Saturday, September 7, 2013

Kos lepas kerana backpack dan isu backpackers vs flashpackers



Apakah keutamaan kita dalam hidup?
Semua orang nak rumah besar dan selesa. Kereta mahal dan mewah.Perabot yang berjenama dan keperluan seharian yang hebat.
Tetapi..sebenarnya apakah yang kita pentingkan?

Jika orang kaya, tak perlu nak kira semua ni kerana semua boleh dimiliki dan dibeli.
Tetapi bagi warga marhaen seperti aku, kena utamakan mana yang sangat-sangat diidamkan.
Untuk itu, jika kau seorang travellers, backpacker atau flashpacker sekalipun, kaki gatal nak kesana kemari maka kau akan rasa hidup kau seperti beggar. Itu pengorbanan demi mencapai matlamat nak ke suatu destinasi.

Hati gundah gulana jika tak pergi jalan-jalan selama beberapa bulan. Dok tengok langit biru dan awan,kau rasa, heh..bilalah aku nak naik kapal terbang lagi?
Jadi..ada orang suka menghabiskan duit berjuta untuk lengkapkan hobi memancingnya,atau beli seekor burung beribu ringgit sebagai koleksi..dan seseorang yang kaki berjalan pun begitu.

Kebanyakan yang kaki berjalan (yang berpendapatan suam kuku)  ni selalu pakai kereta kelisa atau kereta local,  pakai baju pasar malam,makan kat kedai tepi jalan dan sangat hati-hati untuk beli sesuatu yang sedikit mahal. Duit tu lebih baik simpan untuk beli tiket ketapi atau flight atau belanja semasa backpack nanti.
Masa tu dok fikir,huh seronoknya  Anthony Bourdain, Ian Wright yang dibayar semasa bekerja. Ughh.

-Isu lain,antara pelancong atau pengembara :

Ehh...jangan gaduh antara backpacker atau flashpacker, sama ada pergi ke tempat pengembaraan tu sekejap atau lama,hidup macam pengemis atau pelancong- sebab semua kita ada pengisian tersendiri.
Tak kisah sama ada ko nak pergi Paris semata-mata nak posing depan Eiffel Tower atau ko pergi Siberia berbulan-bulan hidup nomad -yang penting adalah pengisian diri kau sendiri.Walaupun ada quote begini:
~ ' The traveler sees what he sees, the tourist sees what he has come to see.'

Jadilah diri sendiri, jangan pedulikan apa pendapat orang yang konon backpacker tegar bahawasanya kau ni tak se'adventures' mereka. Kau bukan backpackers tetapi flashpacker, itu katanya. Mutekan ok. Kau adalah diri kau, buat apa kau suka dan dengan beraninya melalui semua tu.
Dan tak perlu generalized semua orang yang bercita-cita nak mengembara. Itu melancong bukan mengembara.Itu flashpack bukan backpack. Jika kau memang takde duit nak mengembara tapi nak jugak mencabar diri, silakan. Hidup seperti pengemis dijalanan dan menumpang kenderaan yang lalu lalang.The risk is yours and yours alone..mungkin kena tangkap dengan polis foreigner kerana tidur tepi jalan.

Atau kau nak keselesaan dalam kembara, stay kat B&B bukan hostel, makan direstoren, silakan. Kau ada duit lebih dan nak sedikit privacy, so apa salahnya?
Jadi sama ada aku seorang backpacker, flashpacker atau tourist bahkan traveller.. itu ikut suka aku nak letak mana kategori aku.

Dan jika pembaca sendiri nak judge aku bukan seorang backpacker pun..itu terpulang. Aku belum sampai tahap hard core backpacker yang sanggup tinggalkan kerja, tinggalkan segala untuk hidup dijalanan berbulan-bulan..belum sampai tahap sanggup hidup sekadar cukup makan untuk bernomad di negeri asing.
Aku ada komitmen hidup yang lain..yang mana aku kena jawab di akhirat jika aku tinggalkan.
Aku tak boleh ber backpack berbulan-bulan seperti orang lain.

Sebenarnya ko jadilah diri sendiri..buat apa nak impress orang lain dengan kononnya ko lah backpacker sebenar..nak brag tentang berapa ratus negara ko dah travel hitch hike dan sebagainya.
Jika itu adalah diri kau, buatlah..tak perlu nak pandang orang lain rendah.

Kau nak tido hostel atau hotel, nak makan mee maggi atau steak di restoren, nak naik bas tau train, ikut suka hati. Bagi mengembara ke negeri asing ni memang aku adalah tersangat cheapskate.
Selalu bawak brg makan untuk dimasak demi berjimat. Duit tu lebih baik buat bayar hostel.
Makan pun sekali je sehari bila aku dijalanan. Tiada istilah soping bagi aku kecuali di hari terakhir di jalanan. Bagaimanapun jika ko mampu..terpulang.
Asal bahagia sudah, itu motonya okeh??
Berleter pulak.

