Sunday, May 1, 2016

Pattani part 2 - Central Mosque Pattani


Pattani (Thai ปัตตานี, Tulisan Jawi: ڤتتاني) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand yang terbentuk hasil pemecahan Kerajaan Pattani. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala selatan tenggara ikut jam) adalah NarathiwatYala dan Songkhla.
Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Patani Darussalam atau Patani Raya.
Pada asalnya, Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang merdeka. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 di tangan Burma, Dinasti Chakri yang baru ditubuhkan dan berjaya menghalau penjajah Burma dari Siam, menaruh minat untuk meluaskan pengaruhnya ke selatan termasuk Patani. Serangan pada tahun 1785 berjaya menakluki Patani. 

Sedih jugak mengenangkan nasib Pattani ni, jika takdir berlainan mungkin mereka adalah sebahagian Malaysia yang masih mempunyai Sultan dan kerajaan sendiri seperti negeri Melayu kita.


 Aku sampai dah lewat..tak sempat nak ke pasar malam Pattani.
Jadi amik tuk-tuk ke Pattani Central Mosque di Yarang road. Masjid ni yang paling besar dan paling cantik di Thailand. Dibina pada tahun 1954, mengambil masa selama 9 tahun dan rekaan nya menyamai Taj Mahal serta unsur timur tengah. 
Aku memang tak sempat nak masuk dah sebab dah tutup bagaimanapun memang cantik sangat masjid ni. Ada pokok palm ke kurma tah..nampak unsur arab kat situ. Masa aku pi ni, dom kat belakang tu tengah restore.


cantikkan



kawasan luar


halaman masjid





Depan masjid ada wat adalah kawasan bandar dan tempat tumpuan warga Pattani.
Even malam pun still ramai yang berjalan dan amik angin. Then, naik tuk-tuk untuk ke menara jam pulak.

18 comments:

  1. Tertarik pulak nk ke pattani ni mak...

    ReplyDelete
  2. Cantekk Masjid Pattani.. Semua oren

    ReplyDelete
  3. Kolam tu tempat amik wudhuk ea... Atau salah satu landskapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lanskap rasanya sb agak jauh jgk dari tmpt solat

      Delete
  4. Bila sebut Narathiwat... Mesti akan ingat Rita Rudaini... He He He...

    ReplyDelete
  5. Mak sewa tuk tuk ke? Ke main belasah tahan jek?

    ReplyDelete
  6. mesti senang nak dapat makanan halal kan Mak ? ahaha CT pkir makan dlu..

    ReplyDelete
  7. masjid ni cantik sbb ada lampu..ce klau x de lampu..cantik tak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik jgk..aura alim ulama ada kat sini..tenang je

      Delete
  8. Masjid Pattani dengan Masjid Putra..mana lagi cantik heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia baru puji masjid mak... tengok laa nanti dia puji jambatan pulak... ha ha ha..

      Delete