia akan auto generate berserta no.permohonan dan bar code.Download dan print borang tu.
Seterusnya serahkan borang permohonan tu,gambar 2 keping,passport ,salinan passport (diorg boleh buat tapi kena caj)dan wang bayaran visa dikaunter .Perlu sign dibawah gambar dalam borang dan bahagian paling  bawah borang macam biasa.Dah selesai.
Kaunter permohonan visa India di Malaysia ada 3 kawasan iaitu di :
-Kuala Lumpur
-Pulau Pinang
-Johor

Di Penang,India Visa Centre terletak di Lebuh Chulia.Kalau jalan di Little india tu,jalan terus je melalui kuil tu akan nampak Kapitan Restaurant dan situlah Lebuh Chulia.Dekat Kassim Mustafa tu.
Kalau tak bawa gambar,boleh je amik gambar dikiosk dalam pejabat india visa ni.(caj RM10 for 4pcs)
Petugas kaunter akan bagi tarikh bila boleh collect visa ni berserta resit.Serahkan resit masa nak collect passport tu.
So bila datang collect,visa tu kita tengok telah ditampal dalam passport kita.

IVS di Lebuh Chulia Penang
Oleh itu,selamat memohon visa dan bila dah selesai..lega....

30 comments:

  1. Wuweeeee! Jalan-jalan makan beriani kat India ke? Wah, bestnye! Jangan lupa stori mori naa.

    ReplyDelete
  2. Yey!

    Akhirnya..jakun nak mampuskan?padahal baru nak pi India,kiki
    Don't worry baby,sah-sah akan masuk blog pasal Kashmir backpack ni.
    (blogger takde cite len,tu je cite yg ada).
    Anyway gambo patinpasta blog yang pi Francia tu sangatlah awesome!
    Gunung ganang dan rumah dikaki gunung.

    ReplyDelete
  3. Kashmir Tourism:- Gulmarg is a well known hill destination in Baramulla district of Jammu and Kashmir. It is also referred as the "Meadow of Flowers" for having colorful vivid flowers in spring season. Renowned for natural beauty and adventure activities, Gulmarg is a perfect summer retreat for domestic and international tourists. Located at a distance of 56 km from Srinagar, this beautiful valley is easily accessible around the year. It lies close to the Indo-Pakistan border line in extreme north western part of India. Perched at a height of 8825 feet from sea level, Gulmarg offers panoramic views of snow capped peaks of Mountain Apharwat and its legendary scenic beauty of surrounding valleys. Hilly slopes varying between 8,700 and 10,500 feet make Gulmarg one of the highest skiing resorts in India. book your budget hotels in pahalgam and enjoy your holidays.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..sy nk tny yg utk visa tu,dia ckp kna ad jurang 60 hri tu mcm mna?sy xfham..hrap boleh jelaskan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya selepas keluar dari India,untuk masuk balik kesana perlu jurang 60 hari.Contohnya,keluar dari India pada tarikh 1.6.2013.Anda hanya dibenarkan pergi semula ke India selepas 1.8.2018 (iaitu selepas 60 hari).

      Delete
  6. Oh mcm tu..thanks for the info :)

    ReplyDelete
  7. Salam. Saya nak tanya saya pergi ke India akan tiba di airport Kolkata. Hanya transit. Kemudian akan ambil domestic flight ke Delhi dari situ. Jadi saya nak tanya bagaimana untuk isi borang visa? Saya pergi berjumpa kawan dan melancong. Saya pergi seorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm,
      Isi borang visa landing di kolkata.Port arrival kolkata,port exit dimana?delhi ke kolkata?isi dimana.Pastu places visit tu letak Delhi.Dia tak kisah kita transit ke apa,yang penting lepas tu kita masih ada dalam India.

      Delete
  8. Nurul Hanas,isi port landing-Kollkata.Port Exit-New Delhi.Dan places visit,Delhi dan alamat hotel kat sana.(letak je mana2 hotel area Delhi@alamat rumah kawan yg nk dilawati tu,dia buat syarat je).Good luck and happy travelling.

    ReplyDelete
  9. askm sis, tqvm for the info..ianya dah membantu akak isi online form apply visa to india

    ReplyDelete
  10. Salam Aza,
    LAMA saya tak datang sini. Pekabo?
    Aza tarak insta ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm Aida..
      Alolo rindunya..mana pi..dok try masuk patinpasta tak dapek..kesian eden ni haa..dok merenung blog tu sampai beku.Saya sihat sejahtera..Aida cemana?
      Tarak insta la pasai kongkang Malaysia,bukan kongkang malaya dok sepanyol tuh.

      Delete
    2. Waaaaa akhirnye! Ingatkan Aza dah lupa saya. Saya pon terlupa saya logged dengan nama Kongkang Malaya, so tak de perkenalkan diri ke hapa (awat tetiba skema nih). Hehe!

      Awat tak pakai instagram?

      Delete
    3. Ishhh Aida,
      Mana leh lupa,tak kenalkan diri pun sudah ku tahu..hanya kongkang mengenal spesisnya.

      Ish kalo pakai insta,agak-agak ada ke orang nak tengok?

      Delete
    4. Haha! Nasib baik spesis saya masih kenal saya. Gen kongkang menyerlah kuat sangat la tu.

      Ish.. soklan apa tu? Gerenti la ada orang nak tengok. SAYA!

      Delete
  11. salam. nak tanya nak tanya yg reference name & address in india kat form visa ni saya nak bubuh nama siapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm,
      Letak je nama hotel dan alamat guest house yg kita nak stay,tapi jika kita tak jadi stay situ pun takpe.
      Dia sekadar nak reference tapi alamat bandar biarlah betul di bandar yang memang kita akan lawati.

      Delete
  12. Assalam Aza,

    Tqvm for the info.. banyak membantu saya untuk isi online form visa to india. Dok tercari2 info & terjumpa blog Aza ni. Nice blog.

    ReplyDelete
  13. Salam sis, kalau kita fillup online n submit skrang then bulan depan baru print n g ke visaindia ofis hantar n byr fees nya xpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zani,

      Boleh rasanya.Sebab dh ada no.application tu.

      Delete
  14. Assalam...pasal gambar 2x2 inci tu, memang kene gambar 2x2 inci ke? sbb kalau gambar passport 1.5x2 inci, so memang kene print gambar 2x2 inci ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Wkslm,
      Itu syarat yg diletakkan oleh kedutaan India utk permohonan visa.Dalam borang memang dah state macam tu, terpaksa ikut

      Delete
    3. ok...TQ for you info,,,dah berjaya submit semalam :)

      Delete
  15. ada pun http://sharul.blogspot.com/2012/10/permohonan-visa-ke-india.html cik kak oi.

    tunggu mine 2014 lak nanti = https://twitter.com/nikahsiam/status/468631636033011712

    anyway, thx 4 share ur exp though :D

    ReplyDelete
  16. sis, visible identification mark tu mcm mana eh, hope leh reply asap..

    ReplyDelete
  17. Nurul,

    Apa-apa parut yang jelas.Macam jika ada bekas eksiden ke apa.kalo sikt-sikit tu tak perlu letak.Yg kat muka tu penting sb nampak.Macam sy ada bintik hitam kat muka (keturunan mat slaeh,hehe) takyah letak.

    ReplyDelete