Persiapan backpack ke Turkey dan Eropah Timur

Lagi 3 hari, insyallah aku akan pergi backpack ke Turkey dan Eropah Timur.
Takut jugak memikirkannya..walau aku jenis redah dan selamba tapi kerisauan tu tetap ada.

Sebelum pergi aku dah buat persiapan dan beli sikit-sikit apa yang perlu di bawa.
Di bawah ni adalah antara benda-benda yang aku highlight dan penting untuk dibawa selama 14 hari di sana dan ini adalah travel secara lone ranger.
 Persiapan utama bagi aku:

1. Baju Sejuk atau winter coat.
Oleh kerana aku pergi pada hujung November, cuaca adalah sejuk dan memasuki musim salji.
 Aku beli winter coat kat kedai bundle dan sangat murah (dalam RM20-50 shj). Pulak tu design dan cuttingnya sangat cantik dan ada yang berbulu-bulu. Aku beli lebih kurang 3 helai dan ada yang lama yang aku guna semasa backpack ke Kashmir dan Korea yang buat aku nampak kurus (konon..sila muntah ijo) dan long coat separas lutut... Bila dah beli banyak taktau nak bawak yang mana pulak.
oleh kerana baju ni buat aku nampak kurus n stylo..aku angkut dia,,RM30 kat bundle

ni tak berapa tebal..utk musim spring ok la tapi takpa..aku bw jgk..RM20 kat bundle

ni baju byk jasa..kt korea n kashmir aku usung 24 jam tak tahan sejuk.buat aku nampak slim, slender dan taller..RM20 kat bundle

nyesal aku beli baju ni..aku bw masa pi Korea tp awkward sgt rasa sb warna dia too striking..beli RM20 kot

2. Makanan dalam tin/ubat-ubatan dan tahan lama
Aku beli banyak makanan seperti kari Yeo's, sambal ikan bilis kering, dan sardin juga beras (mee segera adalah satu kewajiban). Dan bila pergi pasaraya aku beli setin dua, tiap kali macam tu lama-lama jadi bukit benda tu. Yang lain adalah biskut dan pes seperti tom yam dan nasi goreng. Manalah tau kalau nak buat kenduri kat backpackers hostel dan nak tunjuk skill masterchef aku kan?Sebenarnya aku beli banyak tapi bila nak pack aduiii..penuh beg kerana periuk nasi..so aku skip sedikit amik yang basic je.
Ubatan basic kena prepare jugak jika kecemasan seperti paracetamol, aspirin, ibuprofen (utk demam, pening,loya), ubat sakit perut, ubat batuk, selsema, plaster, krim luka dll.


sambal ikan bilis ni RM8 sepeket..aku bawak 2 pkt. Thebilis station jenama dia

3. Peralatan elektrik/gajet kembara dll
Aku bawa periuk nasi comel (comey tak comey dah separuh backpack aku dia consume..grrr) dan segala gajet, kamera, macam biasa yang orang bawa. Kamera aku yang digital biasa..takde lense hebat yang menjulur keluar macam lidah biawak panjangnya. Janji gambar lawa dan jelas. Nikon pilihan aku..gambar lebih jelas dan color lagi cun. Jugak travel adapter, multi plug, powerbank dll


4. Baju, seluar, beg, toiletories dan kasut-
Aku bawa baju long sleeves ala turtle neck tu dan kain agak tebal. Seluar 3 helai utk 2 minggu. Baju dalam 7 helai dan termasuk yang kecik-kecik tu. Syampu dan shower gel segala amik yg travel pack.
Kasut bawa yang lasak dan tutup semua. Stokin jangan lupa serta beg kecil utk letak dalam coat nak elakkan kecurian. Lagi satu aku bawa tuala biasa je gi travel. Takde nak bawa yg microfibre, cepat kering la,ringan la..aku tak kisah bab tu dan aku kedekut nk beli yg mahal. Pakai je mana ada janji aku dapat g travel. Aku tak kaya mcm backpackers lain yang beli beg Kathmandu atau deuter, pakai barang branded utk tahan lasak. Aku beli beg backpack 85lt dan pakai sampai skrg. Beli dgn harga RM100..dah koyak tapi aku jahit. Brand Komanu ke hapa hehe..nk tiru Kathmandu brand la tu.


5. Dokumen (passport, visa dll) dan duit
Oleh kerana aku jenis redah, aku tak book hostel dan train segala. Aku hanya bawa list hostelworld, wiki travel Istanbul, Bulgaria, Romania, Hungary dan Austria serta guide untuk ke airport. Yang penting adalah passport dan negara yang aku pi semua tak kena visa. Duit aku bawa dalam RM3000 di mana aku pecahkan tukar ke USD, Euro, Lira siap-siap sebelum pi.


6. Stamina dan physically prepared
Kemain konon nak jogging konon..sudahnya dok layan tv tengok TLC.
Yang aku buat adalah pergi salon, buat rambut dan facial. Boleh gitu? takpe..manjakan diri ala mak Datin sebelum g sana dan bersedia untuk tak mandi seminggu. Hmm adakah aku akan jadi selekeh seperti tipikal backpackers atau travel in style ala Kim Kardasian? Gasaklah kan. You are what you eat, what you wear, what you think and what you believe.? cukup.




7. Mentally prepared
Ohhh..yang ni aku taktau nak hurai camna. Ringkasnya aku dah tengok Scam City dengan host gorgeous Conor Woodman dan baca http://travelbugged.co.uk/ cukup?
Aku teringin gila nak amik picture depan Blue Mosque ni seperti ini..ohh Conor.
Tapi yang penting adakah aku prepared for the worst dan hope for the best?. Adakah ini keberanian atau kebodohan? jika tak berlaku apa2..ko akan fikir wow..beraninya aku..dan kagum pada diri seribu kuasa dua dengan ketawa terbahak-bahak ala James Moriarty dalam Sherlock Holmes.
Tapi jika something happen along the way..ko bodoh ke apa? gila nak mampus? memang taknak hidup lama ke dll. Masa tu ko rasa macam Alan Garner dalam The Hangover. “You are literally too stupid to insult.”


Dan yang paling merisaukan adalah epidemik Ebola. Kuatkah imunisasi aku untuk melawannya? Harap aku tak sentuh sesiapa disana..cehh macam ni kena pakai sarung tangan jawabnya.


3 comments:

  1. Banyaknyeeer bawak food... Dah macam nak kenduri... Gurau je... He he He...

    ReplyDelete