Thursday, December 3, 2015

Perth - Part 5 di King's Park

Hari kedua di Perth.
Plan hari ni nak ke King's Park. Kena naik Blue CAT ke Esplanade Busport dan tukar ke Green CAT.
Cara untuk ke King's Park ni:

-Amik Green CAT
-Turun di stop no. 5 iaitu di Havelock Street. Jangan turun di stop King's Park road sebab nanti kena jalan jauh.
- Dari Havelock Street turun bas tu jalan ke kiri. Sebelah itulah King's Park
- Untuk balik pulak lintas jalan dari point Havelock street tadi, tunggu di situ (point no. 17, Havelock Street jugak namanya). Bas Green CAT ni akan pusing dua kali di jalan yang sama.

Semak SINI untuk semua jadual CAT Perth.

CAT Green turun kat hentian nombor 5 ni...jgn turun kat Kings Park Road..jauh nak jalan

kalo nampak building ni..makna King's Park depan tu la...bertentang dengan dia..dari airport pun akan lalu sini
King's Park ni memang wajib pergi kalau ke Perth kerana dari situ boleh nampak keseluruhan bandar Perth. Cantik sangat dan boleh tengok pokok Boab yang berusia 750 tahun. Ia terletak di atas Mount Eliza yang mengadap Swan River dan Darling River. Dalam ni ada War memorial, Botanic Garden, Fraser Avenue dan wishing well serta banyak lagi tarikan. Naik bukit, naik turun tangga, ada track macam-macam kat sini.
Cuma kaki ko kena redho..jauh tu nak menapak. Lainlah kalau naik bas HOHO, memang dia masuk ke dalam. Aku advised spend 3,4 jam di King's Park. Half day pun takpe..sebab best sebenarnya lepak sini. Aku siap baring-baring dan tido atas rumput dia yang lembut sangat tu..bersih dan nyaman rasa. Bawak bekal sandwich ke, buah ke..perghhh..nikmat.
Dalam ni ada kemudahan asas seperti tandas dan restoren (Fraser Avenue) .
Warga Perth ni memang aku respek..jaga sungguh taman mereka..bersih dan maintain. Dengan setiap pokok dan bunga ada info/sejarah yang diselitkan untuk pengetahuan pengunjung. Banyak pokok-pokok renek yang unik hidup di gurun, bunga-bunga gurun dan bush di tanam di sini.

jalan masuk ke dalam King's Park

Peta taman yang luas

Jauh nak menapak
tugu apatah

President Taman yang pertama
sejarah Mount Eliza


Ada war memorial..
nama mereka yang terkorban diabadikan disini
Semua orang rilek, baca buku, berbaring dan tido disini..apalagi kita pun join..depa tayang six pack..kita tayang spare tyres packs
Aman damai disini



bandar Perth

Panas dan dingin
Swan River


Pokok Boabs 750 tahun yang dipindahkan beribu batu

Gija Jumulu is a boab tree (Adansonia gregorii) yang dipindahkan sejauh 3,200 kilometres (2,000 mi) dari Telegraph Creek, dekat Warmun di Kimberley region Australia Barat  ke Kings Park di Perth. This was the longest land journey of a similar sized tree in history.[1]

Botanical Park
Botanical Park


wishing well

cannon
tukang tanam pokok
Aku baring-baring bawah pokok ni..tepi war memorial..tido pun sodap..



rasa tak nak balik

Yes..I founnd my serenity here...

32 comments:

  1. Australia ni dalam gambar nampak macam panas, padahal sejuk berangin sebenarnya...tapi serius cantik tempat ni! thanks share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sejuk dan berangin..tq singgah

      Delete
    2. hehehehe daaaa rasa da haha konon suka tempat sejuk tapi i is kenot..
      gigil2 dibuatnya.. tapi Perth lagi panas dr tmpat lain kan ?

      Delete
    3. X pasti siti..tp still sejuk utk saya..suhu 16celcius tu mmg cun jenjalan

      Delete
  2. King's Park menggamit kenangan..ye betul...udara nyama mmg akan baring je atas rumput menghijau tu...klau kat masia x berani nk leapk camtu takut terkena tahi kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman diorg bersihhh jee..haiwan pun bertamadun kt sini hehe

      Delete
    2. Kalu tak kerana Perth... SS tak kan kenal Jay Emm sampai sekarang...

      Delete
    3. Cari entry Perth la ye masa tu

      Delete
    4. yaaaaa acara golek2 di taman harusla dijalankan =D

      Delete
  3. suka Aussie sbb langit BIRU...jeling SS kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu tgk langit ingatkan SS..tgk pink teringat JM hehe

      Delete
    2. Ehemmm... Ehemmm.... Nama ku digomol2 kat sini... he he he...

      Delete
    3. Dah tuan badan hilangkn diri..apalagi rogol reramai

      Delete
  4. Tepuk tepuk tangan... akhirnya mak sampai kings park...

    ReplyDelete
  5. Ada lagi pokok Pokok Boabs tu.. lum arwah lagi sampai skrg.. hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok lg hidupnya...sahih kena brlai-belai manja

      Delete
    2. hahaha hahaha.. itula bukti pokok tu tahan lama eh =D

      Delete
    3. Jom kita tanam blkng umh..tgk nk idop bopa lama hehe

      Delete
  6. Tempat paling SS menyesal tak berlama2 kat sini... Bongok punya Tour agent!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak abis lg ke mrh kat agen, hehe...meh nk tambah..bongok, badigol, bengap punya agen!!

      Delete
    2. eheheh sabar sabar.. apa kata repeat lagi =D

      Delete
    3. Hehe..utk SS mmg kena repeat lg..kasi merecik puas2

      Delete
  7. memang suka benar diorang gegolek atas rumput kan.. itu yang kita pun nak golek sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golek mcm ats tilam rasanya..lembut gebu

      Delete
  8. saya naik CAT dan turun kat King's Park Road..perghhhh!! Memang jauh jalan nak sampai betul2 ke King's Park nya. Tapi nasib baik tak panas, so ok lagi lah kena jalan jauh. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai dah terkena sb turun kt Kings park road..hehe tu yg tulis terang terang

      Delete