Friday, March 29, 2013

Cara mendapatkan tiket flight murah ke India/Kashmir

Ini adalah sedikit panduan mendapatkan tiket penerbangan yang boleh dikira murah
dari Malaysia ke Utara India. India ni sangat luas,tak larat nak travel by bus or train, so flight menjimatkan masa dan tujuan adalah nak golek-golek atas salji di Kashmir bukan nak jelajah India.
Jika mengambil penerbangan terus KL-Srinagar, harganya mahal iaitu sekitar RM2700 keatas dengan Jet Airways dll. Mahal bagi aku. Masa Air Asia flight ke Delhi memang murah, sekarang takde lagi yang murah.
Jadi ada yang cadangkan alternatif fly ke Singapore dulu, melalui New Delhi dan byk lagi alternatif. Bagaimanapun masih mahal sekitar Rm2200 camtu. Nehi,nehi.
Jadi pilihan yang ada dan paling murah adalah terbang dengan connecting flight atau hop in flight.
Caranya ialah:

1. Cari flight Air Asia dari KL-Kolkata. Harga selalunya dalam RM700-800 return.(termasuk makan,baggage dan semua sekali. Tak ambil food lagi murah dalam rm600)
Delhi from top

2. Dari Kolkatta ke Srinagar, ambil syarikat airlines india. Macam aku, ambil Indigo Airlines.
Ambil Kolkata-Srinagar return, harganya kalau tempah awal dapat murah dalam RM700-800.
Buat tempahan di website makemytrip.com. Senang dan murah dari website lain.

Jadi  untuk kedua-dua airlines dapat lah bawah RM2000.00. Masa aku tempah aku dapat harga dalam RM1700 seorang untuk KL-Kolkata-Srinagar dan return. Masih murah dari ambil direct flight. All in.
Cuma tido di airport sementara menunggu flight seterusnya satu kemestian.
Aku terbang KL-Kolkata petang, sampai ke India jam 5petang cmtu. Kastam dan check-up bagai mau pukul 7 baru siap. Jadi malam tu, tido di airport sebab pagi esok kul 8pagi nak catch flight Kolkata-Srinagar.
Jadi rugi ambil bilik hotel sebab dok kejap je, kul 5pagi kena gerak ke airport dah. So buat cam gelandangan la kan, tido kat airport.Kata nakkan adventure?

3. Masa balik pulak Srinagar-Delhi-Kolkata. transit kat Delhi 2 jam. Ada yang transit atau layover lama di Delhi (22hrs) boleh la nak jenjalan disana. cuma yang lecehnya bila dah keluar airport ni payah nak masuk balik...kastamnya strict sikit (banyakkkk). Jadi aku ambik transit yang 2jam je. Takyah berangan masa transit tu nak pi Taj Mahal ke apa, tak sempat ok. Dgn jln jam, Taj Mahal dah tutup waktu petang pun.
I have to save my ass.

Jadi tiket flight bejumlah RM1700-RM1800 seorang. Berbaloi kan dari ambil direct flight. Ini backpacker style ok,bajet adalah tight dan fight. Sebenarnya kalo tempah awal leh dapat lagi murah dalam Rm1400-1500 tau. Return.

So bajet untuk backpack ke Kashmir dalam RM3000/pax. Tolak flight tiket RM1700 (kalau tempah awal dapat dalam RM1400 je), ada lagi RM1300 belanja. Rm300 sila tolak untuk buat visa (RM170), beli barang keperluan lain dan bas ke KLIA.
Jadi belanja sebenar bila sampai ke India adalah RM1000, ada berani tak?
Pada aku cukup dah tu untuk 2 minggu backpack jika share dgn travelmate hotel, taxi dan servis lain. Yang ni tak temasuk duit shoping. India masih dikira murah kos hidup, dan halal jadi bab makan tu tak perlu ikat perut. Hotel pun masih banyak yang budget hotel. Dan hotel dia rate sekitar 500rp-1000rp  iaitu RM28-600.
Murah, share lah dgn travelmate, memang menguntungkan.
security stampfor hand luggage



Delhi airport

p/s-now i'm at Kashmir..will blog about Kashmir soon..

UPDATE: Malindo Airlines dah buat pernerbangan ke Delhi. Lagi murah dan mudah. Caranya amik tiket KL-Delhi dan di India amik tiket Indigo airlines (boleh tempah di makemytrip web) dari Delhi ke Srinagar. Tempah awal mungkin dalam RM1000-RM1200. Memang jimat.

18 comments:

  1. assalam sis bulan 12 thun dpn st nk honeymom ke sana..igt nak pergi berdua sja..xbahaya ke kami dua org je ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm...tak bahaya bagi saya cuma sentiasa alert dgn keadaan semasa

      Delete
  2. pegi sana kna dptkan agent ke mcm mna tu sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi sendiri dan survey sendiri..tak semahal agen

      Delete
  3. assalam. kalau tiket KL-Delhi around 1200 return tu kira murah ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm..ya kira murah sebab travel hours lebih kurang 5 jam..macam pergi Perth

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. salam kak, visa melancong,biasanya utk brapa lama? n brapa hrga? trima ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Visa Pelancongan - RM 161.56 sah utk 6 bln

      Delete
  5. assalam, saya tak pernah flight ke mana pun seblm ni.blh saya tahu maksud *return*.
    haruskah saya membeli tiket untuk balik atau rm 1200 tu termasuk harga pergi dan balik.
    terima ksh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Return bermaksud tiket pergi balik..jika tiket return makna dah termasuk pergi dan balik, jika one way bermaksud tiket pergi shj

      Delete
  6. Air asia 600 lbh.. lps tu dri delhi ke kashmir xde ke others transportation mode sis? Mcm bus ke? Bru la dpt feeling2 travelers tu skit hehe... lps tu communication dgn local situ mcm mana sis? Ssh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rsnya dari Delhi ke Kashmir takde bus..tak check pulak. Nak feeling travellers boleh je, naik bas dari Srinagar ke Pahalgam atau Gulmarg.

      Delete
    2. Kalo train yg ada cuma dari Delhi ke Jammu je

      Delete
  7. Perkhidmatan pos antarabangsa paling murah!
    Gunalah Viabox. Antara kelebihan Viabox adalah 100% keahlian percuma, tiada caj pemprosesan dan tiada caj tersembunyi. Barangan anda dijamin selamat dan penghantaran dijamin laju. Maklumat lanjut boleh di dapati di www.viabox.com.

    ReplyDelete
  8. salam saya nk tanya klu KL-Kochi bole x pgi ke srinigar, bapa lama ye masa, plse advice
    sronok baca review awake tqsm:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm, boleh kalau dari Kochi ke Srinagar..tapi akan transit di Delhi..dari kochi dalam 4 jam ke delhi dan dari delhi dalam 1 jam setengah ke srinagar. Thanks singgah

      Delete