Saturday, January 25, 2014

Island Hopping di Langkawi

Acara wajib ke Langkawi.Takkan kaum ibu nak shoping cekelat dan pinggan mangkuk je?
Aktiviti ni sesuai bawak anak-anak dan memang puas hati.Kat tempat lain ada ke? takde kan?(in north Malaysia i mean)
So haruslah join kan.

Harga untuk lompatan pulau ke pulau ni adalah RM35 dewasa dan RM25 utk kanak2. (ada yang rate lagi rendah..sila survey ). Satu bot dalam 10,11 orang.
Pulau yang akan disinggahi adalah 3 pulau yakni Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting.Tapi sebenarnya hanya 2 pulau je yang disinggah..lagi satu bagi helang makan,kejap je kat situ.Selalu operator bot akan bagi masa sejam di kedua pulau tersebut.Jadi dah dua jam disitu,lepas tu perjalanan dan loading penumpang katakan sejam..lebih kurang 3jam jugaklah untuk aktiviti ni.Memang lawa bila tengok pulau-pulau yang terbentuk dari laut ni.




Tips untuk island hopping ni:
-bawa makanan/air/tuala sendiri,
-pakai selipar@sandal yang selesa,
-takyah bawak beg berat segala..bawa brg yang penting je sebab nak jalan kaki sampai kat pantai tu jauh sikit dan haruslah ada adegan panjat memanjat masa kat Pulau Dayang Bunting
-pakai pakaian yang mudah kering ,takyah nak berjeans takut nnti basah lambat kering..tak selesa lak. Elok pakai cepat kering,nak berbaju surfing tu pun boleh..nak pakai seluar track n t-shirt lg senang..baju seluar yoga pun sesuai.Tapi kalo tetap nak vogue bajet retis ala mak datin,bulehh...risiko tanggung sendiri.
-Makanan bw dalam beg yang tidak lutsinar,takut en monyet nampak,nnti dia kejar.air semua letak dlm beg.

1. Jeti Island Hoping-terletak di kawasan pantai Cenang la jugak..dekat Awana Porto Malai tu.



Jeti untuk ke island hopping

2. Pulau Dayang Bunting. 
Di pulau ni kena jalan naik tangga sikit (banyakkk) untuk ke tasik air tawar yang terbentuk dalam lingkungan pulau tu. Boleh kayuh bot dan mandi kolam dalam tu, utk kanak2 kolam pun ada.kecik je kolamnya dan takperlu pakai life jacket. Banyak encik monyet, ada toilet dan cantik tasiknya.


banyak tangga harus didaki..semput la jugak..tp berbaloi


ini tasiknya



3. Eagle Feeding di Pulau Singa Besar
Tempat bagi makan burung helang.Tak beri makan pun sebenarnya.Ikut pada operator bot. Cuma bila bot berhenti disitu, burung helang akan datang mengelilingi bot. Memang terpegun jap tengok helang color oren,putih dan merah.Dalam 20,30 ekor jugak la.Selalu bot berhenti 10,15 minit disini.


4. Pulau Beras Basah.
Disini bot berhenti di pantai lebih kurang sejam dua. Memang lawa pulau ni,pasirnya halus dan airnya sangat jernih.Takde lumpur mcm keruh bila kita pijak tu.Pasir semata.
Ada yg snorkeling kat sini.Batu karang banyak terdampar ditepi pantai ni.
Disini takde toilet dan kemudahan lain. Air yg dijual ada la,tapi tak pasti harganya.
Sejam di sini memang tak puas.
Pantai Beras Basah..paling cantik


jernih nya air dia

Pada aku,sangat berbaloi pergi island hopping ni..harga pun tak mahal dan kecantikan Langkawi bertambah mengkagumkan bila melihat gugusan pulau-pulaunya.

2 comments:

  1. tumpang tanya..sesuai x klu bawa baby umo 4 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya boleh je. Cuma panas dan bot jalan laju. Better bawak beg dukung baby tu...lebih selamat dan agak sukar jugak bila nak turun naik bot nak berdukung.

      Delete