Family staycation@ Pulau Sayak & Penang short getaway on cuti Deepavali 2025

 Hai semuaaaa..salam Oktober.

Masih bercuti ke tu.

Baru ni family Mak ada buat picnic dan gathering kecil-kecilan kat Pulau Sayak. Last gathering Raya Aidilfitri aritu. Staycation ni ditaja oleh Sis no.6. Moga murah rezeki panjangkan ukhuwah adik-beradik 12 orang yang satu Bapa dan 2 emak. Alfatihah utk ayahanda bonda.

Kecilan sebab tak semua dapat hadir. Then ke Penang utk short getaway kejap. Dah alang bercuti.

Cuti Deepavali yang bersambung dgn weekend.

Book rumah kampung untuk 1 day staycation..semua pakat bawak makanan memasing..senang..potluck style. Aktiviti mandi laut/pantai, cari kerang, udang,ikan dan siput bila air surut dan makan-makan.

Cuma pantai ni banyak batu..kena pilih spot yang clear kalo nak mandi. view cantik dan syahdu sebab mendung dan hujan di tengahari.

sempat briskwalk tepi laut..jadi le dpt 3km lebih

antara kaum keluarga yg dpt join..ramai tak dpt join sb daftar anak, kenduri dll

potong kek tepi laut
we both close since childhood

moga ukhuwah terpelihara

with my sis
Pulau Sayak, nama je pulau tapi ianya tepian pantai daratan Kedah

sewa rumah kampung..day use RM100 pukul 10 pagi-8 malam

air surut masa ni

view lawa

Rumah kg dijadikan homestay..ada hall, dapur toilet, ruang atas ada 3 tilam beso dan beranda mengadap laut

ada hammock bawah beranda

syok lepak amik angin

berandah atas rumah

buat potluck..semua pakat bawak lauk, kek dan pelbagai mkanan

I masak asam pedas siakap 3 ekor

sambal udang, ikan masin..by my sis in law wife abg no.4

menu utama-nasi ayam geprek, ada ikan kembong goreng tauhu/tempe

mee goreng pedas by my sis yg muda belia

ada October babies  so celeb dgn kek pisang coklat..buat simple je janji dpt nyanyi lagu birthday..pastu ada jgk order sardin roll, karipap

syahdu makan sambil tgk laut

cantikkkk

abang no.4, no.5, dan kakak no.6 gi ujung laut kutip sipu, kerang dan ikan..udang dpt le sekor dua 


rendang ayam pencen by sis in law..wife abg no.5

lebihan makanan boleh reheat utk breakfast esoknya..sonang kojo

sambal petai dan udang by my sis no.2

habis program family piknik tu tido kat kg..esoknya g check in hotel kt Perda BM..


lawa hotel ni..tepi kedai nasi kandar

parking senang

lobi hotel

2 gadis comel

mum tukang amik gambo nk tepek blog

tak sesak dan smooth..boking di Booking.com..harga RM108 campur VAT

bilik sgt cantik dan selesa..hotel bajet tapi superb

view building

ada meja kecik

dapat check in semalam kt hotel pun dah bahagiaaaaa..


sgt selesa

mineral water, nescafe semua ada walaupn bajet

toilet selesa

puas hati sgt stay hotel ni..

Untuk cuti bersambung kali ni kita JJCM kat Penang sekali. Alhamdulillah cuti yang tenang bahagia dan gembira. 

No comments:

Post a Comment