Itadaki Shabu-Shabu Nibong Tebal & Woodfire Gourmet Burger Penang

 Salam semua..semoga semua dalam naunganNya..

Cuti sambung Deepavali bersambung dan alhamdulillah dapat ber short trip bersama family.

Puas rasa healing walaupun dekat-dekat aje..janji bersam dengan yang tersayang kan.

Mak pergi Penang dan ada family gathering kat Pulau Sayak Jumaat 17hb Oktober dan esoknya ke Penang food hunting kejap sambil jumpa the eldest.

Restoren berhadapan C-mart ..muslim owned dan memang top kat area sini

amik nombor sb kena que..sekali masuk dapat mkn 2 jam

Harga RM 37.90/pax utk dewasa dan 16.90 utk kanak-kanak dan bawah 6 tahun percuma

tak habis kena bayar RM5 dan free flow daging/kambing/ayam

kat kaunter utk reserve table

ramai masa ni sb dinner time waktu weekend


anak dara kita

semua sedap dan staf pun okey

steambot pot-kuah tomyam dan miso rasanya

kat buffer counter ada sayur dan ball-ball semua

DIY sauce..buat la mcm kt Sukiya tu ya

deko cantik dan tak sempit

semua fish ball, meatball, tofu skin crab dan byk lagi


antara yang diambil..jika nak tambah daging/kambing/ayam tekan je butang call tepi meja tu

bahagia depa berdua dpt mkn 

ni pun bahagia jugakkkk
Sedap makan kat Itadaki ni..puas hati dan banyak portion

balik tido hotel dgn perut berat dan syukurrr

bahagianyaa dpt healing mcm ni

Then day after hunting burger kat Woodfire Penang. 

Restoren ni hype dgn burger dan western menu yang lain. Signature dia gourmet burger katanyaaa.
Tapi bila pergi kecewaaa..indah khabar dari rupa.

 Harga makan macam kat Nandos tapi serving ala pasar malam..guna box plastik/sudu plastik/pisau plastik tu je gais. Adeh la. Sekali ni je la ya.

Pagi esonya gi Woodfire Bayan Baru

kat penang bridge smooth je..takde jem..in kepelikan kan..rasa jem klu Raya aidilfitri yang takleh bawak bincang

kat area The Promenade Penang

byk international restautant kat sini

restorennya

ada seating indoor/outdoor


entrance

kedai macam kat America zaman 1970/80-an

Burgers/fries/shakes

menu dia

dim light

order 3 item ni

kecewa jgk sb serving dalam plastik kek tu ajeee..harga boleh tahun

burger harga Rm20 ke atas..yg ni RM24.90..oklah not bad

yg ni curly fries RM13.90..sos manis macam rasa daging burger je

Cheesesteak beef RM19.90..ni je yg paling sedap pun..semua cutleries guna diposable punya..plastik okeh..makan kedai tomyam pun guna sudu besi..

kedai lawa..staf ramai tapi serving out...kecewa sb ko mls sgt kn..caj mhl guna sudu plastik..bekas plastik..staf kumpul kt belakang reramai lepak..

lepas makan kita pi ngopi kt Cotti Coffee di Mydin Bukit Mertajam


yang ni sedapp..puas hati churros dia&aiskrim

mylovely

Sekian review tak profesional. apapun alhamdulillah untuk semua rezeki dan sejambak kebahagiaan.

Lepas cuti kita pikir psl kerja balik ye..haha byknya data nak kena manageee..

love you both



No comments:

Post a Comment