-Apa itu flashpackers -
Flashpacking is a term used to describe backpackers who upscale their travels. They travel with a backpack but they stay in nicer digs, carry fancy electronics, tend to be a bit older, have a bit more money to spend, and don’t cook in hostels every day. They are backpackers with means. This distinction has been around for a few years and, as I’ve traveled around this past year, I think is totally meaningless. In fact, I believe we have all morphed into a “flashpacker.” The old way of travel- a backpack, a few bucks, and a worn guidebook is well behind us.
travelers.http://www.nomadicmatt.com/travel-blogs/are-we-all-flashpackers-now/

-Dan Backpackers
Backpacking is a form of low-cost, independent international travel. It includes the use of a backpack or other luggage that is easily carried for long distances or long periods of time; the use of public transport; inexpensive lodging such as youth hostels; a longer duration to the trip when compared with conventional vacations; and an interest in meeting the locals as well as seeing the sights. It is typically associated with young adults, who generally have fewer obligations and thus more time to travel. They also have less money to spend on hotels or private vehicles. It may include wilderness adventures or be limited to travel within settled areas.-wikipedia

 http://www.bootsnall.com/articles/09-10/is-flashpacking-killing-the-art-of-backpacking.html


Eh terkeluar tajuk pulak aku ni. OK, sambung balik.
Sebagai manusia yang bercita-cita nak kembara sebanyak mana mungkin, maka aku pun hiduplah ala kadar. Jangan meratap ketika melangkah kaki masuk kerumah aku atau datang peluk aku kerana nak kongsi penderitaan itu, dan tak perlu buat muka sadis dan berkata 'berjalan kesana sini boleh,rumah dah macam reban ayam pun tak reti nak cantikkan rumah, labur duit?'

Jugak, jangan buat terkejut beruk bila pergi rumah aku, aku masih menggunakan TV zaman jepun, makan ala kadar dan toksah komplen bila aku hidangkan mi maggi cepat dimasak sedap dimakan. Tutup je mata bila tengok aku pakai baju bundle. Anything more than RM50 is damn expensive for me now.
Semuanya demi menjimatkan setiap sen untuk ketempat yang diidamkan.
Inilah kos lepas dalam hidup. Melepas sesuatu untuk memiliki yang lain.
Pejam mata kepada kemewahan kerana ia  bukan keutamaan.

 Jadi,  jika kau rasa nak pergi backpack, kumpul duit dan pergi saja. Kerana umur tidak menunggu kita. Aku rasa terkilan kerana sedikit lewat mendengar kata hati aku sendiri..aku leka meneruskan hidup. buat sesuatu yang lain tapi bukan backpack sedangkan itulah yang aku impikan dari remaja lagi.

Akhirnya aku buat resolution bahawa, aku akan kembara solo ke Eropah sebelum usia mencecah 40 tahun dan pergi backpack jika ada bajet. Dan duit pun tak masuk dalam simpanan bank sekerap dulu.
Dulu, aku terlalu takut nak backpack sebab nanti duit habis, membazir dan macam-macam alasan lagi.
Tapi semakin lama aku tunggu untuk jadi kaya..(dan tak kaya-kaya jugak jadinya), badan semakin tua..masa tu kau fikir..kenapalah masa muda aku tak buat begini? bila kaki tak larat baru nak berjalan tengok dunia.

Bila badan mudah lemah barulah rasa menyesal tak mencabar diri seawal mungkin. Jadi, aku tak mau begitu. Tunggu sampai usia tua, duit banyak tapi badan dah tak larat nak nek flight atau bawa beg berat-berat.
Tak boleh nikmati alam ciptaan Tuhan sebab jalan sikit, penat. Semua serba tak kena.
Ikut travel package pun asik komplen itu ini sebab ko dah penat, dah letih sebenarnya dgn usia macam tu. Yang takkan selesa berjalan jauh serta mudah penat.

Dan bila orang berkata 'wah, kayanya kau asik pergi backpack je'..ini adalah kurang tepat.
Kerana bukan orang kaya saja boleh keluar negara. Kau boleh..tapi mungkin kau lebih pentingkan TV Plasma 45inci, suka modified kereta habiskan beribu RM, atau setiap bulan beli baju-kasut-beg tangan MaNGo, Bonia, Coach-, maka backpack bukan keutamaan kau. Itulah kos lepas kau dan apa yang kau sanggup buat untuk mencapainya.

Tapi jika kau memang nak backpack juga, jika bajet tak banyak,pergi ke negara jiran dulu, mungkin Indonesia atau negara ASEAN. Ia juga akan buat kau berfikiran terbuka. Mungkin buat kau rasa bersyukur jadi rakyat Malaysia.Yang penting, pengalaman. Rome wasn't built in a day honey.

Tak dinafikan travel buat kau buka hati,  buka minda,buka mata,dan buka segala. but NO open s*x ok.
(ohh..aku rasa aku kuat mencarut sekarang adalah kerana terlalu banyak mengadap  blog AmirHafizi)

Dan kadang-kadang ia adalah kerana sesuatu peristiwa yang berlaku dalam hidup kau yang membuatkan kau tiba-tiba menurut kata hati. Yang penting first thing first.

 ~ 'Travel makes a wise man better, and a fool worse' -Thomas Fuller






No comments:

Post a Comment