Sunday, January 8, 2017

Backpack Medan- Jeti Tigaraja ke pulau Samosir

Selepas sampai ke Parapat di jeti Tigaraja tu, kami tanya tokey bot tu kul bopa nak gerak ke TukTuk, dia cakap lagi sejam gitu. So jalan dulu kat area situ cari money changer dan kedai makan halal.
Kedai makan Nikmat ni terletak dekat dengan jeti, dari jeti sampai simpang amik sebelah kiri dan jalan terus.

''Parapat adalah sebuah pekan kecil di wilayah Sumatera Utara di pinggir Danau Toba, di Semenanjung Uluan di mana ia membentuk link timur yang paling sempit ke Samosir Island. Ia adalah tempat persinggahan utama dengan feri untuk pelawat akan Samosir Island, dan disambungkan melalui Trans-Sumatera Highway ke Pematang Siantar oleh 48 km jalan raya. Pentadbiran ia adalah sebahagian daripada Simalungun Regency.''- wikipedia

Not bad juga rate kat sini..dan ada yang offer tour ke Berastagi sekali. Pekan Parapat ni besar jugak..ada banyak resort dan guesthouse. Sapa yang ada masa boleh bermalam kat Parapat ni dan bermalam kat Samosir sekali. Puas jugak kalau nak bershopping kat sini. Pagi ada pasar jual sayur segala sepanjang jalan jeti tu.



suasana di pekan Parapat

banyak kedai souvenir

tukar duit kat sini

kedai ni ada jugak buat tour..kalo nak ke Berastagi dari Parapat dalam Rp150,000 sorg (Rm 50)..mahal jgk..aku ckp dengan owner tu tengok macamana..tukar duit sini takde bg resit ke apa..tp rate not bad la. terimalah hakikat RM dah tak laku.
takkan dapat tinggi macam dulu dah. pfff....konon ekonomi Malaysia kompetitif,  mantop dan hebat.

singgah dulu Rumah Makan Muslim ni

bersih dan makanan not bad

nasi, ayam goreng dan tempe

nasi, gulai nangka dan ayam gulai
Kedai makan kat sini memang bagi air kosong free..so kami just bayar harga makanan je. Jumlah 2 orang makan nasi ni adalah Rp50,000 (Rm16). Mahal ke murah?? boleh lah..lagipun ni kali pertama makan kat sini, semalam dari medan makan roti Malaysia je. Pagi tadi pun makan roti jugak. Malas nak keluar cari makan.
Lepas makan pergi balik ke jeti, tunggu dekat bot. Bila bot nak jalan dia panggil 'bot ke tuktuk' dan terus naik. Tambang Rp15,000 ( Rm5) bayar masa nak dekat sampai seberang. Naik dan rilek dulu amik gambo ke apa.
balik ke jeti tigaraja

tengok jadual bot ni..sejam ada satu je. Kalau terlepas tunngu next hour

nak tgk jadual pun seksa..tersorok

sini ada byk jgk kedai makan
Jadual feri dari jeti Tigaraja- TukTuk bermula jam 8.30 pagi dan setiap sejam seterusnya.
Jam : 8.30 pagi- 9.30- 10.30- 11.30- 12.30tghari- 1.30 tghari- 2.30 ptg- 3.30 ptg- 4.30ptg- 6 ptg dan last feri jam 7 petang.

Jadual feri dari jeti TukTuk - Tigaraja bermula jam 7 pagi dan setiap sejam seterusnya.
Jam : 7 pagi- 8- 9- 10- 11- 12tghari- 1 tghari- 2 ptg- 3 ptg- 4 ptg dan last feri jam 5.30 petang.
Kalo naik feri dari hotel kat samosir, feri akan amik dari jeti hotel tu sendiri, contoh di hotel Carolina feri amik pagi pukul 8.30 pagi.

