Tuesday, September 29, 2015

Review buku 'Kembara Afghanistan' karya blogger Travelog ET

Cover buku yang cantik dan memanggil

sinopsis kembara
Setelah agak lama menyepi di blognya disini http://derubirusiti.blogspot.my/ , akhirnya blogger ET membingkaikan jejak pengalaman beliau dalam buku pertama beliau yang berjudul
 'Kembara Afghanistan'  dengan tagline '' Hidup tanpa cabaran bukan hidup namanya..".

Aku memang tak sabar nak baca buku ni..sebab selalu baca blog beliau.. tulisan beliau memang best dan pengalaman beliau berbeza dan unik bila mengembara ke tempat-tempat yang jarang dikunjungi dan berbahaya.
Aku amik masa sehari je baca buku ni.. yang setebal 181 muka surat.


Ulasan aku, buku ni not bad, menceritakan pengalaman beliau di bumi bergolak..antaranya di soalsiasat oleh tentera Afghanistan, kegagalan memasuki Iran menerusi jalan darat di Islam Qala dan jejak di Herat, Bamiyan serta melihat mayat ditembak tepi jalan terbujur kaku seolah tiada apa yang luar biasa bagi warganya.

Bukan senang kan nak menerbitkan buku, nak mengarang (nak karang blog pun dah jenuh perah idea, inikan buku tebal)..dan ET berjaya menjayakannya. Aku salute di situ.
Aku rasa ET mungkin nak publish buku lain seperti 'Kembara Iran' , 'Kembara Turki" kerana sepanjang 6 bulan beliau mengembara, beliau menjejak 6 negara- Pakistan, Afghanistan, Iran, UAE, Turki dan India. Dan buku ni baru permulaan kot..(pandai je aku menilik).
Buku ET ini kelebihannya ia lebih santai, ringan, dan berbaloi dimiliki dengan harga RM 25. RM30 termasuk postage.

Ia ringkas, tidak berpujangga dan straight to the point.
Ada juga gambar yang di selitkan yang cantik sangat lanskapnya. Yang merakam keindahan taman negara Band-e-Amir, kota Kabul dan bandar lama Herat serta Bamiyan.
Seperti kata ET, beliau adalah seorang pengembara..bukan penulis. Jadi buku ini adalah panduan dan inspirasi untuk yang berjiwa bebas.

Tetapi sedikit kekurangan dalam buku ini adalah penerangan sesebuah tempat/penduduk yang dilawati tidak banyak di highlight kan..maksud aku kekurangan knowledge yang ditawarkan untuk pembaca.
Contoh penulis mengatakan beliau suka melihat karavanserai di setiap tempat yang dilawati. Yang menjadi persinggahan pegagang laluan sutera. Tidak di elaborate bahawa karavanserai dibina setiap satu hari perjalanan jaraknya antara satu sama lain, asal usul  kota Bamiyan dan Herat yang  dulunya penuh kekayaan dan kegemilangan semasa Maharaja Mungal, Babur membuat perjalanan yang lebih kurang sama tapi dengan berjalan kaki beratus tahun sebelumnya.

Afghanistan yang pernah gemilang, kaya, penuh unsur Parsi dan menjadi singgahan pedagang laluan sutera. Tidak dinyatakan zaman keemasannya dalam buku ini. Mungkin ET nak pembaca sendiri mencari info kota-kota purba ini.

Dan di akui aku sedikit kecewa sebenarnya..kerana buku ini menceritakan pengalaman general daily aktiviti penulisnya semasa mengembara..tidak seperti dalam blog yang lebih personal touch. Lebih detail menyelami emosi manusia yang ditemui. (wah, pandai ko senah review buku orang..ko tu jgn kata buku, brocher pun tarak!)

hensem penjual burqa ni..tu je yg aku nampak hehe

antara gambar yang seolah  nak meracun aku utk travel ke Afghanistan

warna-warni bumi bergolak..zaman kegemilangannya tinggal kenangan
Bagaimanapun ia berbaloi dibaca dan membakar semangat dan inspirasi..teringin pulak aku nak travel ke sana lepas tengok semua gambar-gambar yang awesome tu. Konon...
ET ada kawan dari Kedutaan Malaysia yang boleh dirujuk jika berlaku apa-apa..aku ada apa??
Nombor telefon Anifah Aman pun takde. Toksah berangan senah oiii..

Bila baca buku ni..mengingatkan kita buku 'The Places In Between' karya Rory Stewart yang menceritakan pengalaman beliau berjalan kaki di bumi Afghanistan, dan buku karangan ET ini terasa sangat general dan imaginasi aku tidak sampai tahap ke awan biru.
The Places In Between menawarkan pembaca butiran sejarah dan knowledge yang sarat..menjadikan bayangan Afghanistan terasa begitu dekat di jiwa serta penuh emosi sepanjang derap tapak kaki penulisnya. Rory Stewart historian katakan..makanan dialah susur galur pasal Afghanistan nih.


''The Places in Between (published 2004-2006) is a travel narrative by Scottish author Rory Stewart about his solo walk across north-central Afghanistan in 2002. Stewart started in Herat and ended in Kabul following the Hari River from west to east. Along the way he travels through some of the most rugged, isolated and poor parts of the country. Set at the same time as the American invasion and occupation of Afghanistan after the events set in motion by 9/11, Stewart made the walk in the middle of winter, adding additional hardship as he passed through the mountainous Ghor and Koh-i-Baba regions and its many snow-bound passes and villages''
https://en.wikipedia.org/wiki/The_Places_in_Between

6 comments:

  1. Laaa betul laaa tgh tgk muka dia kat TV 9 nih... Cisss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ke? wah glamer kan..travel blogger kuar TV..Ss boleh jgk tu..tulis buku travel mbak jambu confirm kuar tv

      Delete