Perth - Part 6 Hari Ketiga di The London Court, Perth Mint dan Barrack Jetty


Pintu masuk
London Court ialah pusat membeli-belah terbuka berbumbung tiga/empat tingkat dan arked yang terletak di kawasan pusat perniagaan di Perth, Australia Barat. Ia dibina pada tahun 1937 oleh pembiaya emas yang kaya dan ahli perniagaan, Claude de Bernales bagi tujuan kediaman dan komersil . Arked ini terletak antara Hay Street dan St Georges Terrace dan dianggap satu tarikan pelancongan yang penting di Bandar Perth.


Bangunan berciri Elizabethan dibahagian hadapan bangunan dan seni bina ciri-Tudor yang tersendiri termasuk pintu masuk hiasan dengan pintu besi tempa besar di setiap pintu masuk/keluar. Jam besar berdenting setiap suku jam, setengah jam, dan jam.
Pada asalnya, arked termasuk 24 rumah pangsa kediaman di tingkat atas serta 53 kedai dan 55 pejabat. Kebanyakan kediaman kini telah diambil alih untuk tujuan komersial. Arked kini menempatkan kedai-kedai runcit dan kafe kecil.
Aku adalah psiko di Perth sebab tiap kali datang sini mesti nak lalu London Court ni..feeling kat London yang masih belum tercapai nak pegi. disini jugak ada Trinity arcade
Nak sampai London Court ni:

- Jika naik bas Blue CAT turun kat Perth Underground. Jalan kat area shoping mall tu di Hay Street
- Jika naik bas Yellow/Red CAT turun kat Forrest Place, lalu dekat belon-belon replika yang hijau tu
- Jika naik bas Green CAT, pergi ke Esplanade Busport dan tukar ke Blue CAT
- Nak senang, depan Perth Train station tu adalah bertentang Forrest Place dan post office, jalan kaki ke kawasan shoping mall tu.

di siling ada ukiran kapal-kapal



Plak di laluan


Kedai comel-comel di jalan ni

feeling kat London

mampu tengok je




dah nak meriah masa Krismas



Cafe ni cantik sangat




Then, kami ke Perth Mint. Caranya naik bas Red CAT berhenti di stop no.6.
Masuk Perth Mint ni kena byran $19 (Rm57) untuk dewasa.
Perth Mint adalah tempat emas ditempa dan dijual serta pusat emas semasa zaman kolonial hingga kini.

ni buildingnya


tugu pelombong emas


ada guide percuma..nak masuk kamera tak dibenarkan
Disebabkan entry aku terdelete so aku masukkan semua dalam ni 3 tempat attraction.
Swan Bell Tower terletak di Barrack Jetty (naik bas Blue CAT, hentian no.2) dan disini boleh menyusuri Sungai Swan dan menikmati hembusan angin dingin yang nyaman.
Nak masuk ke Bell Tower ni pun ada bayaran sebanyak $14 (Rm42) dan ada love lock seperti di Korea tu jugak. Dapat melihat loceng yang tua berdenting.
dekat Barrack Jetty dan Swan River

love lock depan pintu masuk tu

Blue CAT stop nombor 2 berhenti disini


kawasan sekitar Barrack Jetty
Tiket ke Rottnest Island boleh beli kat sini jgk

cafe dan restoren pun ada

mengadap Swan river

Sassy on The swan


senja berlabuh




8 comments:

  1. SS sampai sini dah lewat petang.. Banyak kedai dah tutup!!! Nanges guling2 kat situ... Tak dapat cuci mata...

    ReplyDelete
  2. tak pergi ke Rottnest Island tu ? ngeh3.. ada apa situ ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pergi..ala pulau ada hewan ala mondok dan nek basikal..cuma view katanya killer lah

      Delete
  3. lepak sini petang2.. tengok sunset.. pergh layan lah prasaan =)

    ReplyDelete