Sunday, November 29, 2015

Perth- Part 4 Hari Kedua

Hari ni hari kedua di Perth.
Baru nak merasa ukur jalan kat Perth selepas sampai semalam terus ke Fremantle.
Untuk ke Perth ni, aku takdelah study sgt pun, just print Perth wikitravel dan baca sikit-sikit info. Takde gigih nak hafal road segala. Backpack setakat mampu di bandaraya yang paling terpencil dunia ni.
Jom tengok sikit info mengenai Perth ni.

'' Perth merupakan ibu negeri Australia Barat. Dengan jumlah penduduk seramai 1,507,900 orang[1] (anggaran Disember 2006) menjadikan Perth sebagai bandar terbesar di Australia Barat. Perth diasaskan pada 11 Jun, 1829 oleh Kapten James Stirling sebagai pusat pentadbiran penempatan bebas Koloni Swan River. Sejak itu, Perth masih berfungsi sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Australia Barat hingga kini. Kawasan metropolitannya terletak di kawasan barat daya benua, iaitu di antara Lautan Hindi dan tubir pinggir laut rendah yang dikenali sebagai Darling Range. Kawasan daerah pusat perdagangan dan pinggir bandar Perth terletak dekat dengan Sungai Swan. Bandaraya yang terdekat dengan Perth ialah Adelaide yang menempatkan lebih 1 juta orang di Australia Selatan, iaitu terletak 2,104 kilometer (1,307 batu) jauhnya dari Perth. Justeru, Perth yang juga diduduki lebih kurang sejuta orang merupakan bandaraya paling terpencil di dunia.'' https://en.wikipedia.org/wiki/Perth

Perth ni banyak jugak tarikan. Nak senang backpack ke Perth, sewalah kereta sebab attraction yang hebat di Perth agak jauh..seperti Wave Rock. Bagaimanapun sebagai backpacker papa kedana macam aku yang bajet ciput ke Perth, kami hanya gunakan pengangkutan awam. Dan tak pergi ke Rottnest Island, Swan valley dan Wave Rock. Backpack ni lebih rileks, tak terkejar-kejar sangat dan cover mana yang sempat.

Sebelum pergi tu, masak nasi goreng dan telur mata. Makan sesiap dan utk piknik kat King's Park ni hanya bawak air dan biskut je. Tip melancong ke negara luar ni, bawa sentiasa botol air untuk ke tandas. Dah jadi habit gitu.
Dan tip untuk meronda Perth ni, bawaklah air sendiri bila keluar. Tak kisah dalam botol ke bekas air, sebab air dia mahal gila..air mineral 600ml sebotol $2++ (Rm 6+)..gila mahal..jadi aku akan masak air kat hostel, refill setiap pagi sebelum keluar hostel. Jimat byk.
Moralnya - jangan keluar hostel kalo tak bawa air.


Nasi goreng..telur mata..ni baru betul backpack..mkn cara org susah (nak cover dasar kedekot..)
Naik CAT kat sini
naik Blue CAT turun kat Perth Underground..area ni dekat Wesley church 
Turun kat sini..Wesley Church is a Uniting Church in Perth, Western Australia, located at the corner of William Street and Hay Street. It is one of the oldest church buildings and one of few remaining 19th-century colonial buildings in the City of Perth
Ni dekat area Hay Street, Murray Street..
Kawasan tumpuan pelancong..

Ni jalan masuk ke London Court
Hari kedua plan adalah ke King's Park, Swan River dan ukur jalan di Perth Central Business District yang penuh dengan shoping mall, high end boutique dan restoren bertaraf michelin star. Jamie Oliver restoren pun ado.
Dan perth adalah bandar basikal..macam negara Eropah yang lain. 
Aku jalan kaki ke Esplanade busport ikut Barrack street..ramai pelancong Asia yang shoping, kami jenjalan kejap area London Court tu, terus aku jatuh chenta! Bestnya suasana kat London Court nih..feeling dok Europe uolls. Lepas dari hari tu,  tiap hari kami akan pergi London Court lepas pergi balik mana-mana destinasi kat sini.
Dekat jalan-jalan area ada lalu kedai souvenir sebijik dua yang agak pricey.
Transport di Perth sangat mudah dengan kehadiran 4 laluan CAT iaitu Blue/Red/Yellow/Green line. Jimat banyak duit aku sebenarnya bila ada CAT ni.
Dan dah ada CAT free..aku main round semua bas ni dan merasa semua laluan. Sesat barat pun tak kisah sb cmna pun dia akan pusing area pusat bandar dan berhenti di laluan utama seperti train station,  Perth underground dan  Forrest place.

- Forrest Place connects Perth Railway Station on Wellington Street with theMurray Street Mall, outside the Carillon City Arcade. It is 150 metres (490 ft) long,[3] and is paved and landscaped as a pedestrian mall, with seating, public artwork, and trees. The eastern side of the street is lined by shops from the Forrest Chase shopping complex, while the historic General Post Office and Commonwealth Bank buildings are located to the west.

