Hutan Lipur Lata Iskandar Tapah Perak

Air terjun yang sering jadi singgahan bila turun dari Cameron Highlands.

Tak la besar mana kawasan..tapi barang jualan agak best. Ada brg kraftangan, madu lebah, buah eksotik dan makanan.
Ada toilet dan kemudahan mandi, pondok kelah dan kedai makan.

kawasan ok..bersih

byk jgk kfratangan
antara barang yg di jual
sapa rajin masak beli lesung kayu ni baru puas ati
Dan pilihan kedai makan pun ada 4,5 buah.
makan kat kedai ni..ok murah


laksa ok..not bad

ni buah tampoi

Lasagne senang

Ni adalah resepi orang malas.
Bahan tak banyak dan renyah.

Bahan:
Lasagne - 1 kotak
Daging segar - 400gm- kisarkan
Pasta sos kimball- 1 tin
Susu segar - 1 kotak
Mozarella cheese - 2 pkt
Butter - 1/2 bar (125 gm)
Tepung gandum (dalam 2 senduk)
Lada putih/garam/bayleaf
Basil leaf,takde pun takpe
Tomato -2 biji di cincang
bawang merah - 2 biji di cincang
bawang putih -3 biji di cincang

Cara Membuatnya:

1. Rebus lasagne sampai agak lembut.

2. Masak daging cincang seperti sos spaghetti . Tumis bawang putih dan merah cincang, basil leaf, tomato cincang dan biar kering sedikit. Masukkan sos spaghetti dan tunggu hingga agak pekat dan perasakan dgn garam dan lada.
Ni sos daging..guna daging fresh lagi segar dan manis
3. Masakkan sos putih a.k.a bechamel sos..panaskan butter..masuk bayleaf. Kalau rajin buat onion pique iaitu bawang separuh yang dibelah tengah dan di letakkan daun bay dan dicucuk dgn bunga cengkih. Masukkan ke dalam sos nanti. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan butter tadi. Kemudian masukkan susu segar dan kacau hingga sedikit pekat. Tapiskan.
ni rupa bechamel sos lepas ditapis

4. Sekarang sos daging, sos putih dan lasagne dah siap, so kita boleh mula melapis dalam caserol.
5.Sapu butter di dalam caserol. Lapisi dengan sos daging dahulu..diikuti dgn lasagne sheet. Kemudian lapisi dgn sos daging lagi, diikuti dgn sos putih. Ratakan. Tabur sedikit cheese. Ulang proses dgn lapiskan lasagne sheet semula.




lasagne yang dah penuh dan ditabur dgn cheese yg banyak
6. Setelah semua proses di ulang hingga agak penuh,atas lasagne sheet,tuang sos putih hingga agak tebal. Tabur cheese dengan banyak hingga penuh caserol. Bakar dalam oven pada suhu 160-170c sehingga 45-50 minit dan di atasnya perang.

nampak sedap tak?cepat jwb sedapppp kalo tak kena luku kepala


terliur dak?

yumm yummy

Bee Farm

Located lepas sikit dari Tringkap..tak tau area mana.
Belasah je lah kan..janji ada entry,hehe...so dry and no idea nak post entry apa.
entrance.parking bas dan keta senang







Ada toilet, souvenir,kafe..dan yang utama adalah madu.

Taman Agro MARDI Cameron Highlands

Taman Agrotek MARDI ni berbaloi di kunjungi. Kawasannya luas, harga tiket masuk pun murah dan sangat cantik. Lebih berbaloi dari pergi ke taman bunga yang berbayar tu..
Ada macam-macam taman kat sini..ros, dan spesis bunga lain..sorry tak kenai bunga. Ada taman ala inggeris dan boleh bersantai lama-lama nikmati udara segar. Taman permainan, kandang Arnab pun ada..ank-anak mesti suka. Gerai makan, jualan semua ada..murah pulak tu. Anak boleh berlari sejauh diorg nak dan tak berlaga bontot dgn orang lain.

ni kaunternya..ada pakej utk rombongan satu bas



feeling dok kat eropah

yang ni kebun strawberry..ada eskrim dll produk strawberry

ni jalan masuk ke taman inggeris


comelnya replika rumah ni..sgt sweet dgn english style





bunga ros gumuk-gumuk walau nampak tak di jaga sgt

kandang arnab...bolehg beli kubis bagi dia makan

sapa yang minat bunga dan lanskap harus suka datang sini

ini rumah idaman aku a.k.a pejabat MARDI..



pelbagai jenis periuk kera