ini bot nya untuk ke TukTuk..scary weii nak turun tangga tu dengan mak tapir 10kg. nak naik pun ada abg sado tolong tarik tgn kita naik/turun bot. Waduhhh..jadi hulurkan je tanganmu itu untuk disambut oleh cowok sado..kalo taknak pun takpe..pandai la ko nak balancekan body slim tuh

orang medan sporting kok..aku rasa orang indonesia lagi cool dari orang Thailand..orang indon ok je ko amik gambo dia..siap senyum lagi...kalo thai tu bagi aku agak kerek
bot lengang je masa ni..low season katakan


syoknya naik bot ni..angin sepoi-sepoi bahasa dan hati rasa sangat tenang melihat pulau Samosir berbalam-balam.

dalam bot..angin agak kuat

bot ni nak ke Tomok

berbalam-balam 
cantik gilak tau Danau Toba nih..sejuk je dan tenang

macam gunung kat NZ pulak sekali pandang
ok dah sampai jeti hotel Carolina

setiap hotel/resort ada jetinya..so byk kali bot akan stop utk turunkan/naikkan penumpang

tengok hotel ni macam mahal je harga biliknya....cuak jgk..tp sebenarnya ada je bilik murah. Murah tak sangka.
Aku takut jugak masa nak pi tanya rega bilik tu..sapa suruh tak book dulu sblm dtg..main redah je ko ni senah..padan muka. Nasib baik bilik murah je dan available ada..time peak season jangan buat macam ni


Kos untuk hari ni bagi seorang backpacker ialah :

- Becak dari Medan ke stesen Amplas- Rp50,000/2= Rp25,000 (Rm8)
- Shared van Medan-Parapat : Rp60,000 (Rm 20)
- Makan tengahari : Rp25,000  (Rm 8)
- Feri ke Samosir Rp15,000 (Rm 5)
- Hotel Carolina Samosir Rp 100,000/2 = Rp50,000 (Rm 16)

Jumlah belanja hari kedua : Rp175,000 (Rm60 digenapkan)

21 comments:

  1. SS baru balik dari sempadan Siam... To bad... duhet mesia pon x laku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh bkn ke ekonomi kita kacak..mantop dan terbaik hehe

      Delete
  2. Makan 8 hengget sorang? Nanges tepi pinggan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tourist cater rest memang gitu standard kot..tu baru amik ayam tu

      Delete
  3. Rasa romantik x mak kena tarik tangan dengan cowok sado? Lupa kejap kat laki dan anak kat umah... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uihh sgt romantik..lupa diri lupa status kejap hehe

      Delete
  4. Betul tu mak! Orang indon memang sangat mesra kamera! Dorang suka bergambar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kan..tak kisah pun kita amik pic byk-byk tu

      Delete
    2. Padahal dorang sendiri tak tengok pon gambar dorang yang kita amik tu... ha ha ha...

      Delete
  5. SS x berani nak travel kalu x book bilik... alangkan book pon bermasalah... inikan pulak x book... X nak jadi gelandangan! Nanges ingat katil kat umah... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..SS jenis planner..dan organize

      Delete
  6. Okay mak cepat sambung.

    Eksited nak tgk lagi apa ada kat medan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 ada tau nhhas..nak bakal somi pun ada

      Delete
  7. Mak oo mak! Tgh buat pe tu..korek idung ke keh keh keh **larikkkkkk

    ReplyDelete
  8. Saje nk datang kaco mak kat sini 😬

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya harga mkn tu murah je tp del kerana duit RM jatuh bila covert jadi mahal..mak ingat lagi x dulu la kan zaman 10 thn dulu 1 juts rupiah x sampai rm300 tp skrg? X lama lagi leh cecah rm400 = sejuta..mgkin time JM SS dan HH ke sana nasi yg harga rm8 sorang ni dah jadi rm15 sorang..haaaa x ke parah..kt msia lauk mcm tu leh dpt rm5-6 jek..adeh ni komen ke entri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kongsi makan sepinggan... Jay Emm sebutir beras jek... he he he...

      Delete
    2. Haha JM, entri blog dia taknak update tapi kat blog org kemain laju panjang komen..takpe utk bg clear kan..JM perut mat saleh,mkn spaghetti

      Delete
  10. Adeh!!! Kalau JM mmg akak booking sesiap bilik hotel x nak tanggung risiko

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM dan SS memang jenis organized..mak ni caca merba

      Delete