Di Forrest Place ni jugak ada pasar malam yang jual makanan jalanan setiap hari Jumaat bermula jam 4.30 petang. Ada sate, kebab dan chinese food serta byk lagi.
Kalo sempat datanglah..meriah.
Hay Street Mall

Best lepak sini

Post office Perth..di dalam bangunan klasik dan kawasan pasar malam pun kat sini (Twilight Night Market)
Kemudian jalan kaki ke Esplanade busport untuk amik Green CAT ke King's Park. Oleh kerana Perth ni bandar terancang senang nk navigate. Takde drama sesat sangat dan smooth ajer. Dengan kemudahan transport awam yang efisien takdelah nk buat ko terpusing 40 juta kali. Friendly city gitu. Masa kami pergi ni jugak banyak kerja-kerja upgrade jalan dan building sedang dijalankan..memang sibuk la sikit jalannya yang separuh lane ditutup. Memang bandar Perth sedang rancak membangun dan berkembang sebagai pusat business district yang menarik byk pelabur-pelabur.
London court tutup waktu malam

Twilight night market dekat Forrest place

byk street food dijual

masa ni dah lewat kul 10 mlm..nk tutup dah

37 comments:

  1. Perth ni... Tak study sgt pon boleh... Kecik beno bandar nyee..

    ReplyDelete
  2. Sampai skrg... SS nyesal tak sewa keta Mak... Adoiiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pi lagi sekali tu...tapi SS byk jgk cover Perth aritu..tak macam Mak

      Delete
  3. Makkk... Mak masak semua dalam piuk nasi ehhh makk... Kasi tayang skit makkk rupa piuk mak tu... Cam nak travel bawak piuk nasik gak laa... Berat tak mak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..periuk ajaib tau..kemana-mana musti bawak..kecik aje,cukup 2-3 org mk..nanti mak tayangkan

      Delete
    2. Manaaaaa? MAnaaaaa? Pattt tayang...

      Delete
  4. Rindu betul laa kat London Court tu.. Fefeeling cam kat London laa kononnye... ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. Kalu mak nak tahu... Kat Perth ni... Ada tempat makan utk org tak mampu... Lupa dah tempat tu... Bayo Aud 1 je.. Leh melantak sakan... Kerajaan dorang tanggung cost selebihnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iskk...rugi-rugi mak taktau ni...kat mana tempat tu

      Delete
    2. Iskk tiap ari lalu Swan Bell tu pergi Barrack Jetty..SS rajin survey ye

      Delete
    3. Bukan rajin survey mak... Kebetulan masa kat sana.. beborak dgn org aussie sana... dorang laa bg tahu...

      Delete
    4. ehehe apa nama tempat tu ? isk.. lepas ni p Perth boleh pi terjah makan situ..

      Delete
    5. Kan..buat muka tak malu hehe

      Delete
  6. saya pergi London Court tu malam, tak sempat nak feeling2 kat Europe..hahahha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe rugi mAdA...best sgt tau...mode kasik racun hehe

      Delete
  7. pergh...kalau saya pun mesti nak tengok London court tu...nak sampai London sebenar entah bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapek london uk dapek london ostolia pn jadilah hehe

      Delete
    2. amek gambar kat situ lepas tu ngaku da sampai London boleh ?

      Delete
  8. Dulu JM pergi memang sewa kereta sbb gerak samai ke Augusta...mmg puas hati lah...kalau jln around bandar perth pun menarik gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak tak berani drive kat obersi...takut hakun hehe..tp puas la JM sewa kereta..semua tmpt leh cover

      Delete
    2. Nampak tu makkk... Orang kaya berjalan mak...
      * Jeling Jay Emm.... He He He...

      Delete
    3. Nampakkk..nampak..jegil mata kat JM hehe

      Delete
    4. kah kah kah...terima seadanya

      Delete
    5. JM tetiba redhooo dgn SS kihkih

      Delete
  9. OMG pun cam JM gak..hangkut peyuk belanga kalau travel pastu masak sbb nk JIMAT! pergh masak nasi goreng tu...dulu kami angkut rice cooker kecik siap masak tomyam lah, sup lah..dh mcm kat umah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa..kedekot nak abiskn duit kt makanan sb tgk rega mkn di obersi..ngeriiii.
      lebih baik beli souvenir dari mkn hehe

      Delete
    2. Yeahhhhh nak sep sep skit... "lebih baik beli souvenir dari mkn"... SETUJU!

      Delete
    3. Sanggup ikat perut demi sobenir..mana nak cari kwn cmni

      Delete
    4. patutlah JM dapat sobiner banyakkkkkkkkkkkk dari Mama..love u!!!

      Delete
    5. JM!!! cepat post entry..nak baca tak sabaq dah ni..lap you tooo

      Delete
    6. ehehe tapi CT suka makan hahaha.. tapi masak pun hokay.. pengalaman baru =)

      Delete
    7. Masak sekadar alas perut..sedap tu tidak janji kenyang utk tenaga ms travel

      Delete
  10. bab masak and makan tu memang ohsem laaa.. hehe stakt ni CT belum terlintas lagi gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bab jimat nombor satu..tu yg kena rajinkn diri

      Delete